Wednesday, April 29, 2015

::. Silaturrahim .::

 
Terlalu bnyak benda yang telah terjadi..
Kita kadangkala sibuk mencari kelebihan di dunia,..
Tanpa kita sedar hari demi hari kita makin hampir dengan akhirat,..
Permusuhan kian lama bertambah,.
Silaturrahim antara manusia kian renggang,..
Hati kadang-kala terasa kosong minta diisi,..
Tapi makin lama mencari makin terasa kosong,..
Mungkin sebenarnya kita jauh drp Allah S.W.T...
Itulah sebenarnya punca kekosongan,..
 
Andai kita berpegang pada ajaran Allah,..
InsyaAllah tanpa rasa ragu kita menempuhi hari-hari mendatang,..
Walau sesukar mana InsyaAllah kita akan tempuhi dgn tenang,..
Kerana kita tahu Allah sentiasa ada..
Berusahalah menjaga diri, percakapan, tingkahlaku kita,..
Jangan sampi mengundang rasa amarah di hati lain..
Sebanyak mana kita cuba menjaga hati-hati orang lain..
Sebanyak itulah hati kita dijaga kerana Allah maha adil lagi saksama,..
 
 
Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri”.
 
 
 
 

Monday, April 27, 2015

Antara Cinta dan Persahabatan 12...

Riuh rendah suasana di rumah tidak langsung mampu menenangkan hati yang gundah gulana. ‘Ahhh, penat dan malas aku nak pikir pasal ni. Ya Allah tolonglah hambaMu ini’ hati Alia berkata-kata. Dia gusar dengan keputusan yang dibuatnya sendiri, ntah betul ntah tidak bimbang takut memakan diri.
 
“Hai Alia dah habis tawaf satu bilik, tak nak keluar lagi ke? ni majlis awak tahu, nanti apa kata orang. Dia sedap-sedap duduk melongok dalam bilik” tegur  Kak Maya merangkap kakak sepupu Alia. “Kejap la kak, orang tengah rungsing ni” Alia duduk di katil sambil menekup wajahnya.
 
 “Apa lagi yang nak dirungsingkan cuba Alia cerita kat akak, tapi jangan cakap Alia tak jadi kawin mahu meletup rumah ni” gelak Kak Maya. “Aishh, ke situ pulak dia, ingat Alia ni berani sangat ke, mahunya kene pelengkung di ayah” sampuk Alia.
 
“Alia rungsinglah kak, agaknya siapalah agaknya calon suami Alia, ntah hensem ke tidak, kalau gemuk macam mana” Alia menggaru kepala. “Heh budak ni itu yang dirungsingkan, takkan la mak ngan ayah tak tahu nak pilih yang mana terbaik buat anak dia. Ntah ntah macam Prince William tu, untung la badan” Kak Maya mengosok belakang Alia sambil menutup mulut menahan gelak. “Akak ni orang serius dia main-main pulak, malaslah cakap ngan akak” Alia memuncungkan mulutnya tanda protes.  

“Macam ni lah dik, akak percaya mesti Alia dah istikharah sebelum Alia buat keputusankan, Akak kenal adik akak, walaupun kita ni sepupu tapi akak dah anggap Alia macam adik akak sendiri” tenang Maya berkata-kata. “Alia kena ingat kadang-kadang apa yang kita fikir baik untuk kita sebenarnya adalah sebaliknya, mana kita tahu apa yang nak jadi akan datang. Allah dah tetapkan apa yang paling baik buat kita, mungkin kita tak nampak sekarang tapi mungkin akan datang siapa yang tahu kan. Alia kena terima apa yang Allah bagi dengan hati yang ikhlas, terima segala kekurangan yang ada pada bakal suami Alia, cuba berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah Alia akan dapat yang baik juga” Maya cuba tenangkan hati Alia agar Alia sentiasa ingat ketetapan Allah bukan mengikut gerak hati semata.
 
“Thanks Kak Maya, sekarang Alia lega sikit. Akak sentiasa ada disisi Alia, bila Alia perlu” Alia memeluk Kak Mya. “Dah la Alia, jom kita keluar, lama sangat kita kat bilik ni, banyak benda lagi yang disiapkan” Maya menarik tangan Alia. “Yela-yela, jom” Alia bangun dan sama-sama beransur keluar.
 
Sepanjang cutinya dikampung, Alia langsung tidak menerima sebarang panggilan daripada AIzril. “Ahh, wahai hati cuba lah kau lupakan dia, aku ni dah nak bertunang, karang lain pulak yang jadi” Alia mengeluh kerana gagal melelapkan mata, apa yang menganggu adalah perkara yang sama. “Alia, kau patut sedarkan diri kau dari dulu lagi jangan terjerat dengan lelaki mulut manis tu, bila dah jadi macam ni siapa yang susah kau jugak kan Alia” Alia menggaru-garu kepala sambil mata tidak lepas pandangan ke syiling.

“Akak, tolong siapkan Alia, Alia malaslah” Alia menongkat dagu sambil mengadap cermin. Hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu. Opss, ditunggu-tunggu tu ditujukan kepada keluarganya, tapi dia ntah la.
“La macam tu pun boleh? bertuah punya budak, cepat pergi mandi, akak dah tak sabar nak conteng muka orang ni” kata Maya teruja. “Hari ni akak nak conteng ke nak buat apa ke buatlah, Alia pasrah” kata Alia sambil menunjukkan muka sedih. “Dah jangan nak sedih sangatlah, mengada-ngada tahu” Maya menggosok-gosok kepala Alia.
 
Setelah seminggu berlalu dan Alhamdulillah majlis pertunangannya berjalan lancar. Hari ini, Alia kembali bekerja. Hari ini kedatangannya di pejabat disambut meriah seperti yang dijangka. Cukuplah seorang yang tahu berita pertunangannya, pasti akan tersebar secepat kilat. ‘Ni siapa yang sebarkan cerita ni, aishhh’ ngomel Alia didalam hati sambil menghadiahkan senyuman paksa. “Haipppp, tunangan orang, amboi dah la tak jemput, at least inform sepatah pun takpe, kecik betul hati” tiba-tiba muncul Kak Jamy dari pantry.
“Ala akak, bertunang je pun, buat apa nak heboh” bersahaja Alia membalas.  Dalam keriuhan, tiba kedengaran deheman seseorang apa lagi kalau bukan big bos. Secara tidak langsung suasana kembali senyap dan sunyi. “Alia masuk ke bilik saya sekejap!” arah Aizril serius. “Baik bos” patuh Alia walaupun  gerun melihat wajah kelat Aizril. “Ni dah kenapa muka kelat semacam macam bergaduh ngan bini, ni tak lain aku yang jadi mangsa keadaan” keluh Alia sambil mengambil buku di meja dan beransur ke bilik Aizril.
 
Continue,...
 

 

Thursday, October 30, 2014

::. Apa itu sayang .::


Hmmm apa itu sayang,..
perasaan halus yg dikurniakan Allah untuk mengukuhkan silaturahim sesama manusia..
ia bermula dari hati yang tulus ikhlas,..
sayang pada Allah, Rasul, ibu bapa dan segala2nya,..
kerana sayang kita sanggup buat apa saje,.
tapi berlandaskan ajaran islam lah,..
sayang berpada2 kerana takut rs syg sesama manusia lebih dr pencipta,..
bila ia hadir,..
rs ingin memiliki akn wujud,..
tp kita ingat xbermakna kita memiliki apa yg diingini,..
rasa syg harus disalur dgn cara yg betul..
syg yg ikhlas adalah melalui doa,..
doakn org yg kita syg sentiasa bhagia dan dilindungiNya,..
dalam erti kata lain pengorbanan membuktikan rs syg kita,..
InsyaAllah andai ia ikhlas Allah akn bg kebahagiaan berlipat ganda buat kita..
syg yg tulus apabila kita sentiasa pastikan org yg kita syg selamat dan bahagia sntiasa,..'
kerana itu sebahagian dr kebahagiaan kita,..
mgkin sukar tp percayalah ia adlah nikmat yg plg indah,..
walaupun bukan dengan cara memiliki,..
tapi kita telah menjaga amanah Allah dgn sebaiknya dan berjaya mengawal perasaan suci itu
dgn cara yg betul,.
 

Berkasih Sayang kerana Allah
 
Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)

Reference : JAKIM
http://www.islam.gov.my/e-hadith
 
 
salam sayang dariku,..



::. Terkilan .::


 apa yang terjadi hari ni benar2 mengecewakan..
walaupun bukan terjadi padaku,...
rasa terkilan tetap ada...
mungkin pekerjaan ku ini biasa2 saje,..
xmenggunakan daya pikir yg bnyak pun tp cabaran nye bila berhadapan customer,..
mungkin hari ni aku bertuah xberniaga di kaunter xpress,..
rupa2nya hari ni shabatku berdepan dgn customer yg agk luar biasa,..
mcm biasa cashier akn tertekan bila customer tak memahami knpa 
adanye kaunter xpress..
dah terpampang jelas didepan mata 'KAUNTER EXPRESS - 8 unit barang shja'...
aku rasa dah jelas pun kn,..
tp ada juga golongan yg mgkin terlepas pndg bley dimaafkan tp ada juga yg setakat IGNORE jer,..
yg penting nk cpat,..

apa yang terjadi pd sahabatku sharusnya dijadikan iktibar,..
oleh krna amarah dan sakit hati..
berlakulah pertelingkahan antra shbatku dgn customer tersebut,.
gara2 rs amarah dan sakit hati sbb shbtku menerima lbih 8 brg drpa customer len,..
ala stakat lebih 2 3 brg msih boley consider,..
tp bila smpai gilirannya,..
shbatku menolak dgn baik ats sbb pnuh satu troli kot,..
tanpa segan silu cstomer tersebut menunding jari dan terus memaki
hamun sahbatku smbil mengungkit...
didepan khalayak ramai kot,.
suasana jadi tegang dan smua tertumpu disitu,..
menitis air mata shabatku krna rs malu dan pendam rs amarah,..
aku respect tindakannya sbb tak buat serang blas,..
hanya berdiam diri mgkin mjd punca customer tersebut trus2 melepaskan rs marah,..
bila difikirkan, puncanya xberpadanan dgn apa yg dh terjd,..

satu hari shabatku mendiamkn diri dan trus jd moody,..
kesihan dia,..
jd mgsa keadaan,..
tp sbenarnya awk kuat sbb tu bnda ni terjd pd awk,..
Allah xkn bg dugaan yg hmbaNya xmmpu tempuhi kn,..

apa yg aku nk highlight dkt cni bkn pekerjaan ni bkn juga nk m'aibkan sape,..'
tp tntg sikap,..
sbb tu kata org terlajak perahu bley diundur,..
tp terlajak kata kesannya smpai bila2,..
mgkin kemaafan boley dpat,.
tp luka dihati akan kekal hingga akhir hyt,..
Islam menyuruh kita umat islam sentiasa memaafkan org lain,..
tp sebelum terjadi ssuatu yg mgguris adalah lebih baik dihindar dulu,..

krana hati itu terlalu lembut,..
perlu dijaga dan dibelai,..
hargailah pemberian Allah,..
hanya dgn kata2 berhikmah dpat merawat luka dihati...

muhasabah diriku dan org2 yg aku sayangi,..
buat sesiap mengenali diri ini,.. 
andai ada tingkah laku dan tutur kataku yg mengguris ampunkanlah,...


Tuesday, October 28, 2014

::. Berjalan Tanpa Henti .::

sebelum tidow ni lah masa terbaik nak muhasabah diri,..

baik buruk apa yg kita buat hari ni, moga menjadi lebih baik akan dtg,..

andai bnyk perkara buruk yg kita buat harap2 dpt diperbaiki akn dtg,.

andai bnyk perkara baik alhamdulillah,.. 

tapi sebenarnya, kdg2.. kita terlepas pndg,..

ms nilah bergunanya teguran dr org luar,..

sshnya kdg2 nk terima teguran, tp klu bley cuba untk kebaikan diri sendiri,..

 

perjalanan hidup ni xpnjng mane, ms pulak cpt jer berlalu,..

kdg2 kita nk ms cpt2 berlalu sbb kita nk elak dr msalah,.

dan kdg2 kita nk ms cpt2 berlalu sbb kita nk cpt gapai bahagia,..

tp kita terlupa andai ms berlalu maka makin dkatlah ajal kita,..

bila dimana dan bagaimana itu mjadi rahsia Allah,..


tapi walaubagaimana pun jgn berhenti mencari nikmat Allah,..

sbb kita kena bkerja spti kita akan hidup seribu thun lg,..

dan kita beribadah sprti kita akn mati esk,..

janji Allah itu psti,.. kesenangan akan dtg andai kita sentiasa bersyukur,..


berjalan dan terus berjalan jgn pndg ke belakang,..

sbb kdg2 ms lalu kita akan membuat kita jatuh,..

jgn jdkn ia pghalang,.

apa yg pnting apa yg akn kita lalui akn dtg,..

bgaimana kita mencorakkn warna khidupan kita,..

warna itu lah akn menyerikan khidupan kita,..

andai ia cantik,.. bahagialah kita sentiasa,..

andai sebaliknya maka suramlah ia,..

 

Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)”.

Reference : JAKIM
http://www.islam.gov.my/e-hadith

 

muhasabah diri,..

peringatan buat diriku dan kita semua,..

 


::. Hari Bahagia Mu.::


Tahniah buat housemateku linda dan oyie,.. telah selamat berumah tangga akhirnya,.. 

Semoga bahagia sentiasa mengiringi kalian hingga akhir hayat,..

Moga hubungan suci ini akan berkekalan sampai syurga insyaAllah,..

Jadilah isteri yg solehah,.. dan bakal ibu yg terbaik nanti,...

Doa ku sentiasa mengiringi kalian,.. 

Selamat menempuh kehidupan baru,.. dan moga segala-galanya baik-baik sentiasa amin,...

Salam sayang dariku,..

Akan kutunggu kaem n muna pula hehehehe

moga dipermudahkan insyaAllah,..

Khas buat Korang hehe




::. Kerana Cinta .::


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta 
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula 
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..