Thursday, January 31, 2013

::. Jodoh .::


Petang-petang mcm nie, bersantai jelah kejanya,..
Semenjak cuti sem ni.,.. bukan petang-petang jer,. pagi-pagi, malam-malam pun santai jugak huhu

Erm berkenaan topik ni,. jangan salah sangka,.. memang usia ku dah mengjangkau 25,..
tp untuk berumah tangga,.. ntah lah rasanya belum bersedia.. yela before msuk ke alam itu,..
banyak persediaan nak dibuat,.. 
tanggungjawab yg akan dipikul begitu besar,..
nak memastikan rumah tangga yg dibina akan kekal hingga akhir hayat n yg penting redha Allah s.w.t,..
namun, itu semua dah takdir Allah,.. 
bila-bila masa yg ditetapkan kalau xnk pun jadi jgk,..
Kun fayakun,.. Jika Allah kata jadi maka jadilah,.. Right??..

So, apa yg aku nk kongsikan dgn tajuk ini,..
td masa aku duk searching2 blog,.. tetiba terjumpa satu blog yg psal tajuk ni lah,.
tertarik pulak rasanya nak berkongsi,.. xsalah kan,..

Hmm topik nie nak dikatakan complicated tu ermm boleh laa,..
coz ia melibatkan kehidupan kita bersama pasangan hingga akhir hayat kan??
so, dalam soal milih-memilih ni,..
pada pandangan aku ntah la,..
apa yg aku tahu,.. tu semua keje Allah s.w.t.. 
Hanya dia yg tahu kesesuaian dan persefahaman antara pasangan,..
Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha,..

Berusaha dengan kata lain bukan mencari pasangan ke sana ke mari,..
tanpa mengambil peka terhadap faktor-faktor yg dituntut oleh syarak,..


Berusaha disini bermaksud memperbaiki diri kita terlebih dahulu,..
yakni sebelum kita cuba mencari n menilai sesorg yg akan menjd pasangan kita,..
kita perlu menilai diri kita terlebih dahulu,..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

Berdasarkan surah tersebut,. maka terbuktilah,.
manusia itu telah dicipta berpasang-pasangan,..
Hanya masa yg menentukan,..
Samaada lambat atau cepat ia datang,..
Tuhan tahu bila masa kita bersedia memikul tanggungjawab itu,..
Ia akan datang bila kita benar-benar bersedia,..


Allah s.w.t itu maha adil,..
Setinggi mana kita berusaha memperbaiki diri untuk menjadi sempurna disisi 
Allah s.w.t..
Setinggi itu juga lah anugerah dan nikmat hidup yg Allah beri untuk kita,.


“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” 
(HR. Abu Dawud)

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
 (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

So, apa yg boleh disimpulkan disini,..
Segala apa yg kita lakukan seharusnya bergantung kepada Allah s.w.t,..
Sekiranya kita berdepan kekecewaan,..
Hati kita masih lagi terkawal,..
Kerana kita bergantung kepada pencipta dan bukannya manusia sesama manusia,..
Bersederhanalah dalam semua perkara,.
Terutama dalam berkasih syg,..
Kembalilah semula kepada Allah s.w.t..
Bila kita sedar kita telah jauh dariNya,..

“…(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” 
Surah Ar-Ra’d : ayat 28

Oleh kerana itu,.. marilah sama-sama kita renungi,..
Dan muhasabah diri,..
Janji Allah s.w.t. adalah janji yg sentiasa ditepati,.
Marilah sama-sama kita mengejar janji-janji itu,..
Yang mana sebagai bekalan kita di dunia dan akhirat,..

Amin,..

Buat renungan diriku dan kita semua,..

Wassalam,..

Reference : Hikmatun's Blog

No comments:

Post a Comment