Wednesday, February 27, 2013

::. Menghitung Hari .::

Selama 1 bulan lebih di rumah,. akhirnya tibalah kemuncaknya,..
Ya tinggal beberapa hari lg,.. 
ak akn kembali semula ke Shah Alam,..
Perasaan bercampur baur,.. huhu,.. 
cedih, takut, xcited sume ada,..
cdey coz kene berjauhan lg dgn family,.. 
terpaksa tinggalkan aktiviti harianku,..
tkut coz nak hadapi cabaran sem baru,. erkk,. cam ssh jer,.. xpe Insyaallah boleh3,..
xcited coz nak jumpa mmber2ku especially my housemate,..
tuk Miss K n Miss M n Miss yg len2,..
jangan gelak bila tgk perubahan bntuk bdanku yg agk lari dr bntuk asal.. huhu,..
biasa r duk rumah xder buat paper,.. makan n tidow taw2 jela ape jd ye x,..
hopefully semuanya indah2 belaka untk ms akan dtg,..

menghitung hari detik demi detik huhuhuhu,...

Tuesday, February 26, 2013

::. Masa Depan .::



Bila cakap masa depan, 
semua orang nak masa depan yang bagus2 ye x?
Tapi nak buat impian n klu nak ckap itu ini mmg la sng,..
Nak merealisasikan tu hanya org tertentu jer mmg btul2 dpat impian diaorg,..
Of course la kt semua tahu, Tuhan akan membantu andai hambaNya berusaha,.
Disamping berdoa memohon padaNya,.


Huhu pg2 tengok MHI, isu2 menarik jgk hr ni,..
First sekali bila tgk Prof Dr. Muhaya,..
Huhu.,.
Seriously, dia adalah inspirasi aku,..
Nak kata idola tu xde la...
Idola kita umt islam just satu je Nabi Muhammad s.a.w..
Apa yg aku kagum psal prof ni, semua org tahu dia adlh seorg wanita yg berjaya,..
Pada pandangan aku, prof ni bkn sahaja mendalami ilmu duniawi malahan ukhrawi jgk,..
Apa yg aku tahu, dia adlh seorg doktor pakar mata n pada ms yg sama pngarah bg pusat rawatan mata,..
Fuhh,. mmg best la,.
Nampak mcm perfect,..
Tp nak smpai ke tahap itu, mstilah bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian ye x?
Tp xder org yg perfect di dunia ni,..
Masing-masing ada kekangan dlm hidup,..
Seperti mana yg katakan td,..
Usaha adlah tgga kjyaan n tawakkal tu penting,..

Satu lg semua org tahu, prof juga merupakan salah seorg penceramah keislaman,..
Kata-kata n motivation yg dia berikan fuh mmg terbaiklah,..

Teringin jgk nk jd seperti itu,.
huhu tp mcm mstahil,..
Faktor Kejayaan ssorg individu tu adlah keyakinan diri,..
So, bila dh yakin,.. Insyaallah Tuhan akan permudahkan segalanya,..
Problem pd aku sekrg keyakinan pd diri ak still pd tahap beginner,..
Hopefully, suatu saat aku akan peroleh keyakinan itu untuk ak merealisasikan segala impian aku,.
Teringin jgk spnjang hidup klu dpat buat sesuatu yg dpt memberi kepuasan pd diri ye x,..
Insyaallah,.. mudah-mudahan,..

Kita selalu bc statement ni,..

:: Usaha + Tawakkal + Redha ::

Hopefully la nak mengamalkan pun sesenang nk membcnya,..



Monday, February 25, 2013

::. Mybrain oh Mybrain .::

Oleh kerana dek rasa tergugat bila dh dgr miss M dah dpt claim huhhuhu.. 
Aku pun berusaha jgk cr tahu ak pnye status,..
Xkisah la bila dpat,.. just nk tahu mcm mana status,..
Kot2 ler tercicir,. naya jgk,..
Col cna, col cni,.
Rs give up jgk, coz line asyik bz jer mmnjg,..
Pape pn sabar separuh drp iman,..
Brapa bnyak kali passing pun dh xterkira,.. 
No pun dh xtaw yg mana satu,..
Tup2 last sekali kemuncaknya Miss A bg no bndari suh col,..
So, aku pn col lerr,..
Ckap pnyer ckp,.
Ntah r nmpak cam desperate or x,..
Aku tnye kat uncle tu.. ' bila agaknya boleh dpat? lmbat lg ke tempoh?'
Uncle tu pn jwab 'paling awl mggu ni,..' huhu pling awal mggu ni? nmpk gaya lmbat lg r tu,.
Xpe aku xkisah pun,..
N sebelum ak ltak phone ak tnya lg uncle tu,.
'Yuran tuk sem br ni cmne erk? kpt potong ke or byr sndiri?'
Sebenarnye prtanyaan ak len mksdnya tp mybe d'salah ertikan,..
jwapan uncle tu 'Kalau awak bnyak duit, awak byar dulu lerr' smbil gelak,..
ya aku pun sama-sama gelak,..
kalau ak bnyak duit xder r ak ssh pyah col uncle bnyak2 kali ye x...
Aku xtaw mcm mane aku gelak td,.
rs mcm dh terover dr uncle tu rsnye,.. 
ak klu dh tkejut or gabra,.. mmg akn b'laku ssuatu yg memalukan,..
sbb tu ak suka diam,..
nsib bek lam phone,..
xpe uncle tu xknal..
malu-malu,..
Astaghfirullahalazim,..
knpa la ngan ak ni,.

Sunday, February 24, 2013

::. Baby Boy 2013 .::


Alhamdulillah,.. tahniah untuk sahabatku Nor Aisyah n pasangan,.. kerana selamat menyambut bayi lelaki pd 24 Februari 2013,,.. 

Semoga baby menjadi anak yg soleh Insyaallah n berjasa suatu hari nnti,..

Dah jadi ibu dan ayah ni,.. Hopefully pengalaman ini lebih mematangkan  korang berdua...

Amin,... 

Insyaallah ada rezeki dpt tgk baby,..




Friday, February 22, 2013

::. Khabar orang kampung .::

Hari ini kali kedua aku dan family pulang ke kampung, atas urusan keluarga dan dalam masa yang sama untk tujuan menziarah datuk dan nenekku. 
Tak sangka ramai pulak yg pulang kali ni, khabar terbaru, alhamdulillah tak lama lagi datukku akan menerima cicit yang sulung, hasil perkahwinan sepupuku mustakim dan mastura,.. tahniah, semoga berbahagia dan bersedia menerima cahaya mata tak lama lagi,.. 
selamat menjadi ummi dan abi huuhhuhu dan berita untuk sebelah keluarga my dad pulak,.. 
ada satu kejutan yang tak disangka tapi tak boleh nak disertakan disini kerana ianya terlalu secret biarlah menjadi rahsia keluarga sahaja,.. 
dan khabar sedih bila melihat perkembangan datukku yang semakin teruk sakit tua,.. 
aku harap datukku dipanjangkan umur dan tahap kesihatan bertambah baik,.. Insyaallah,.. 

Bila tengok datukku yang dah tak ingat apa-apa sekarang, sedih pulak rasa bila ingat kenangan aku masa kecik-kecik dulu, bila balik je kampung aku dengan sepupuku akan memanjat guni-guni beras di kedai datukku memandangkan dia memang peniaga beras dan semestinya bahagian depan rumah penuh dengan guni-guni beras dan sudah pastinya datukku akan sabar memantau kami di bawah. 

Tapi sekarang semuanya dah berubah, kenangan dulu hanya tinggal kenangan,..

Thursday, February 21, 2013

::. Cerpen Lafaz Yang Tersimpan .::



Kenangan yang indah memang sukar untuk dilupakan,

Namun jangan jadikan ia penghalang untuk meneruskan hidup,

Andai kenangan itu mengundang derita,

Allah s.w.t. itu sentiasa ada,

Maka bergantung padanya adalah sebenar-benarnya,

Cinta Abadi buat selama-lamanya,...

                Suasana dalam kelas 3 Cemerlang hingar bingar, semua guru telah diminta menghadiri mesyuarat bersama pengetua.  Ya, aku salah seorang pelajar kelas ini. Setiap hari aku perlu berhadapan dengan keadaan kelas yang sebegini, memandangkan aku, lily dan ima merupakan pengawas koperasi, waktu rehat kami akan menghabiskan masa dikoperasi. “Aku tak tahan kalau macam ni hari-hari, tak faham betul aku dengan budak-budak ni memang dah tak reti nak duduk diam ke?” rungut ima. “Ntah la, aku sendiri pun tak faham, nak kata tak penah kene kaunseling, aku rasa dah hampir tiap-tiap hari ada jer budak kelas kita kena panggil ke pejabat” lily pun mengeluh. “Nia, kau ni macam tak ada perasaan jer, tiap-tiap hari aku tengok kau kena buli dengan si syed tu, kau boleh buat tak tahu jer ek” lily mengutarakan rasa tidak puas hatinya pada aku.  “Aku malas nak bising, kau kan tahu budak-budak kelas kita memang tak makan saman, lagi mulut cikgu kaunseling pun diaorang boleh buat tak endah, ni kan mulut aku” sesungguhnya aku memang memaksudkannya. Syed merupakan seorang pelajar yang agak nakal dalam kelas aku. Namun, senakal-nakal budak kelas aku tak ada lah sampai menyalahi tatatertib sekolah, hanya sekadar membuat bising. Oleh kerana itu, belum ada seorang pun lagi yang digantung atau diberhentikan persekolahan. Memandangkan tahun ini adalah tahun yang penting bagi kami, tak lama lagi kami akan menduduki peperiksaan PMR, keadaan ini agak merungsingkan aku.

                Selain daripada ima dan lily, aku juga rapat dengan beberapa orang lagi sahabatku. Walaupun kami berlainan kelas, tempat tinggal kami yang begitu hampir menjadikan kami akrab sehinggalah sekarang. “Petang ni kitaorang pegi rumah kau ek Nia, kita buat study group lagipun exam dah nak dekat ni” cadang Mai. “Aku ok jer, jom r, lagipun aku langsung tak boleh nak fokus dalam kelas, kau kan tahu budak-budak kelas aku macam mana, korang lain la kawan sekelas semua baik-baik, sporting plak tu” keluhku. “Dah la, tak payah nak mengeluh sangat la, don’t worry nanti kita buat discussion sama-sama” kata Nad menyedapkan hati aku. Oleh kerana keputusan aku di tingkatan dua dulu tidak memberangsangkan, hanya aku yang terpaksa menetap di kelas yang sama di 3 Cemerlang, sedangkan semua sahabatku yang lain seperti Nad, Mai, Farah dan Jue, masing-masing dinaikkan kelas ke kelas 3 Bestari. 
                Petang itu, kami sama-sama berbincang mengenai topik yang tidak difahami, kami juga bertukar-tukar pendapat. “Jemputlah minum, kita rehat dulu la kejap ek, aku mengantuk betul” aku memang tak boleh nak fokus lama-lama, memang tidur adalah hobi aku sebab tu aku tak naik kelas macam kawan-kawan aku. “Kau ni asyik tidur jer, cuba la tahan sikit mata tu” bidas Nad. Aku hanya tersenyum sumbing sambil mata tertutup dan bersandar pada sofa, best betul dapat tidur petang-petang macam ni. “Nad, kau tahu tak tadi si Joe tu aku dengar dah pegi interview jadi pengawas sekolah, aku tak tahu la macam mana jadi kalau kanak-kanak rebena tu jadi pengawas, tak boleh nak imagine aku taw” kata Jue. Aku yang sedang melelapkan mata masih memasang telinga, aik Joe? Joe mana satu ni. “Haha entahlah, alah belum tentu jadi lagi tu, baru interview kan” jawab Mai. “Weh, Joe mana ni?” tiba-tiba aku menyampuk. “Aik, berminat nampak” kata Nad sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain. “Ala, saja je aku tanya, kau cakap budak-budak rebena? Kenapa aku tak kenal pun?” aku menunjukkan wajah yang agak keliru. “Kau ni, student paling famous pun kau tak kenal”  jawab Mai. “Hehe, aku tak sempat nak kenallah, nak kenal budak-budak lelaki kelas aku pun pening kepala, fobia aku nak kenal dengan budak lelaki tau, disebabkan perangai budak-budak lelaki kelas aku. Sorang-sorang perangai macam hantu” rungutku. “Joe tu budak kelas kitaorang la, ala kau Nampak budak yang perangai pelik sikit terkinja-kinja macam kanak-kanak rebena yela tu, senang je kau nak cam” kata Nad. Hmmm menarik ni, nanti aku try la intai-intai budak tu, macam best jer dengar budak-budak ni bercerita pasal kanak-kanak rebena ni.

“Kau apesal? Apa yang kau tak puas hati dengan aku!” Syed dan Shahril tolak menolak antara satu sama lain. Kelas 3 Cemerlang kecoh pagi itu, pergaduhan yang ntah macam mana bermula, semakin lama semakin ketara. Budak-budak perempuan sudah berada di luar kerana kerana bimbang sama-sama tercedera, meja-meja dan kerusi-kerusi di dalam kelas sudah bertunggang-langgang. Aku yang pertama kali melihat kejadian sebegini tergamam dan terkejut, tidak sangka pergaduhan kecil telah menjadi besar. Pelajar-pelajar lelaki kelasku yang mana tidak terlibat dalam pergaduhan, turut sama membuat bising sambil bertepuk tangan melihat siapa yang menang dah siapa yang kalah. “ Sama-sama satu kepala bukannya nak meredakan member bergaduh tapi nak marakkan lagi, tak boleh jadi ni, jom lily kita laporkan pada guru disiplin ” ajak Nad. Aku masih lagi termanggu di luar kelas bersama-sama rakan-rakan yang lain. Aku pusing ke kiri dan ke kanan rupa-rupanya di tepi koridor penuh dengan pelajar-pelajar kelas lain tak ubah seperti kelasku dijadikan pawagam yang menayangkan sebuah filem aksi. “Aduh malu-malu” aku mengelengkan kepala. Aku berazam untuk memperbaiki keputusan aku dalam PMR, walau tak dapat tukar sekolah pun dapat tukar kelas pun jadilah.

                Setelah berjaya menamatkan peperiksaan PMR, tibalah hari di mana kami calon-calon peperiksaan mengambil keputusan. “Apa pun keputusan hari ni, aku kena terima dengan redha. Aku dah cuba sedaya upaya. Ya Allah, harap-haraplah keputusan aku takde lah teruk sangat amin” aku menadahkan tangan berdoa sebelum bertolak ke sekolah. “Nad, kau dapat berapa?” tanyaku kepada Nad. “Alhamdulillah, tapi cukup-cukup makan jer, kau?” Nad kembali bertanya. “Hehe, aku tak ambil pun lagi, gemuruh semacam jer ni, rasa macam tak sedap hati pun ada” aku meyuarakan kebimbanganku. “Tawakkal jela Nia, kita dah usahakan, pergilah ambil slip kau tu” Nad menolak badanku.

                Hari ini bermulanya hari pertama yang mana aku menjejaki kaki ke tingkatan 4. Semua pelajar tingkatan 4 dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan kerana masing-masing akan ditempatkan kelas berdasarkan keputusan PMR dan Alhamdulillah aku dan sahabatku yang ditempatkan di dalam satu kelas iaitu 3 Bestari. “Aku bersyukur sangat, akhirnya aku dapat keluar daripada kelas lama aku,.. fuhh” setelah 3 tahun aku menanti saat-saat ini akhirnya segala-galanya tercapai. “A’a aku pun, aku tengok budak-budak kelas ni boleh tahan jugak macam best jer” lily menyuarakan pandangan pada kelas baru kami. Oleh kerana masing-masing sudah berpasangan, aku mengambil keputusan untuk duduk di bahagian tepi tingkap bersama salah seorang rakan sekelasku. Susun atur meja dikelas itu menyebabkan kami terpaksa berpisah kumpulan. “Alah aku tak ngam sangat dengan Ila tu” aku menyuarakan rasa tidak puas hati aku kepada Nad. “Alah sementara je ni, nanti guru kelas kita datang kita ubah suai balik la, sabar ek” Nad menyedapkan hati aku. Sesungguhnya aku rasa benar-benar terasing.

                Seperti mana sebelum ini, majoriti kelas mempunyai kuantiti pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki begitu juga kelasku. Oleh kerana pelajar lelaki sedikit, setiap ragam mereka kami dapat ikuti dengan jelas. Pelbagai ragam tapi takde la seteruk kelasku sebelum ini. Beberapa orang lelaki kelasku telah dilantik menjadi pengawas, termasuklah Joe seperti mana yang dikatakan sahabat-sahabatku sebelum ni. Ya, kanak-kanak rebena penyeri kelas kami. Setiap hari kami tidak kering gusi melihat ragamnya. Lupa pulak, aku sekarang dah berubah tempat duduk, memandangkan Farah telah berpindah ke sekolah teknik. Farah memilih jurusan perniagaan, aku juga mendapat tawaran ke sekolah yang sama tetapi dalam jurusan yang berlainan iaitu kejuruteraan awam. Setelah berbincang dengan ibu bapaku, aku mengambil keputusan untuk terus disini bersama-sama sahabatku yang lain memandang jurusan teknikal bukanlah minatku. Aku selesa dengan jurusan sains tulen yang aku ambil sekarang.

                Sepanjang aku di kelas ini, pelbagai peristiwa yang terjadi. Antaranya, kes cinta huhuhu. Salah seorang rakan lelaki kelasku yang merupakan sahabat karib Joe iaitu Aril. Dia agak pendiam dan kurang bergaul jika dibandingkan Joe. Pernah satu hari, wajah Aril agak kusut dan sugul. Kami rakan-rakan sekelas tertanya-tanya, untuk bertanyakan sendiri memang tak la masing-masing tak berani. Waktu tu, kami tengah menjalani ujian pertengahan tahun, ketika kami sedang leka menjawab soalan periksa, tiba-tiba Aril keluar dengan wajah yang sukar untuk dimengertikan. Setelah beberapa hari keadaan tu terjadi, heboh satu kelas, eh bukan satu kelas saje tapi jugak menjadi isu perbualan budak-budak kelas lain tentang gossip yang menyatakan Aril telah jatuh cinta dengan salah seorang budak kelas 4 Gemilang, namun cintanya tidak berbalas. Masa tu heboh jugak satu bilik kaunseling. Huhuhu Aril.. Aril....

                Oh ya balik semula pada kanak-kanak rebena tadi, aku senang berkawan dengannya, dia lelaki pertama yang layan aku dengan begitu baik sekali dan membuat aku ketawa. Seperti mana hari-hari sebelum, jika ada waktu terluang dia pasti melepak di depan mejaku untuk bersembang. Oleh kerana sikapnya yang peramah, seluruh kelas senang dengannya termasuk aku. Hari demi hari, aku semakin rapat dengannya dan hari-hariku tidak lah begitu membosankan sehinggalah kami menjejakkan kaki ke tingkatan 5. Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku sekali lagi di naikkan kelas. Perasaan aku agak sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan karibku. Aku tak rasa kehilangan sangat dengan kawan-kawan perempuanku kerana kami berpeluang berjumpa lepas waktu kelas. Tapi  yang membuatkan aku sedikit sedih bila mengenangkan Joe. “Apesal kau Nampak sedih ni Nia” tanya Nad. “Aku takut dengan kelas baru tu, aku tengok budak-budak kelas tu nerd semacam jer, rungsing aku” aku agak bimbang bila mengenangkan suasana baru yang aku kene hadapi untuk masa mendatang. “Don’t worry, semuanya akan baik, just ingat matlamat kau. Tahun ni kita akan menduduki SPM” Nad sekali lagi menyedapkan hati aku.

                Walaupun aku berlainan kelas dengan sahabat-sahabatku, kelas kami masih lagi bersebelahan. Kadang kala, Joe akan datang menjengukku di tepi tingkap kelasku, memandangkan aku duduk di bahagian tepi tingkap menyenangkan kami untuk berkomunikasi. Segala-galanya indah bagiku, dia membuatkan aku rasa tidak terpinggir. Lawak jenakanya menjadikan hidupku tidak membosankan. Oleh kerana kami agak sibuk membuat persiapan menduduki peperiksaan SPM, aku dapat merasakan hubunganku dengan Joe agak hambar, kadangkala bila kami terserempak, Joe seolah-olah tidak mengenaliku. Sedih bila mengenangkannya, hanya dia yang dapat memberiku semangat untuk aku meneruskan hidupku. Hari semakin hari aku sudah dapat membiasakan diri dengan kelasku, setiap hari minggu aku akan bertandang ke rumah sahabatku untuk membuat study group.  Namun, hidupku terasa kosong, bila melihat Joe bergelak ketawa bersama sahabat-sahabat karibnya, aku jadi sedih dan rasa begitu terpinggir. Yalah, orang sebaik dan seperamah Joe memang senang mendapat kawan. Sudah pasti kawan pun akan sentiasa berganti dalam hidupnya. Berbeza dengan hidupku kehadiran Joe dalam hidupku memberi kesan mendalam mungkin kerana aku yang agak pendiam ni sukar untuk rapat dengan mana-mana lelaki. Kehadirannya telah memberi impak besar dalam hidupku.   

                Hari ini hari penting buat kami, kami bersama-sama menduduki peperiksaan SPM. Oleh kerana kelasku tidak begitu ramai, seorang daripada kelas sebelah terpaksa dipindahkan ke kelas aku untuk memenuhi ruang dan orang itu adalah Joe. Terdetik rasa gembira dihati, dapat melihat wajahnya sepanjang peperiksaan, sekurang-kurangnya dapat memberikan aku semangat. Aku masih ingat lagi, ketika peperiksaan matematik tambahan, kami memang teruja untuk menjawab. Walaupun tak pasti jawapan kami betul atau tidak yang penting kami mencuba dan pegawas yang menjaga kelasku pada ketika itu agak tergamam kerana kami berganti bangun untuk mengambil kertas tambahan di depan. Kalau melihat situasi ketika itu, kami seolah-olah menjawab soalan penulisan bukannya matematik. Ketika tiba giliran aku, aku bangun dan pada masa yang sama Joe juga serentak bangun untuk mengambil kertas di hadapan, untuk seketika kami berpandangan dan berlagak seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang riak huhuhu. Walaupun itu hanyalah peristiwa kecil namun cukup melekat dalam ingatanku.

                Setelah beberapa bulan kami menduduki peperiksaan, tibalah masa untuk kami menerima keputusan SPM. Alhamdulillah, walaupun tidaklah cemerlang mana, tapi masih mampu menampung untuk aku meneruskan pengajianku ke menara gading. Memandangkan aku tidak banyak bergaul, kami rakan sekelas sudah tidak menghubungi antara satu sama lain melainkan sahabat-sahabat yang berada sekampung dengan ku. Begitu juga dengan Joe, untuk sekian lama aku sudah tidak menghubunginya. Sepanjang cuti, aku dan sahabat karibku saling menghabiskan masa bersembang, bergilir-gilir rumah antara kami. “Nad, kau ada tak nombor phone member-member kita, aku nak la, dah lama tak contact dieorang rindulah lah huhu” oleh kerana aku baru sahaja menggunakan telefon bimbit, terdetik rasa di hati untuk menggunakan telefon bimbitku sepenuhnya memandangkan hari-hari yang aku lalui begitu membosankan. Kalau ada rezeki dapat jugak bertemu dengan rakan-rakan sekelasku. “Ada, nah kau carilah sendiri nombor sape yang kau nak” Nad member kebenaran kepadaku untuk aku ‘explore’ telefon bimbitnya. Ketika aku asyik menilik satu persatu nombor yang terkandung di dalam telefon Nad, tiba-tiba aku terpandang nombor Joe. Hati aku ketika itu Tuhan sahaja yang tahu, berdebar-debar. Aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku dan tanpa berlengah aku terus menyalin nombor telefon Joe ke dalam telefonku.

                Malam itu, aku cuba menghantar SMS kepada Joe. ‘Salam, apa khabar? Ingat saya lagi?’ aku memulakan perbualan. ‘Wssalam, sape erk?’ SMS ku dibalas. ‘Awak Joe kan?’ aku membalas lagi. ‘Ya, awak sape?’ Joe bertanya. ‘Nia, ingat lagi?’ aku membalas dengan rasa ragu-ragu. Tidak lama kemudian Joe membalas, aku tidak menyangka SMS dariku mendapat balasan yang luar dari jangkaanku. ‘Eh Nia, lama tak jumpa kan, ingat jugak awak kat saya ek? Macam mana dapat nombor saya? Awak apa khabar?’ soalan yang berganti-ganti dari Joe. Bermula dari hari itu, kami makin rapat. Hampir setiap malam kami berSMS, walaupun selepas pukul 12 tengah malam. Al-maklumlah masing-masing tidak bekerja, berjimat itu penting huhu.

                Keakraban kami pada waktu itu, membenarkan kami berkongsi apa jua rahsia antara kami. Joe sendiri telah mengaku bahawa dia telah pun mempunyai teman istimewa. Seperti apa yang telah diceritakan, dia mengenali teman wanitanya melalui sahabatnya, dengan bertukar-tukar nombor telefon akhirnya menjadi hubungan yang serius. Terlalu banyak cerita yang aku dengar daripada rakan-rakanku mengenai Joe dan teman wanitanya. Pada pandangan aku pada waktu itu, sudah pasti hubungannya begitu serius sehingga dia tidak segan silu menceritakan kisah cinta pada orang lain sehinggakan tersebar ke mana-mana sahaja. Joe sendiri telah berterus terang kepadaku yang dia begitu menyayangi teman wanitanya. Mulai hari itu, aku menutup hatiku untuknya. Pada mulanya aku hanya berlagak biasa dan kami berhubung seperti biasa. Walaupun agak sedih aku masih lagi boleh meneruskan hidup seperti biasa. Namun, setelah Joe melanjutkan pelajarannya, hubungan persahabatan kami menjadi hambar dan akhirnya kami mendiamkan diri antara satu sama lain. Aku cuba menguatkan semangatku kerana masih ramai orang yang menyayangiku dan yang penting aku sedar Allah sentiasa ada bersama buat selama-lamanya.

                Tidak lama setelah Joe melanjutkan pelajaran, aku pula menyusul. Alhamdulillah aku juga ditempatkan disalah sebuah IPTA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Sepanjang pengajianku, pengalaman telah mendewasakanku. Aku mula belajar hidup berdikari jauh daripada keluarga. Alhamdulillah dengan kenalan baruku, sedikit sebanyak mengisi ruang hidupku. Namun, satu ruang dihatiku ketika itu hanya Tuhan yang tahu bertapa sunyi dan rasa kehilangan. Aku tidak dapat melupakan Joe dan dalam pada masa yang sama hatiku seolah-olah tetutup untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupku. Oleh kerana aku adalah seorang yang agak pendiam, kawan lelakiku agak terhad dan aku perasan tiada lelaki pun yang cuba untuk berkawan dengan ku. Demi Tuhan bukan aku sengaja mewujudkan jarak itu tapi mungkin sikapku yang sukar untuk berkomunikasi dan kurang peramah menjadikan aku kurang sahabat.

                Sepanjang aku melanjutkan pelajaran, Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat yang sentiasa member peransang dan dorongan kepada ku. Kadangkala aku menerima SMS daripada Joe mungkin hanya pesanan ringkas biasa tapi sudah cukup mengubah mood aku untuk satu hari, aku akan bersemangat untuk meneruskan hari-hari ku. Pelikkan tapi beginilah lumrah manusia, mungkin aku adalah jenis wanita yang mudah terpaut dan akan setia pada yang satu. Namun, aku sentiasa mengingatkan diriku agar kasihku kepada manusia tidak melebihi kasihku kepada Tuhan. Aku tidak kisah aku tidak mempunyai teman lelaki, mungkin Tuhan mahu memelihara diriku daripada perkara buruk. Alhamdulillah, ianya kurniaan terbesar buatku. Pada tahun kedua aku di universiti, aku mendapat satu pesanan ringkas daripada Joe yang menyatakan bapanya telah pulang ke rahmatullah. Hanya Tuhan yang tahu saat itu, aku menitiskan air mata, alangkah bagus andai aku dapat menjadi insan yang berada di sisinya di kala susah dan senang. Aku mengambil keputusan untuk menelefonnya, agak kekok kerana kami sudah lama tidak berhubung, aku tidak tahu bagaimana berhadapan saat itu. Terus terang aku katakan aku turut bersedih dan hanya doa yang dapat aku hulurkan untuk aryarham bapanya.

                Selepas beberapa bulan peristiwa itu berlalu, aku makin jauh dengan Joe, mungkin kami masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar agaklah berat bagiku. Walaupun semangatku tidak begitu kuat, aku terus berusaha untuk teruskan sehingga ke saat-saat akhir, walaupun keputusan akhirku tidak memberangsangkan Alhamdulillah aku dapat menamatkan pengajianku mengikut masa yang telah ditetapkan. Bagi melengkapkan diplomaku, aku dikehendaki menjalani latihan praktikal. Aku pulang ke kampung dan mengambil keputusan untuk menjalani latihan praktikal di kampung sahaja. Bermula saat itu di mana aku dan Joe kembali berhubung. Ianya bermula pada satu pertemuan di antara aku dan sahabat-sahabat lamaku, boleh dikatakan macam reunion jugaklah. Aku tidak menyangkakan bahawa Joe juga telah menghadiri majlis itu. Kami ketika itu hanya saling berpandangan mungkin dah lama tak berjumpa rasa agak kekok dan sedikit gementar. Aku juga tidak menyangka Joe ingin meneruskan perbualan kami petang itu dengan menghantar pesanan ringkas padaku malam itu.

                Kami sama-sama menjalani latihan praktikal, memandangkan kursus yang kami ambil sama-sama mengambil masa 3 tahun. Sepanjang tempoh itu kami kembali akrab, aku rasakan semangat kembali pulih sehingga aku mengambil keputusan untuk menyambung lagi pengajianku di peringkat ijazah. Joe mengambil keputusan untuk bekerja dan dia memberikan aku sokongan penuh sepanjang pengajianku. Pada mulanya aku seolah-olah member harapan pada Joe, tetapi setelah melihat masih lagi berhubungan dengan kekasih lamanya, aku mematikan harapanku. Setiap tahun bila hari raya aidilfitri menjelang, aku terpaksa berhadapan dengan situasi yang membuatkan aku benar-benar sedih. Aku berpura-pura seperti biasa bila melihat Joe dan teman wanitanya bersama-sama beraya ke rumah sahabat-sahabat dan kadangkala kami bertembung. Terus terang aku katakana, aku benar tidak larat menghadapinya. Kadangkala aku terpaksa mematikan telefon bimbitku untuk mengelak daripada berhubung dengannya, pelbagai cara aku lakukan namun tidak berhasil. Joe seringkali menghubungiku dengan alasan persahabatan tidak akan putus sampai bila-bila. Benar apa yang dikatakan, tapi ianya benar-benar bermasaalah bagiku, hatiku padanya masih lagi kukuh seperti dulu langsung tidak berubah malah makin bertambah. Aku tidak mampu untuk bersikap hipokrit, selagi perasaanku padanya tidak kembali normal, aku tetap tidak dapat menganggapnya seperti kawan biasa. Kadangkala aku penah menyuarakan isi hatiku kepadanya mungkin ianya tidaklah terlalu direct. Namun, cukup membuatkan dia faham hatiku, usahaku agak mendukacitakan kerana Joe seolah-olah tidak memahaminya dan terus-terusan memberikan ku harapan. Sehingga sekarang aku masih lagi tidak dapat membaca isi hati Joe.
                Pada satu tahap aku sudah hilang sabar, aku sudah lali. Sudah bertahun-tahun aku menahan rasa sedih, akhirnya aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Aku akui begitu sakit rasanya untuk menahan diri daripada berhubung dengan orang yang benar-benar kita sayang. Namun, untuk kebaikan bersama aku harus meneruskan niatku.  Seringkali Joe mempertikaikan perubahanku, pelbagai alasan yang aku beri dan makin lama Joe memahami kehendakku. Aku masih lagi berhubung tetapi sama seperti mana aku berhubung dengan sahabatku yang lain. Aku akui perasaanku padanya langsung tidak berubah namun situasi kini telah berbeza dan aku sedikit demi sedikit dapat meneruskan hidup tanpa dirinya. Sepanjang tempoh itu, aku berusaha memperbaiki diriku, mendekatkan diri kepada Allah. Aku benar-benar menyesali kekhilafan aku sebelum ini, terlalu mengingati insan sesama manusia melebihi Allah. Aku tidak mahu ibadahku dinodai masalah yang aku alami. Aku amat berterima kasih kepada Joe kerana sepanjang persahabatan kami, Joe banyak memberi nasihat kepadaku untuk berubah dan mendekatkan lagi diriku kepada Allah. Cuma aku tidak dapat menerima cara dia mendekatiku seolah-olah memberi harapan yang tiada berpenghujung.

                Setelah beberapa tahun kemudian, setelah tamat pengajian aku telah mendapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Putrajaya. Alhamdulillah kehidupanku kini bertambah baik, impianku untuk membantu keluargaku tercapai. Walaupun gajiku tidaklah seberapa, namun aku bersyukur ianya masih mencukupi untuk aku menampung hidup di Kuala Lumpur dan juga membantu persekolahan adik-adikku. Sepanjang aku di Kuala Lumpur, aku ditemani seorang sahabat yang begitu memahami iaitu Sara. Dia juga merupakan teman serumahku. Oleh kerana aku selesa berkawan dengannya, setiap masaalah yang aku hadapi akan aku ceritakan kepadanya untuk mengurangkan beban yang aku tanggung. Begitu juga ceritaku berkenaan dengan Joe. Aku sudah lali setiap kali Sara mengutarakan soalan yang sama. “Nia, kau dengan Joe macam mana? Kau masih ada perasaan lagi pada dia? Cubalah bukakan pintu hati kau tu untuk orang lain jugak, berikan peluang untuk kau bahagia. Aku tak lama lagi dah nak berumah tangga, kalau boleh aku nak kau susuri aku” nasihat Sara aku terima dengan seaadanya, namun untuk memenuhinya amat berat bagitu, biarlah masa yang menentukan dan aku redha dengan siapa jodohku suatu hari nanti asalkan dia dapat membimbingku dunia akhirat dan menyayangi keluargaku seadanya. Hanya itu doaku setiap masa.

                Berbalik pada cerita di antara aku dan Joe. Ya, perasaanku padanya masih lagi sama hanya Tuhan sahaja yang tahu hikmah disebaliknya. Hingga kini aku dan Joe masih lagi berhubung, Cuma berbeza daripada dulu, kini kami berhubung hanya untuk perkara-perkara penting dan kadangkala aku merasakan yang kami memerlukan antara satu sama lain. Oleh kerana itu, persahabatan kami kekal hingga sekarang. Aku tidak tahu status di  antara dia dan teman wanitanya kerana aku tidak pernah mengambil tahu, aku sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Kini aku sibuk dengan pekerjaanku sebagai pegawai pemasaran. Kesibukan aku ditempat kerja membuatkan aku lupa pada diriku yang semakin meningkat usia, buat masa sekarang aku menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaku. Ibu bapaku di kampung sering kali bertanyakan soal jodoh, sudah pelbagai alasan yang aku beri. Segala-gala berakhir apabila pada suatu hari, ibuku menelefonku untuk segera pulang kerana ada perkara penting yang ingin dibincangkan. Aku agak cuak, pelbagai pertanyaan di benakku. Sara juga menunjukkan keinginan untuk mengetahui apa yang terjadi. Aku hanya menyuruhnya bersabar dan menungguku kembali.

                Apabila di kampung, adik-adikku tersenyum-senyum memandangku. Sudah letih aku bertanyakan kenapa tetapi tiada jawapan yang aku terima. Segala-galanya terjawab apabila keesokkan harinya datang rombongan merisik. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu, sumpah aku belum bersedia menghadapinya, namun melihat riak ceria di wajah keluargaku aku tidak berani berkata apa-apa. Ketika aku berhati-hati aku menghidangkan air, aku amat terkejut dan hampir terlepas dulang di tangan, kerana melihat seorang wanita yang seusia ibuku kini berhadapanku, apa yang memeranjatkanku adalah aku rasa seolah-olah aku pernah melihat wanita itu. Aku duduk bersimpuh di lantai cuba mengingati wanita itu dan kini aku tahu wanita itu adalah ibu Joe. Aku tidak akan mungkin melupakan segala-gala yang berkaitan dengan Joe apatah lagi ibunya. Walaupun aku tidak pernah berbual dengannya, aku pernah melihat gambar keluarganya di facebook. Tanganku ketika itu mengeletar setelah aku tahu perkara yang sebenar. Segala-galanya bagaikan mimpi kerana telah lama aku tidak berhubung dengan Joe. Aku tidak tahu bagaimana keadaannya, kami hanya berhubung hanya untuk perkara yang penting. Sikap Joe yang acuh tidak acuh membuatkan aku terus berusaha melupakan perasaan aku kepadanya. Di saat aku cuba melupakannya lain pula yang terjadi, aku langsung tidak dapat berfikir ketika itu, aku diam seribu bahasa. Aku memerlukan penjelasan daripada Joe, kalau boleh sekarang juga tetapi aku menyabarkan diri dan jawapan untuk risikan itu, aku memerlukan masa dan aku membuat keputusan untuk memberikan jawapan setelah aku berhadapan dengan Joe.

                Setelah beberapa hari di kampung, aku menghargai cuti yang aku minta untuk menenangkan fikiranku. Apabila aku sampai di rumah sewaku, aku mendapati Sara ada di rumah mungkin cuti barangkali. Sara menyerbu ke arahku untuk mengetahui apa yang terjadi. “Nia, apa dah jadi? Semua ok kan?” bertalu-talu soalan daripada Sara. Aku masih lagi menunjukkan riak kebingungan. “Sabarlah, aku penat ni nak mandi solat dulu lepas tu aku cerita daripada A sampai Z ok?” aku terus meluru masuk ke kamar. Setelah selesai semuanya, aku menuju kearah Sara yang khusyuk menghadap televisyen. “Dah siap dah? Cepatlah cerita aku tak sabar nak tahu ni” Sara memusingkan badannya. Aku pun mula bercerita segala-galanya kepada Sara segalanya yang terjadi sepanjang aku pulang ke kampung. Seperti yang aku jangkakan reaksi Sara yang begitu teruja dan menjerit-jerit, macam dia pulak yang alami. Aku sendiri pun masih keliru dengan apa yang terjadi. “Sara, kau rasa aku patut terima ke lamaran dia?” aku meminta pendapat daripada Sara. “Ntahlah aku tak berani nak cakap tapi aku tahu kau masih cintakan dia kan, so kau buatlah keputusan yang tak membuatkan kau menyesal di kemudian hari. Walau apapun keputusan aku akan sentiasa sokong ok? tapi sebelum kau buat keputusan better kau buat solat istikharah minta petunjuk daripada Allah supaya pilihan kau nanti adalah tepat” dengan panjang lebar nasihat daripada Sara. “Thanks Sara, insyaallah aku akan fikir masak-masak, thanks tau, kau selalu ada saat aku susah dan senang” aku mengenggam tangan Sara. “It’s ok dear” Sara tersenyum memandangku.

                Pada hari minggu aku menghubungi Joe untuk berjumpa. Sebelum ini bukan Joe tidak menghubungiku, Cuma aku yang belum bersedia menjawab panggilannya apatah lagi berhadapan dengannya, tapi kini aku perlu kuatkan semangatku, tiada guna untuk aku lari daripada masalah kerana ianya tidak akan berakhir, aku cuba menghadapinya walau apa yang terjadi. Aku bertolak awal ke tempat yang telah dijanjikan supaya aku tidak terlalu gemuruh. Terus terang aku katakana sudah bertahun kami tidak pernah berjumpa hanya berhubung di telefon semata-mata. Apabila terjadi perkara sebegini, aku terpaksa berhadapan dengannya untuk meminta penjelasan, pelbagai persoalan yang bermain di fikiran. “Assalamualaikum” teguran itu memeranjatkanku ketika aku ralit berfikir. “Errr ya waalaikumussalam” aku berzikir di dalam hati ntah kenapa aku makin berdebar-debar. Kalau tiada kesabaran sudah pasti aku berlalu keluar. “Duduklah” aku mempelawa Joe. Aku agak tergamam melihat penampilannya. “Awak ni Joe kan?” aku mengeluarkan soalan yang mungkin agak bodoh. “Kenapa? Awak dah tak kenal saya lagi ke?” Joe ketawa kecil. “Saya suka tengok penampilan awak sekarang, memenuhi ciri-ciri wanita idaman saya” kata-kata Joe yang membuatkan aku tergamam. Penampilan dan ya, mana sikap kanak-kanak rebena yang aku pernah lihat dulu? Sekarang segala-gala telah berubah mungkin faktor usia yang membuatkan seseorang berubah matang. “Err,.. tujuan saya ajak awak berjumpa ni, saya memerlukan penjelasan” aku meneruskan bicara, aku mahu cepat pulang, aku dah tak sanggup di sini lagi jantungku bagaikan hendak keluar dari tempatnya. “Penjelasan apa? Pasal risikan tu?” Joe bertanya. “Ya” aku menjawab ringkas. “Apa yang awak nak tahu, saya kecewa sebab awak minta masa untuk berfikir, kenapa? Kitakan dah lama kenal sudah cukup untuk awak tahu hati budi saya” Joe berkata tenang. “Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya, kenapa awak pilih saya? Apa dah jadi pada teman wanita awk Joe? Apa alasan awak masuk meminang saya?” bertalu-talu soalan daripadaku. “Saya memilih awak kerana petunjuk yang Allah beri kepada saya bertahun-tahun lamanya, sepanjang pengenalan kita, saya telah berusaha berubah mendekatkan diri kepada Allah, setiap malam jawapan kepada istikharah saya adalah awak Nia, awak jangan bimbang tidak wujud mana-mana perempuan di sisi saya saat ini, saya dan Zai dah lama bawa haluan masing-masing, dulu kami berdepan terlalu banyak konflik yang membuatkan saya buntu cari jalan penyelesaian dan Alhamdulillah setelah saya merapatkan diri kepada Allah saya menjadi lebih tenang. Saya mengambil keputusan untuk memilih awak sebagai suri di hati saya kerana dari dulu sehingga sekarang hanya awak yang membuatkan saya selesa. Saya berharap sangat awak menerima lamaran saya, saya rasa penjelasan saya sudah cukup menjawab segala persoalan awak” Joe menjawab soalanku sekaligus.  “Saya tak tahu nak jawab apa, segala-galanya macam mimpi. Kita dah lama tak berhubung tapi tiba-tiba awak datang melamar saya. Segala-galanya begitu drastik” aku menyuarakan rasa hatiku. “Esok hari jadi saya, saya yakin awak masih ingatkan, saya beri awak tempoh malam ni untuk awak berfikir, esok saya nak awak datang ke taman tasik titiwangsa, saya nak sambut hari lahir saya dengan bakal isteri saya” kata-kata Joe membuatkan aku tergamam. “Insyaallah, beri saya masa untuk berfikir” aku menjawab setelah lama mendiamkan diri. “Saya nak awak tahu satu benda, saya tidak menghubungi awak tidak bermakna saya tidak mengambil kisah pasal awak. Saya telah berniat untuk menjadikan isteri saya, sepanjang saya mendiamkan diri saya sentiasa berdoa untuk awak. Saya nak memelihara hubungan kita agar tidak dinodai nafsu semata-mata. Biarlah hubungan yang terjadi adalah hubungan yang halal. Insyaallah walaupun awak bukan cinta pertama saya, awak adalah cinta terakhir saya” kata-kata terakhir daripada Joe membuatkan aku begitu terharu dan aku benar-benar yakin Joe memang telah diciptakan untukku. Malam itu, aku sekali lagi menunaikan solat istikharah, walaupun aku tidak dapat lihat dia di dalam mimpiku. Alhamdulillah, hatiku masih lagi tegar untuk memilih dia. Keesokkan harinya aku bertemu dengan Joe di tempat yang telah dijanjikan.

5 tahun berlalu......
                “Mia, jangan ajar adik bukan-bukan, nanti ummi report kat abi baru tahu” aku memberi amaran kepada Mia yang kini berusia 4 tahun. Alhamdulillah, keputusanku untuk memilih Joe 5 tahun lalu, memberi peluang untukku hidup bahagia kini. Aku dah Joe dikurniakan 2 orang cahaya mata Mia Kaisara dan Amir Fitri. Kehadiran permata yang melengkapkan hidupku. Aku mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa memandangkan Joe tidak membenarkan aku bekerja setelah kami bakal menerima cahaya mata pertama. Dugaan yang aku lalui dulu membuahkan hasil kini, aku bersyukur kepada Tuhan dengan kurniaan yang diberikan. Aku bahagia dengan orang yang aku cintai. Insyaallah, dialah cinta pertama dan terakhirku. Lafaz yang tersimpan di hatiku telah terluah kini.

Cinta yang sebenar adalah cinta kepada Ilahi,..
Allah akan mempermudahkan segala keinginan kita andai kita sentiasa meminta kepadanya,..
Bersabar dan berdoa agar segala impian kita menjadi kenyataan,..
Sesungguhnya cinta akan datang kepada kita tanpa perlu kita mengejarnya andai ianya benar-benar ditakdirkan untuk kita,..
Dan jangan cuba memaksa ianya menjadi milik kita andai memang ditakdirkan ianya bukan milik kita,..
Cinta adalah suatu pengorbanan,..
Andai cinta berdoalah moga orang yang kita cintai sentiasa bahagia,..
Andai ia tidak seperti mana yang kita impikan, maka bersabarlah sesungguhnya rencana Tuhan adalah yang terbaik,...

by Cnsy@roz
                

Tuesday, February 19, 2013

::. First Wedding .::

Alhamdulillah terbina lagi satu masjid,.. ni first wedding untuk tahun 2013,.. tahniah untuk k.tie dan pasangan,.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat,.. 

15.2.2013 hari tu,.. aku dan rakan sekerjaku di ZIQ Bakery menghadiri mjlis salah seorg staff ZIQ,.. dh lama xjumpa,.. rasa xcited amat,. hilang sekejap masalah yg aku alami,.. huhuhu.. walaupun xdapt jumpa semua rakan sekerja,.. aku tetap berpuas hati sekurg2nya terubat sikit rindu,.. Insyaallah ada rezeki lain masa kita jumpa lg,..

Aku mendapat tahu boss ku,.. menjalani pembedahan,.. xpsti apa penyakitnya,.. pape pun aku sentiasa mendoakan smoga boss cpt sembuh,.. amin,.. 

Untuk semua sahabat2 ku di ZIQ,. smoga korg semua berjaya n enjoy dgn kerja,.. Insyaallah hopefully rezeki melimpah ruah,.. bersabarlah menempuh segala dugaan,..


Now,.. kita tggu untuk next wedding,.. huhu,.. so excited,..

Thursday, February 14, 2013

::. Dugaan Tahun Ini .::

Hari ini mungkin hari gembira untuk sahabat2ku tp tidak aku..
Aku mmg dh agk benda akn berlaku,..
Sebab aku mmg dh rs xsedap hati sehari sbelum result keluar,..
Sekarang aku dh dpat jwapannya,..
Aku redha sebab aku tahu pasti ada hikmah disebaliknya,..
Aku jugak tahu mmg selayaknya aku terima mybe sbb usaha aku xstanding org lain,..
Kadang2 rs mcm nighmare jgk la,.
Tidow pun dh xlena,..
Macam2 dlm kepala fikir kesukaran yg akn ak hadapi nnti,..
Tp bila aku ingat Allah itu ada,..
DIA yg sentiasa bersama aku dulu, kini dan selamanya,..
Insyaallah akn kuat dan akn aku hadapi hingga ke akhirnya,..
Sebelum ni aku dh biasa hadapi,..
Malah lebih teruk lg,..
Tapi dengan izinNya, aku dapat teruskan jgk,..
Ni just dugaan di dunia,..
Masalah aku hanya sebesar zarah,..
Jika nak dibandingkan dgn org yg jauh lbih menderita,..
Cuma satu yg aku harapkan,..
Moga kesukaran yg akn aku hadapi tidk seteruk yg d'sgka,..
Hopefully Tuhan akan berikan aku jalan untuk aku selesaikan segala msalah mndtg,..
Semoga segala urusanku dipermudahkan,..
Jgn smpai aku menyusahkn kedua2 org tuaku,..
Harap2 msih ada jalan untuk ak perbaiki diri,..
Lepas ini apa yg aku tahu aku mmg dh kene berdikari,..
Kene cuba apa yg selama ni aku tkt nk cuba,..
Takutnya nak hadapinya seorg diri,..
Ntah kuat ntah tidak,..

Tahniah buat sahabat2ku,..
Gud Luck 4 next sem,..