Thursday, January 31, 2013

::. Jodoh .::


Petang-petang mcm nie, bersantai jelah kejanya,..
Semenjak cuti sem ni.,.. bukan petang-petang jer,. pagi-pagi, malam-malam pun santai jugak huhu

Erm berkenaan topik ni,. jangan salah sangka,.. memang usia ku dah mengjangkau 25,..
tp untuk berumah tangga,.. ntah lah rasanya belum bersedia.. yela before msuk ke alam itu,..
banyak persediaan nak dibuat,.. 
tanggungjawab yg akan dipikul begitu besar,..
nak memastikan rumah tangga yg dibina akan kekal hingga akhir hayat n yg penting redha Allah s.w.t,..
namun, itu semua dah takdir Allah,.. 
bila-bila masa yg ditetapkan kalau xnk pun jadi jgk,..
Kun fayakun,.. Jika Allah kata jadi maka jadilah,.. Right??..

So, apa yg aku nk kongsikan dgn tajuk ini,..
td masa aku duk searching2 blog,.. tetiba terjumpa satu blog yg psal tajuk ni lah,.
tertarik pulak rasanya nak berkongsi,.. xsalah kan,..

Hmm topik nie nak dikatakan complicated tu ermm boleh laa,..
coz ia melibatkan kehidupan kita bersama pasangan hingga akhir hayat kan??
so, dalam soal milih-memilih ni,..
pada pandangan aku ntah la,..
apa yg aku tahu,.. tu semua keje Allah s.w.t.. 
Hanya dia yg tahu kesesuaian dan persefahaman antara pasangan,..
Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha,..

Berusaha dengan kata lain bukan mencari pasangan ke sana ke mari,..
tanpa mengambil peka terhadap faktor-faktor yg dituntut oleh syarak,..


Berusaha disini bermaksud memperbaiki diri kita terlebih dahulu,..
yakni sebelum kita cuba mencari n menilai sesorg yg akan menjd pasangan kita,..
kita perlu menilai diri kita terlebih dahulu,..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

Berdasarkan surah tersebut,. maka terbuktilah,.
manusia itu telah dicipta berpasang-pasangan,..
Hanya masa yg menentukan,..
Samaada lambat atau cepat ia datang,..
Tuhan tahu bila masa kita bersedia memikul tanggungjawab itu,..
Ia akan datang bila kita benar-benar bersedia,..


Allah s.w.t itu maha adil,..
Setinggi mana kita berusaha memperbaiki diri untuk menjadi sempurna disisi 
Allah s.w.t..
Setinggi itu juga lah anugerah dan nikmat hidup yg Allah beri untuk kita,.


“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” 
(HR. Abu Dawud)

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
 (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

So, apa yg boleh disimpulkan disini,..
Segala apa yg kita lakukan seharusnya bergantung kepada Allah s.w.t,..
Sekiranya kita berdepan kekecewaan,..
Hati kita masih lagi terkawal,..
Kerana kita bergantung kepada pencipta dan bukannya manusia sesama manusia,..
Bersederhanalah dalam semua perkara,.
Terutama dalam berkasih syg,..
Kembalilah semula kepada Allah s.w.t..
Bila kita sedar kita telah jauh dariNya,..

“…(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” 
Surah Ar-Ra’d : ayat 28

Oleh kerana itu,.. marilah sama-sama kita renungi,..
Dan muhasabah diri,..
Janji Allah s.w.t. adalah janji yg sentiasa ditepati,.
Marilah sama-sama kita mengejar janji-janji itu,..
Yang mana sebagai bekalan kita di dunia dan akhirat,..

Amin,..

Buat renungan diriku dan kita semua,..

Wassalam,..

Reference : Hikmatun's Blog

Wednesday, January 30, 2013

::. Jealous .::

Huhuhuhu,..
Yer aku agak jelez melihat VViP bersama ustaz Don Danial,.. 
xpelah rezeki awak..
hopefully aku juga berpeluang nak tgk real,.. 
bukan sekadar nak tengok muka tp jgk nak mendengar ceramah yg disampaikan,.
selama ni sekadar tgk dlm tv, 
perwatakannya yang agak kelakar dan bersungguh-sungguh dlm myampaikan dkwah.,..
menarik perhatianku,..
aku akui ustaz Don Danial adalah salah seorg pendakwah yg aku kagumi,..
selain drp pndkwah lain cntohnya uztaz azhar idrus (UAI),..
masing-masing mmpunyai cara tersendiri dlm mnyampaikn dkwah...
of course strategi dlm mnyampaikn dkwah penting untuk mnarik msyarakat,.
dlm mndalami Islam terutama golongan muda,..
pandangan aku kedua-dua pendkwah ini mempunyai cara berkesan untuk menarik para belia,.

hmmm.,..
smoga peluang yg VViP dpt ni dpat dimanfaat dgn baik,..
bergandingan dgn para ulama adalah satu cara mendekatkan diri kpada Allah s.w.t,..
So,.. VViP whatever u do,.. i akan sentiasa menyokong dr belakang,..
jangan sesekali ragu-ragu dgn kasih syg Allah s.w.t,..
kerana selagi kita bergelar umat islam,..
dan niat kita ikhlas kerana Allah s.w.t,..
Insyaallah Allah s.w.t akan sentiasa ada untuk kita,..
tegar hati dan tetap kan pendirian dalam berjuang ke jalan Allah,..
Insyaallah semoga perjalanan hidup kita akan sentiasa dirahmati,..

Sama-samalah berusaha memperbaiki diri,..
kerana itulah perjuangan sebenar umat Islam...

Wassalam,..





::. Salam Maulidur Rasul .::

Malam ini hati rasa seakan sayu,.. rasa rindu,.. rasa kosong,..
Mungkin kerana aku masih jauh dari Allah s.w.t,...

bulan ini adalah bulan yang penuh bermakna bagi umat islam,..
yang mana bulan ini merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,..
bersamaan 12 rabiul awal,..
iaitu junjungan besar yg menjadi idola dan ikutan umat islam,..
Semulia-mulia insan dan merupakan kekasih Allah s.w.t,..
mungkin kita tidak mampu menjadi sesempurna itu,..
tapi kita perlu mencuba kerana itulah matlamat hidup kita,..

sukarnya untuk menjadi yang terbaik,..
namun kita harus sedar,
Tuhan itu maha pengampun lagi maha penyanyang,.
kasih sayang Allah s.w.t tidak berbelah bahagi kepada hambaNya,..

Nabi Muhammad s.a.w sendiri begitu menyanyangi umatnya,..
sehingga ke nafas terakhir baginda masih lagi menyebut ummati,.. ummati,..ummati,..
Ya Allah begitu mulianya insan ini disisiMu,..
Kami umat mu begitu merindui mu,..
alangkah indah andai kasih sayang kami sesama umat islam setinggi nilai kasih sayangmu,..
Terima kasih kerana perjuanganmu menegakkan Agama Islam,..
sehingga kami berkesempatan mengenalinya, mendalaminya,..
hidup dalam nikmat iman dan islam,..

Ya Allah aku bersyukur,..
berikanlah kami kekuatan hidup dan tetapkan pendirian kami untuk terus mengejar rahmatMu,..
bimbinglah semua org yg aku sayang,..
agar sentiasa berada disisiMu,..
peliharalah hati kami agar tidak terdorong untuk melakukan kemungkaran,..
kerana kemungkaranMu adalah sesuatu paling kami takuti,.
peliharakanlah iman kami Ya Allah,..


Hanya padaMu kami berserah,..
Hanya padaMu kami meminta,..
Hanya padaMu kami berharap..
Bimbinglah kami ke arah kebaikan,..

Sesungguhnya matlamat kami adalah untuk menjadi umat Nabi Muhammad yang sebenar,,.
dan menjadi hambaMu yg sentiasa dirahmati,..

Kami Cinta padaMu Ya Allah,..
Kami juga sayang padamu kekasih Allah,..
Nabi Muhammad s.a.w....








Tuesday, January 29, 2013

::. Roller Coaster .::



Oleh kerana terlalu letih, semalam aku tertidow awal.. Nak dijadikan cerita, semalam aku mimpi pasal roller coaster,.. sebenarnye bukan roller coaster sangat pun,.. aku sendiri pun xpnah2 naik roller coaster,.. tetiba plak masuk dalam mimpi.,. macam real plak tu,..

Starting mimpi,.. ak n sdara mara ak keluar, kononnya nak pegi bercuti,.. n apa yg ak ingat ktorg naik train nak ke destinasi,.. tp train yg ktorg nk naik tu just berdinding separuh n berkaca lutsinar.,. gayat Tuhan jer r yg tahu,.. tp ak dpat tgk dgn jelas suasana sekeliling sampai bwah kaki pun boleh tgk al-maklumlah lantai lutsinar,.. realitinya mana ada train mcm tu,.. security features pun msti r ada,.. tp train dlm mimpi ak, lgsg xde security features,.. seat belt pun xder,.. imagine mcam train dekat zoo tu,.. har,. lebih krg cmtu r.,,

Yang paling menakutkan,  train rail tu sebiji mcm roller coaster,. berliku2,.. siap berpusing2,.. aisey,.. bygkan dgn xde seat belt, kaca lutsinar,.. bygkan klu train tu berpusing apa jadi???  mengerunkan,.. tp yg aku pelik ktorg stay jgk nak naik,.. punya lah laju n aku dpat rskan kelajuan tu mcm betul terjadi,.. ak dpat rs aku sendiri yg duduk dlm train tu,.. kedudukan aku ms tu kat bhgian tgh seat,.. n adk ak yg kecik duduk kat bhgian tepi sekali rapat pd dinding kaca tu,.. alahai klu realiti, aku xkn sesekali bg adk aku duduk tepi bhya kut sekali dinding kaca tu pecah,.. aisey,.. mmg sngaja cr pnyakit r,.. n ms train dh gerak,.. nasib baik dlm mimpi tu aku ada terpikir nk protect adk ak,.. waras jgk la aku dalam mimpi tu huhuuhhuhu,..

dgn sepenuh daya kekuatan aku,.. aku panjgkan tgan ak nak pegang adk aku,.. sebelah kiri pegang penghadang n sebelah kanan pegang adk aku,.. aku dpat rs ms tu kekuatan aku hanya dihujung tanduk,.. berpeluh2 nak imbangkan badan dlm train tu,.. yg peliknya semua org dlm train tu static je xder yg jatuh pun alhamdulillah lah,.. pelik sungguh,.. mmg xlogik di akal,.. segala-galanya mengatasi graviti bumi,.. tgh syok duk fokus n bersussh payah berjuang ats train tu tiba-tiba smpai stu tahap aku dah xboley bertahan,.. tangan aku terlepas n aku tersentakkk,... n trus terkejut tdow,.. tgk jam pkul 5.30 pg,.. aisey,..

aku jd blerrr,.. badan aku berpeluh2,.. n semua badan aku rasa sakit2,.. uish mmg btul2 real rsnya,.. sampai sekrg msih terbyg2 lg situasi tu,.. huhuhhuhu,... mimpi kan mainan tidur,.. kadang2 mimpi tu adalah disebabkan makhluk ketiga,.. so,.. sbb tu mimpi yg mngarut2,.. sekadar nak menggangu tidur,..

kesimpulannya,.. sebelum tidur ambil lah wuduk,.. bc doa dan zikir apa2 yg ptut untuk mengelakkn diganggu,..



Monday, January 28, 2013

::. Cinta .::

Cinta,.
Anugerah yang tidak ternilai dariMu,
Kau memberikan kebahagiaan kepada hambaMu dengan Cinta Abadi dariMu,
Kadangkala hambaMu terlupa,
Lebih mencari cinta manusia sesama manusia,
Yang mana tidak setanding Cinta dariMu,

Cinta,.
Benar Kau mencipta Adam dan Hawa,
Yang mana masing-masing saling memenuhi,
Namun sejauh mana ia akan kekal,
Andai Cinta itu tidak disulam dengan Cinta kepadaMu,

Cinta,.
Andai suatu masa,
Cinta itu hadir dihati,
Janganlah ia membinasakanku,
Biarlah setiap kali hati merindu,
Aku sertakan zikirku kepadaMu,
Supaya engkau tahu,
Walau sejauh mana aku merinduinya,
Jauh lagi rinduku kepadaMu,

Cinta,..
Begitu indah untuk ditafsir,
Andai ia bersulam redhaMu,
Biarlah Cinta yang lahir,
Membawa kami ke rahmatMu,
Membawa kami ke redhaMu,
Membawa kami ke syurgaMu,

Cinta,..
Itulah seindah sebenar cinta,
Yang mana tidak dicemari nafsu,
Cinta yang kekal abadi,...


Terima Kasih Ya Allah,.
Atas kurniaanMu yang tidak ternilai,..



Raihan

Rayuan Rindu 

Hatiku merayu rindu
Kasihku pada-Mu syahdu
Munajat hamba padamu
Mengharap kasih sayang-Mu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Semaikan harap syurga Allah
Carilah keredhaan Allah

Rinduku ya Rasullullah
Padamu ya Habiballah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah peribadimu
Tidak tergambar mulia akhlakmu
engkaulah rasul pilihan Allah
Bawa rahmat seluruh alam

My heart is loving You
My heart is juat for You
Knowing You... Allah
I will try ti get close to You

Let us find the way to know our God
Feel the tortures of hell's fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku pada-Mu syahdu
Bertemu Allah yang Esa
Menjadi idaman kalbu




::. Kurniaan Ilahi .::

Ya Allah,..
Berikanlah aku keteguhan iman,
untuk aku meniti liku-liku kehidupan,
yang penuh ranjau,
andai aku berdepan dengan dugaanMu,
maka kurniakanlah kekuatan iman untuk aku tempuhi,
ampunilah aku andai aku terlupa untuk bersyukur,
sedarkanlah aku dengan rahmatMu,
agar aku sentiasa didalam redhaMu,

Ya Allah,..
Sesungguhnya aku hanya hambaMu,
yang mudah terleka dan alpa,
kadangkala aku mengeluh dan menyesali,

Ya Allah,..
Sesungguhnya tidak terdetik dihati,
aku tahu segala rencanaMu adalah sempurna,
aku tahu kadangkala aku menyesali segala kelemahanku,
namun mungkin kelemahan itu adalah dugaanMu,
yang ingin menguji keteguhan imanku,
redhakanlah hatiku Ya Allah,

Ya Allah,
Aku bersyukur dengan segala kurniaanMu,
betapa tinggi rahmat dan nikmatMu,
sehingga kini aku masih disini,

Ya Allah,
Teguhkanlah keinginanku,
dan tetapkanlah pendirianku,
untuk mencari Nur dariMu,
berikanlah kesempatan untuk aku dan orang yang aku sayangi,
untuk bersama-sama menuju ke syurgaMu,...

Amin Ya Rabal Al Lamin,...




Saturday, January 19, 2013

::. Kagum .::

Korg pernah dgr x pasal ustaz Zakir Naik,. yg asal nya beragama Hindu tp dah masuk Islam.. Apa yg mmbuatkn ak kagum pd beliau adalah semangat beliau dalam mendalami ilmu agama sehingga menjadi penceramah dunia,..

Apa yg ak tahu beliau membuat kajian diantara agama hindu dan agama Islam berdasarkan Al-Quran dan kitab Hindu,.. Erm benar-benar mengagumkan, beliau mendalami agama Islam sehingga ke akal umbi smpaikan setiap surah dan ayat serta maknanya beliau dpt d'ingat, bukan setakat itu, beliau juga dpt membuat perbandingan diantara kedua-dua kitab untuk kedua-dua agama,.. 

Tak salah untuk kita mendalami kitab agama lain untuk tujuan memahami apa yang dipercayai oleh agama lain,.. seperti Ustaz Zakir Naik beliau dpat membuktikan segala apa yang diperkatakan didalam dakwahnya,.. So, org ramai tdk akan mmpertikaikn kerana segala-galanya telah terbukti,.. ini lah salah satu teknik dakwah untk menarik lebih ramai manusia mendalami agama Islam...

Apa yg ak dpat simpulkan dr segala apa yg beliau sampaikan,.. apa yg terkandung didalam kitab hindu sebenarnya begitu banyak persamaannya,.. ini menunjukkan bahawa Agama Islam itu benar,.. Kandungan didalam kitab Hindi antaranya menyatakan Nabi yg terakhir adalah Nabi Muhammad s.a.w.. walaupun pd hakikatnya, ianya tidak lah jelas menyatakan Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi yg terakhir, namun hasil kajian Ustaz Zakir Naik tntg definisi dan mkna sebenar 'statement' yg dinyatakn didalam kitab itu benar-benar mmbuatkan kita terfikir dan tanpa diketahui oleh kita sebelum ini,.. ianya benar-benar menyerupai apa yg terkandung di dalam Al-Quran.... 

Oleh kerana itu, janganlah sesekali kita meragui kebenaran Al-Quran,.. kerana setelah dikaji telah terbukti,..
Al-Quran telah dijadikan rujukan dalam apa jua kajian,.. dan ilmu yg benar dan merupakan akar yg kukuh unutk kita sebagai umat Islam dlam meningkatkn keimanan kita kpd Allah s.w.t,....


Sama-samalah kita renungi,...

Wassalam...

Wednesday, January 16, 2013

hmmm,.

Alhamdulillah,.. dpat jgk duk rumah setelah lama menunggu cuti sem ni,.. sepanjang tiga hari ak duk kat umah,.. aktiviti biasa bangun, anta adk sek, amik adk sek,.. lipat baju, kmas umh,.. pstu tidow, bc novel pastu ntah r kdg2 tgk tv,.. kdg2 mati kutu jgk xtaw nk buat apa,.. ada jer bnda yg b'faedah tp ak je mls,.. adoi,. biase kat umh sewa tdow kul 2 3 pagi tp kat umah 10.30pm suma dh tidow,. lmpu dh padam, tggal lah ak terkebil2 keseorangan,.. 

malam ni,.. lpas tgk citer hantu,.. trus msuk bilik,. nk stay sorg2 dpan tv pun mcm tkt jer,.. huhuhu pejam celik2 tp xdapt nk lelapkn jgk mata ni,.. apa lg mghadap lptop n mnulis blog lerr,.. smbil2 bc novel.. lgsg xder pkembngan hidup aisey,.. kdg2 terlintas jgk nk cr keje,.. dpat la jgk tmbah duit poket msuk sem br nnti,.. tp kesihan plak adik2 ak,.. sape nk anta,.. my dad pun berehat jer kat umh,.. so, apa lg,.. mmbina body la nmpak gayanyer,.. 

apa lg nk buat lpas ni ekk,.. apsal xboleh nk lelapkn mata,.. ms ni teringat plak kat housemate ak,.. ngah buat apa korg ek huhuhu.,...
pape pn ntuk miss k tu cgratulation, slmat myambut bakal abg ipar baru,.. bila nk smbut abg sndiri plak kihkih,..
n miss mun pegi UK jgn lupa daku disini,..
amik gmbar bnyak2,..

tidow dulu lerr,.,.. ngantuk dh mai dah,..
Assalamualaikum,..





Monday, January 14, 2013

:: Cuti Semester ::

Alhamdulillah akhirnya habis jua satu semester... tp xtaw lah mcm mana result,.. tawakkal saje,.. mls nk fikir,.. ak nk hargai cuti sem ku dgn sebaik mgkin,.. 

dah lama xblik.. xde la lama sngat pun adalah dlm sbulan lebih kot,.. adk ak imie dh msuk pra sek... iman dh bertukar sek men sultan sulaiman,.. hopefully dia dpt buat terbaik untuk akn dtg,.. idan akn mduduki SPM thun ni,.. efie di Ranaco,.. ntah xtaw ape citer hope ok lah,.. cepat ms berlalu... ak plak dh mjgkau umr 25,.. stu agka yg alahai yg bley d'katakn agk tua lah,..

semalam nk d'jadikan cerita,.. ondaway blik ke terengganu,.. dugaan dtg myebabkan ak lmbat smpai n m'gmbil ms 14 jam dr S.Alam ke Trg,.. huish dsyat btol... smpai jer di KB terus amik tiket blik ke Terengganu,.. Sori Muna xsmpat nk singgah rumah nk tgk baby,.. n dlm perjalann,.. oleh kerana terlampau m'ngantuk,.. ak t'tdow n sedar2 jer bas b'hnti n kecoh2,.. dlm mamai ak pun xtaw apa dh jd,.. yg ak sdar sebuah kereta Myvi tetiba jer dtg block dpan bas n ada sorg akak dr kereta tu kuar smbil pegang phone,.. nmpak cm kecoh jgk r,.. pastu dlm ms yg sama,. engine bas mati tp nasib baik sempat ke tepi jalan,.. 

alahai,.. nmpak gaya tertunda lg p'jalanan,.. hampir sejam jgk kecoh2,.. tp kami yg kat dlm bas still lg dlm bas, ms tu ada bau hangit kuat mnusuk hidung,.. ak pun xsedap hati jgk jdnya,.. xlama lpas tu dtg pulak bomba n pnyelamat,.. lg la xsenang duduk,,.. apa lg kitaorg b'pusu-pusu keluar,..

bila dh turun bas br ler taw citer yg sebenar.. upenye engine bas tu dh terbakar.,, nsib baik akak kereta myvi tu tahan bas n dia jgk yg col bomba,.. klu x xtaw apa jd pd ktorg yg kat dlm bas,..

kes tu jd berlarutan smpai beberapa jam,.. uncle driver bas pun xtaw jln pnyelesaian,.. samaada ada bas gnti or tak.. alahai,...penumpang pun yg td ramai dah tinggal separuh,.. ramai yg dh blik sndri.. ak dh teragak2 xkan nk col my dad suh dtg amik jauh lg kot,.. sparuh jalan lagi,.. coz ms kjadian, ktorg br kat jerteh,..

sabar2,.. ak yakin pasti ada jln pnyelesain.. xkn dieorg nk biar cm tu jer penumpang msti ada bas gnti.. tggu pnya tggu dr pkul 8 smpai ke pkul 10.30... akhirnya dtg jgk bas.. walaupun rupanya xberapa nk cntik..ak bersyukur sngat d'saat2 gnting ni,.. xder lain yg aku pikir,.. ada motor pun ak bersyukur asal dpat smpai ke terngganu dgn selamat,..

Alhamdulillah tepat pukul 12.30 smpai juga aku d'rumah,.. Syukur2x...Agak serik nak naik bas malam2,.. huhuhhuhu