Thursday, October 30, 2014

::. Apa itu sayang .::


Hmmm apa itu sayang,..
perasaan halus yg dikurniakan Allah untuk mengukuhkan silaturahim sesama manusia..
ia bermula dari hati yang tulus ikhlas,..
sayang pada Allah, Rasul, ibu bapa dan segala2nya,..
kerana sayang kita sanggup buat apa saje,.
tapi berlandaskan ajaran islam lah,..
sayang berpada2 kerana takut rs syg sesama manusia lebih dr pencipta,..
bila ia hadir,..
rs ingin memiliki akn wujud,..
tp kita ingat xbermakna kita memiliki apa yg diingini,..
rasa syg harus disalur dgn cara yg betul..
syg yg ikhlas adalah melalui doa,..
doakn org yg kita syg sentiasa bhagia dan dilindungiNya,..
dalam erti kata lain pengorbanan membuktikan rs syg kita,..
InsyaAllah andai ia ikhlas Allah akn bg kebahagiaan berlipat ganda buat kita..
syg yg tulus apabila kita sentiasa pastikan org yg kita syg selamat dan bahagia sntiasa,..'
kerana itu sebahagian dr kebahagiaan kita,..
mgkin sukar tp percayalah ia adlah nikmat yg plg indah,..
walaupun bukan dengan cara memiliki,..
tapi kita telah menjaga amanah Allah dgn sebaiknya dan berjaya mengawal perasaan suci itu
dgn cara yg betul,.
 

Berkasih Sayang kerana Allah
 
Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)

Reference : JAKIM
http://www.islam.gov.my/e-hadith
 
 
salam sayang dariku,..



::. Terkilan .::


 apa yang terjadi hari ni benar2 mengecewakan..
walaupun bukan terjadi padaku,...
rasa terkilan tetap ada...
mungkin pekerjaan ku ini biasa2 saje,..
xmenggunakan daya pikir yg bnyak pun tp cabaran nye bila berhadapan customer,..
mungkin hari ni aku bertuah xberniaga di kaunter xpress,..
rupa2nya hari ni shabatku berdepan dgn customer yg agk luar biasa,..
mcm biasa cashier akn tertekan bila customer tak memahami knpa 
adanye kaunter xpress..
dah terpampang jelas didepan mata 'KAUNTER EXPRESS - 8 unit barang shja'...
aku rasa dah jelas pun kn,..
tp ada juga golongan yg mgkin terlepas pndg bley dimaafkan tp ada juga yg setakat IGNORE jer,..
yg penting nk cpat,..

apa yang terjadi pd sahabatku sharusnya dijadikan iktibar,..
oleh krna amarah dan sakit hati..
berlakulah pertelingkahan antra shbatku dgn customer tersebut,.
gara2 rs amarah dan sakit hati sbb shbtku menerima lbih 8 brg drpa customer len,..
ala stakat lebih 2 3 brg msih boley consider,..
tp bila smpai gilirannya,..
shbatku menolak dgn baik ats sbb pnuh satu troli kot,..
tanpa segan silu cstomer tersebut menunding jari dan terus memaki
hamun sahbatku smbil mengungkit...
didepan khalayak ramai kot,.
suasana jadi tegang dan smua tertumpu disitu,..
menitis air mata shabatku krna rs malu dan pendam rs amarah,..
aku respect tindakannya sbb tak buat serang blas,..
hanya berdiam diri mgkin mjd punca customer tersebut trus2 melepaskan rs marah,..
bila difikirkan, puncanya xberpadanan dgn apa yg dh terjd,..

satu hari shabatku mendiamkn diri dan trus jd moody,..
kesihan dia,..
jd mgsa keadaan,..
tp sbenarnya awk kuat sbb tu bnda ni terjd pd awk,..
Allah xkn bg dugaan yg hmbaNya xmmpu tempuhi kn,..

apa yg aku nk highlight dkt cni bkn pekerjaan ni bkn juga nk m'aibkan sape,..'
tp tntg sikap,..
sbb tu kata org terlajak perahu bley diundur,..
tp terlajak kata kesannya smpai bila2,..
mgkin kemaafan boley dpat,.
tp luka dihati akan kekal hingga akhir hyt,..
Islam menyuruh kita umat islam sentiasa memaafkan org lain,..
tp sebelum terjadi ssuatu yg mgguris adalah lebih baik dihindar dulu,..

krana hati itu terlalu lembut,..
perlu dijaga dan dibelai,..
hargailah pemberian Allah,..
hanya dgn kata2 berhikmah dpat merawat luka dihati...

muhasabah diriku dan org2 yg aku sayangi,..
buat sesiap mengenali diri ini,.. 
andai ada tingkah laku dan tutur kataku yg mengguris ampunkanlah,...


Tuesday, October 28, 2014

::. Berjalan Tanpa Henti .::

sebelum tidow ni lah masa terbaik nak muhasabah diri,..

baik buruk apa yg kita buat hari ni, moga menjadi lebih baik akan dtg,..

andai bnyk perkara buruk yg kita buat harap2 dpt diperbaiki akn dtg,.

andai bnyk perkara baik alhamdulillah,.. 

tapi sebenarnya, kdg2.. kita terlepas pndg,..

ms nilah bergunanya teguran dr org luar,..

sshnya kdg2 nk terima teguran, tp klu bley cuba untk kebaikan diri sendiri,..

 

perjalanan hidup ni xpnjng mane, ms pulak cpt jer berlalu,..

kdg2 kita nk ms cpt2 berlalu sbb kita nk elak dr msalah,.

dan kdg2 kita nk ms cpt2 berlalu sbb kita nk cpt gapai bahagia,..

tp kita terlupa andai ms berlalu maka makin dkatlah ajal kita,..

bila dimana dan bagaimana itu mjadi rahsia Allah,..


tapi walaubagaimana pun jgn berhenti mencari nikmat Allah,..

sbb kita kena bkerja spti kita akan hidup seribu thun lg,..

dan kita beribadah sprti kita akn mati esk,..

janji Allah itu psti,.. kesenangan akan dtg andai kita sentiasa bersyukur,..


berjalan dan terus berjalan jgn pndg ke belakang,..

sbb kdg2 ms lalu kita akan membuat kita jatuh,..

jgn jdkn ia pghalang,.

apa yg pnting apa yg akn kita lalui akn dtg,..

bgaimana kita mencorakkn warna khidupan kita,..

warna itu lah akn menyerikan khidupan kita,..

andai ia cantik,.. bahagialah kita sentiasa,..

andai sebaliknya maka suramlah ia,..

 

Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)”.

Reference : JAKIM
http://www.islam.gov.my/e-hadith

 

muhasabah diri,..

peringatan buat diriku dan kita semua,..

 


::. Hari Bahagia Mu.::


Tahniah buat housemateku linda dan oyie,.. telah selamat berumah tangga akhirnya,.. 

Semoga bahagia sentiasa mengiringi kalian hingga akhir hayat,..

Moga hubungan suci ini akan berkekalan sampai syurga insyaAllah,..

Jadilah isteri yg solehah,.. dan bakal ibu yg terbaik nanti,...

Doa ku sentiasa mengiringi kalian,.. 

Selamat menempuh kehidupan baru,.. dan moga segala-galanya baik-baik sentiasa amin,...

Salam sayang dariku,..

Akan kutunggu kaem n muna pula hehehehe

moga dipermudahkan insyaAllah,..

Khas buat Korang hehe




::. Kerana Cinta .::


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta 
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula 
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

::. Damba Kasih .::


Semakin jauh ku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapanMu

Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dinihari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu 
Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku 
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan Yang Maha pemurah
Hindari diriku dari siksaMu
Oh Tuhan…

Monday, October 27, 2014

Cerpen - Jodoh Kita


“Ya Allah hanya engkaulah yang mengetahui apa yang terbaik buat kami, kerana engkaulah yang berkuasa dalam menentukan segala-galanya, sesungguhnya jodoh pertemuan adalah ketentuanMu”..

“Bila abang nak bertolak ke sana?” soal Maira tenang. “Insyaallah, next week, kalau tak ada apa-apa halangan” Amran tidak lepas menatap wajah yang berjaya mencuri hatinya. Maira menerima segala takdir yang telah ditentukan, mana mungkin dia menyekat perjalanan Amran ke menara gading. Walaupun berat hati, demi insan tersayang dia harus bekorban, dia harus percaya andai ada jodoh tak kemana, begitu juga sebaliknya. “Good Luck yer abang Am, study betul-betul, jangan lepaskan peluang ni” ujar Maira sambil tersenyum manis. “Insyaallah, Maira tunggu abang yer, nanti bila dah selesai semuanya abang pulang, kita akan selesaikan hal kita” Amran menabur janji. “Insyaallah, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan semuanya, andai jodoh kita panjang, Insyaallah tak kemana” Maira bimbang untuk menabur janji, apa yang bakal terjadi akan datang belum diketahui, mungkin tidak sama seperti yang dirancang, lagipun Amran menyambung pelajaran di luar negara jauh dari matanya, hati manusia mana dapat dikawal, bila-bila masa boleh berubah. Dia takut terlalu berharap, takut terluka. Perbezaan dirinya dan Amran sungguh jauh bagai langit dan bumi. Amran merupakan anak bongsu dan dibesarkan dalam keadaan serba mewah, sedangkan dia anak sulung yang dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Bukannya dia tidak menerima mana-mana tawaran untuk menyambung pelajaran, tapi oleh kerana keadaan ibu bapanya yang sudah tua dan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia bertanggungjawab untuk menjaga dan bekerja untuk menampung pelajaran adik-adiknya.

Lima tahun berlalu,..
Maira menutup diari, di sini lah tempat dia meluahkan perasaan dan menjadi teman setelah sekian lama. Setelah lima tahun berlalu hatinya masih tetap sama, perasaan sayang dan rindu makin lama makin bertunas. Namun, setiap kali itulah, Maira mengingatkan dirinya agar ingatan itu hanyalah untukNya, dia berserah dan tawakkal dalam menerima sebarang kemungkinan. Kini, hidupnya serba sedikit telah berubah, setelah bertahun bekerja di kilang elektronik, dia telah dinaikkan pangkat menjadi Penyelia pekerja bawahan. Maira bersyukur dengan kurniaan itu, serba sedikit dia mampu menampung keluarga dalam masa yang sama banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Biarlah apa pun kata orang, hidupnya seperti katak dibawah tempurung, langsung tak mengenal dunia luar, yang penting kebahagiaan keluarga diutamakan. “Mai, jauh termenung, ingat orang kat sana ke?” tegur Kak Sara, setelah selesai makan tengahhari di kafe. “Eh, kak Sara ni, buat terkejut orang je tau, orang kat sana mana pulak, saje nak termenung tak boleh ker?” Maira tersengih mempamerkan barisan gigi yang tersusun cantik. “Alah, akak bukan kenal Mai baru sehari dua, dah bertahun Mai, akak nak nasihatkan adik akak ni, kita hamba Allah jangan duk terlalu berharap kasih sesama manusia, bukan nak jadi batu api, tapi tengoklah dah bertahun si Am tu merantau, ada dia bertanya khabar Mai? tak ada kan, akak takut adik akak terluka” Kak Sara mengeluh sambil memandangku dengan wajah simpati. “Mai tak ada apa-apa lah kak, jangan bimbang, lagipun Am busy kot, student memang la macam tu” Maira memaksa diri untuk senyum. Kak Sara adalah teman rapatnya yang paling memahami, tempat dia berkongsi cerita.

“Kak Long, tengok ni adik jumpa kulit kepah, cantikkan” Ubaid berlari-lari, begitulah aktiviti Maira setiap petang menemani adik bongsunya setelah pulang dari bekerja. Ketika kusyuk melihat alam ciptaan Tuhan, kedengaran Ubaid menjerit memanggilnya. “Kak Long, Kak Long itu bukan abang Am ke?” berderau darahnya bila nama Amran disebut. “Dia dukung baby Kak Long, anak sape tu?” Ubaid memandang dengan penuh kehairanan. Walaupun ketika Amran masih bersamanya dulu, Ubaid baru berumur 5 tahun, wajah Amran masih kekal diingatannya, buktinya walaupun telah bertahun tidak berjumpa, sekali pandang sudah dikenalinya. Dari jauh Maira memerhati, memang benar itu Amran, manakan dia lupa wajah yang sering hadir dalam mimpinya hampir setiap malam. Ubaid menarik tangan Maira menghampiri Amran, walaupun pada mula dia agak malu, namun dia terpaksa akur mengikut kehendak Ubaid. “Assalamualaikum Abang Am” petah Ubaid memberi salam. Maira tersipu-sipu dan mulutnya bagai terkunci rapat. Amran kelihatan agak terkejut, jelas kelihatan pada wajahnya, “Err.. Waa… waalaikumussalam” tersekat-sekat Amran menjawab salam, jelas kegusaran di wajahnya. “Abang Am, lama tak jumpa, Abang Am sihat ker? ni anak sape Abang Am?” Ubaid duduk dibangku disebelah Amran sambil mengagah bayi di dukungannya. Sedangkan Maira hanya tersenyum, dia kehilangan kata-kata. “Alhamdulillah sihat, Ubaid dan Maira sihat?” Am tersenyum memandang Maira sambil menggosok-gosok kepala Ubaid, Amran masih berlagak tenang walaupun di hatinya dia masih belum bersedia berhadapan Maira dengan situasinya sekarang. Bukan niatnya memungkiri janji tapi segala-galanya masa yang menentukan.

Maira tidak dapat melelapkan mata, air mata menitis di pipi bagaikan tiada henti. Benarlah kata Kak Sara, hati manusia bila-bila masa boleh berubah. Hanya dia yang setia menanti, tapi Amran dengan senangnya memungkiri janji. Namun jauh di sudut hati dia tidak boleh menyalahkan Amran, takdir yang tersurat oleh Allah tidak boleh diingkari. Bagaikan terngiang-ngiang ditelinga saat Amran mengakui Ubaid itu adalah zuriatnya. Maira bingkas bangun, dia tersedar sesuatu, dia mengambil wudhuk dan sujud pada yang esa. Hanya pada Allah dia berserah segalanya. Dia perlu menanamkan azam yang baru untuk meneruskan hidupnya, dia rasa lega kerana tiada lagi penantian yang seolah-olah tiada jawapan.

“Senyum memanjang je” tegur Kak Sara. “Ai Kak, senyum pun tak boleh ke, akak jugak yang cakap kita kena mulakan hari dengan senyuman” sengih Maira. “Betul tu, tapi akak rasa hari ni hari yang luar biasa” perli Kak Sara. “Apsal pulak, akak ni ada-ada jela, dah teruskan keje tu, nanti bos nampak dikatanya kita makan gaji buta pulak” Maira menyambung keje sambil ketawa kecil.

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua, saya perkenalkan Pengurus baru kita yang menggantikan Encik Mansor, ini Encik Amran bin Mustafa, mulai hari ini, Encik Amran akan mengambil alih tugas Encik Mansor, diharapkan semua dapat beri kerjasama” terang Encik Jailani dengan panjang lebarnya. “Ya Allah dugaan apakah ini, Maira menundukkan kepala” baru sahaja dia berazam melupakan Amran, hari ini dia terpaksa berhadapan lagi dengan insan itu malahan bakal setiap hari. “Cik Maira, Cik Maira” Kak Sara menyiku lengannya, setelah dipanggil beberapa kali untuk memperkenalkan diri tetapi masih tiada tindak balas. “Ya… sa.. saya” Maira gugup. “Sila perkenalkan diri awak pada Encik Amran” kata Encik Jailani sambil tersenyum. Merah padam muka Maira kerana tertangkap ketika ayik mengelamun. “Maaf encik, saya Humaira Insyirah, penyelia bahagian pemasangan” Maira memperkenalkan diri tanpa memandang wajah-wajah insan dihadapannya. “Saya Amran Mustafa, saya harap awak semua dapat memberi kerjasama dan memberi tunjuk ajar juga pada saya, maklumlah saya masih baru disini, banyak benda yang ingin saya pelajari ” jelas Amran. Setelah segala-galanya selesai, semua beransur ke tempat kerja masing-masing.

“Ai, Maira tadi ceria bukan main, ni akak tengok muka dah keruh macam sungai Klang apsal? Pasal Amran ye? ada apa-apa yang akak perlu tahu?” soal Kak Sarah. “Ala akak ni, nanti kita story, sekarang focus kerja ok?” keluh Maira. “Yela cik adik sayang” Kak Sarah berlalu.
“Betul ke ni Maira?” sudah dijangka reaksi Kak Sarah bila dicerikan perkara yang sebenar. “Akak dah cakap dik, itu lah bahayanya kalau bercinta dengan orang jauh” Kak Sara beremosi lebih. “Takpelah akak dah takda jodoh” Maira redha. “Maira tak tanya dia, bila dia kawin, macam mana dia boleh kawin?” soal Kak Sara bertalu-talu. “Hishh, akak ni, Maira ni bukan busy body, nak tanya buat apa, kita doa aje dieorang bahagia hingga akhir hayat” Maira tersenyum tawar. “Nampaknya akak ada chance la” sengih Kak Sara sambil mengosok-gosok dagunya. “Chance apa?” pandang Maira pelik. “Chance nak jadikan Maira adik ipar akak” ketawa Kak Sara. “Eeee, Kak Sara ni ke situ pulak, akak ada adik bujang lagi ke? tak silap Maira semua dah kawin, takkan akak nak suh Maira jadi bini no 2 pulak, sampai hati” muncung Maira.

Petang itu, Maira bersiar-siar di pantai seperti biasa bersama Ubaid. Tiba-tiba seorang anak kecil berjalan terkedek-kedek menghampirinya dan memanggilnya “ma… ma.. ma.. ma…” Maira memangku anak kecil itu dan terkejut, “eh, ni bukan anak abang Amran ke Ubaid? ” tanya Maira kepada Ubaid, Ubaid melompat-lompat ingin menyentuh pipi si comel di pangkuan. Tidak lama kemudian, terdengar seseorang berteriak dan berlari-lari hingga tercunggap-cungap. Betullah tanggapannya si comel itu adalah anak Amran, macam mana boleh terlepas ni, bahaya betul. “Thanks Maira, terkejut betul abang, abang terlelap kat bangku tu, tak sedar si comel abah ni dah hilang depan mata” kata Amran sambil mencubit pipi anaknya. “Hish, bahaya betul macam tu, nasib baik dia datang pada Maira, kalau orang tak dikenali tadi macam mana” keluh Maira kerana kecuaian Amran. Amran hanya tersenyum manis dan mengambil anaknya dipangkuan Maira. “ isteri abang tak datang ker? Maira tengok selalu abang berdua jer kat sini” kata Maira sambil tersengih. Amran hanya mengeleng dan tersenyum.

Maira tergesa-gesa pulang ke rumah memandangkan hujan akan turun tak lama lagi, langit mendung dan angin yang kuat membimbangkan Maira takut tidak sempat sampai ke rumah. Tiba-tiba sebuah kereka Honda Accord berhenti di hadapannya, dia cukup mengenali kereta itu, siapa lagi kalau bukan Amran. Amran keluar dari kereta dan menghampiri Maira. “Maira jom abang hantar pulang, bahaya ni, angin kuat, tak lama lagi hujan nak turun, jom” ajak Amran. “Eh, tak apalah abang Am, insyaAllah takde apa-apa lah” tolak Maira bimbang, nanti apa pula kata orang. “Jangan degil, cepat” Amran membuka pintu disebelah penumpang. Maira tiada pilihan lain, terpaksa menurut dengan ragu-ragu. Sesampai dirumah, ayah sedang menunggu diluar rumah, bimbang agaknya, cuaca sebegini tapi anaknya masih belum sampai. Amran menyalami tangan ayah Maira dan duduk di bangku, masih tiada tanda-tanda untuk terus pergi, “aish, lamanye bersembang” ngomel Maira. “Hah, Maira tengok apa lagi, pergi buat air untuk si Amran tu, banyak benda agaknya nak disembangkan dengan ayah kamu, dah lama tak berjumpa” sergah ibunya dari belakang. “Yalah mak, kejap nak pergi tukar baju, nanti Maira turun dapur” Maira berlalu dengan malas.

Tiada hujan tiada ribut, tiba-tiba datang rombongan meminang pada hari minggu. Seminggu setelah kali terakhir berjumpa dengan Amran. Ya, apa yang mengejutkan, rombongan itu, adalah dari pihak Amran. Maira kebingungan, apa yang terjadi sebenarnya, bukankan Amran dah berkawin dan punya anak, apa tujuan meminangnya? nak dijadikan bini no dua ker? oh tidak, minta simpang. Maira tidak terus menerima pinangan itu, dia meminta sedikit masa untuk meminta penjelasan Amran.

Maira mengambil keputusan untuk bertemu Amran di pantai, “abang, please explain apa yang dah jadi sebenarnya, pinangan itu untuk apa? Maira tak faham” Maira terus bertanya, tidak sabar-sabar dia untuk mendapatkan jawapan. “Pinangan tu? Mestilah abang nak jadikan Maira isteri abang” Amran tersenyum manis sambil mengunyah keropok, selambernya dia. Aku macam nak pecah kepala berfikir. “Please abang Am ” keluh Maira, matanya sudah berkaca-kaca, rasa dirinya dipermainkan, bertahun-tahun dia merawat hati sendiri, dan sekarang Amran masih bermain tarik tali dengannya. Amran cuak melihat wajah keruh Maira, “oklah, abang ceritakan dari awal, sebenarnya, Maira ingat tak dulu masa abang ambil keputusan untuk sambung belajar, segala-galanya baik, tapi bila masuk semester terakhir, segala-galanya berubah, bila sahabat abang ditimpa kemalangan, dia dan isterinya meninggal disana, mereka telah dikurniakan cahaya mata, si comel yang abang jaga sekarang tu sebenarnya anak merekalah, masa kat sana hidup abang agak kelam kabut, abang dah ambil keputusan untuk menjaga anak mereka, lagipun masa dieorang hidup, abang rapat dengan anak mereka, sampai dia panggil abah macam sekarang” Amran mengeluh, dan kembali menyambung ceritanya. “Hidup abang masa tu agak kelam kabut mana nak cari penjaga, mana nak buat assignment, tambah-tambah lagi tu dah sem last, sebab tu abang lost contact dengan Maira, abang tertanya-tanya jugak boleh ke Maira terima keadaan abang sekarang ni, abang berserah pada takdir, andai anda jodoh antara kita adalah, abang ingat bila abang pulang ke sini, Maira dah berumah tangga, tapi bila abang jumpa ayah Maira aritu, abang yakin yang Maira masih menunggu abang dan akan terima kelebihan dan kekurangan abang sekarang, am I right dear?” Amran merenung Maira tajam.

Maira menitiskan air mata, “Maira ingat abang dah lupakan Maira, bertahun Maira tunggu berita, bila Maira dapat tahu abang dah ada anak, Maira dah anggap segalanya berakhir disitu” jelas Maira, sambil mengesat pelupuk matanya. “So, how about us?” Maira akan terima abangkan? Sudi tak Maira hidup bersama-sama abang dan sama-sama membesarkan si comel tu, dan bakal anak-anak abang nanti” Amran melamar Maira. “Maira terima abang seadanya, terima kasih kerana masih setia” Maira tersenyum. Alhamdulillah,.. andai JODOH KITA telah ditakdirkan, tiada siapa dapat menghalangnya melainkan ALLAH S.W.T…

Berpegang teguhlah pada takdir Allah…
Jangan sesekali mempertikaikannya,..
Allah tahu apa yang terbaik buat kita,..
Mohonlah pada pemilik hati,..
Kerana dialah menentukan segala-galanya,..

Friday, February 14, 2014

::. Alhamdulillah .::



Aku bersyukur, dengan izin Allah S.W.T.. 
Aku dan sahabat seperjuanganku telah berjaya menghabiskan pengajian kami,..
Hari ni, result telah pun keluar, dan kami telah mendapat status "COMPLETE"...
Syukur tidak terhingga,.. walaupun result tidak lah gempak mana,..
tp stakat itu yg aku mampu buat,..
Insyaallah andai tiada halangan kami akan berjumpa di majlis konvokesyen ke 80,..

untuk sahabat2ku yg sedang berjuang,..
truskan perjuanganmu,..
ssunguhnya akn tiba pengakhirannya,..
berjuanglah sehabis daya,..
Insyaallah Allah S.W.T sentiasa disisi kita dikala ssh dan sng,..
Mungkin bhagia belum tiba skrg tp mgkin akn dtg,..
Perancangan yg paling baik adalah drp Allah S.W.T,..

Buat sahabatku yang tidak lama lg akn menjadi tetamu Allah S.W.T,..
Alhamdulillah,.. anda adalah insan yg terpilih,..
Moga segalanya berjalan lancar,..
selamat pergi dan pulang,..
Moga2 segala amalan dan ibadah diterima dan doa dimakbulkan,..
Amin,...

Syukur Alhamdulillah,...

Monday, February 10, 2014

::. Permulaan 2014 .::

Bismillahirrahmanirrahim,..

bermulanye tahun baru 2014,..
Insyaallah andai diizinkan aku akan menamatkan pengajianku,..
harap-harap semuanya berjalan lancar dengan izin Allah,.
Ya, 2014 bakal menyimpan pelbagai kenangan yang belum lg pasti,..
harap2 pengakhirannya nnti akan dirindui,..
apa yang tidak dapt aku lupakan pada awal januari 2014,..
bermacam2 kejadian yg telah belaku,..
ianya memberi kesan kepada aku dan sahabat2 perjuangan,.
pemergian seorang pensyarah yang berdedikasi sangat2 lah dirindui,..
mungkin cara pemergiannya menjadi tanda tnya kepada kami,..
tp Allah itu maha mengetahui kebenarannya,..
walau apa jua kemungkinan kita yang hidup tidak layak menilai,..
biarlah Allah sahaja yg menentukan,.
biarlah doa yg sentiasa mengiringinya,,..
moga beliau tenang disana,.

selepas kami mengakhiri segala tugasan untuk sem yg terakhir,.
kami bersama2 bercuti di Jogjakarta Indonesia,..
segalanya berjalan lncar sehingga hr terakhir kami disana,..
satu gempa bumi telah terjadi,..
ianya menjadi pengalaman buat kami,..
gegaran 6.1,.. begitu dirasai,.
benar2 berbeza jika dibandingkn di Malaysia,..
Hanya Allah sahaja yg tahu bagaimana keadaan kami ketika itu,..
tiada apa yg difikirankn melainkan mati,..
itu mungkin amaran kepada kita manusia agar jngn terlalu leka,..
buat seketika suasana begitu suram,..
kami berlari bertempiaran,..
ada juga yg menjerit,..
mungkin pada kami rakyat Malaysia,..
ianya satu yg baru dirasai,.
tapi tidak bagi penduduk disana,..
mereka mungkin masih lg trauma dgn kejadian yang terjadi pada tahun 2010,..
yang mana meranapkan sebahagian besar negara mereka,..
begitu besar kuasa Allah,.. "Kun Fayakun"... andai ditakdirkan terjadi maka terjadilah,..
itulah janji Allah,..

moga apa yg terjadi menjadi pengajaran buat kami,.
namun begitu,.. keindahan sepanjang percutian tetap segar diingatan,..
moga ukhuwah yg terbina kekal hingga akhir hayat Insyaallah,.




Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

 

Selawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..

Esok bersamaan 12 Rabiulawal, merupakan hari kelahiran nabi terakhir kita,..

Pemergian baginda sesungguhnya tiada ganti,..

Walaupun tiada di depan mata, hati sentiasa rindu dan dekat dengannya,..

Hanya selawat dan ikutan sunnah pengubat rindu..

Moga diberi kesempatan untuk berada bersama-sama baginda kelak,..

Moga segala amalan kita membawa kebahagian diakhirat..

Sesungguhnya hanya Allah S.W.T.. yang tahu rahsia disebalik kejadianNya,..

Diharapkan kita pergi dalam keadaan yang diberkati,..

Itulah hakikat hidup yang sebenar, manusia dihisab atas amalan bukannya pangkat serta darjat,..