Wednesday, April 29, 2015

::. Silaturrahim .::

 
Terlalu bnyak benda yang telah terjadi..
Kita kadangkala sibuk mencari kelebihan di dunia,..
Tanpa kita sedar hari demi hari kita makin hampir dengan akhirat,..
Permusuhan kian lama bertambah,.
Silaturrahim antara manusia kian renggang,..
Hati kadang-kala terasa kosong minta diisi,..
Tapi makin lama mencari makin terasa kosong,..
Mungkin sebenarnya kita jauh drp Allah S.W.T...
Itulah sebenarnya punca kekosongan,..
 
Andai kita berpegang pada ajaran Allah,..
InsyaAllah tanpa rasa ragu kita menempuhi hari-hari mendatang,..
Walau sesukar mana InsyaAllah kita akan tempuhi dgn tenang,..
Kerana kita tahu Allah sentiasa ada..
Berusahalah menjaga diri, percakapan, tingkahlaku kita,..
Jangan sampi mengundang rasa amarah di hati lain..
Sebanyak mana kita cuba menjaga hati-hati orang lain..
Sebanyak itulah hati kita dijaga kerana Allah maha adil lagi saksama,..
 
 
Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri”.
 
 
 
 

Monday, April 27, 2015

Antara Cinta dan Persahabatan 12...

Riuh rendah suasana di rumah tidak langsung mampu menenangkan hati yang gundah gulana. ‘Ahhh, penat dan malas aku nak pikir pasal ni. Ya Allah tolonglah hambaMu ini’ hati Alia berkata-kata. Dia gusar dengan keputusan yang dibuatnya sendiri, ntah betul ntah tidak bimbang takut memakan diri.
 
“Hai Alia dah habis tawaf satu bilik, tak nak keluar lagi ke? ni majlis awak tahu, nanti apa kata orang. Dia sedap-sedap duduk melongok dalam bilik” tegur  Kak Maya merangkap kakak sepupu Alia. “Kejap la kak, orang tengah rungsing ni” Alia duduk di katil sambil menekup wajahnya.
 
 “Apa lagi yang nak dirungsingkan cuba Alia cerita kat akak, tapi jangan cakap Alia tak jadi kawin mahu meletup rumah ni” gelak Kak Maya. “Aishh, ke situ pulak dia, ingat Alia ni berani sangat ke, mahunya kene pelengkung di ayah” sampuk Alia.
 
“Alia rungsinglah kak, agaknya siapalah agaknya calon suami Alia, ntah hensem ke tidak, kalau gemuk macam mana” Alia menggaru kepala. “Heh budak ni itu yang dirungsingkan, takkan la mak ngan ayah tak tahu nak pilih yang mana terbaik buat anak dia. Ntah ntah macam Prince William tu, untung la badan” Kak Maya mengosok belakang Alia sambil menutup mulut menahan gelak. “Akak ni orang serius dia main-main pulak, malaslah cakap ngan akak” Alia memuncungkan mulutnya tanda protes.  

“Macam ni lah dik, akak percaya mesti Alia dah istikharah sebelum Alia buat keputusankan, Akak kenal adik akak, walaupun kita ni sepupu tapi akak dah anggap Alia macam adik akak sendiri” tenang Maya berkata-kata. “Alia kena ingat kadang-kadang apa yang kita fikir baik untuk kita sebenarnya adalah sebaliknya, mana kita tahu apa yang nak jadi akan datang. Allah dah tetapkan apa yang paling baik buat kita, mungkin kita tak nampak sekarang tapi mungkin akan datang siapa yang tahu kan. Alia kena terima apa yang Allah bagi dengan hati yang ikhlas, terima segala kekurangan yang ada pada bakal suami Alia, cuba berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah Alia akan dapat yang baik juga” Maya cuba tenangkan hati Alia agar Alia sentiasa ingat ketetapan Allah bukan mengikut gerak hati semata.
 
“Thanks Kak Maya, sekarang Alia lega sikit. Akak sentiasa ada disisi Alia, bila Alia perlu” Alia memeluk Kak Mya. “Dah la Alia, jom kita keluar, lama sangat kita kat bilik ni, banyak benda lagi yang disiapkan” Maya menarik tangan Alia. “Yela-yela, jom” Alia bangun dan sama-sama beransur keluar.
 
Sepanjang cutinya dikampung, Alia langsung tidak menerima sebarang panggilan daripada AIzril. “Ahh, wahai hati cuba lah kau lupakan dia, aku ni dah nak bertunang, karang lain pulak yang jadi” Alia mengeluh kerana gagal melelapkan mata, apa yang menganggu adalah perkara yang sama. “Alia, kau patut sedarkan diri kau dari dulu lagi jangan terjerat dengan lelaki mulut manis tu, bila dah jadi macam ni siapa yang susah kau jugak kan Alia” Alia menggaru-garu kepala sambil mata tidak lepas pandangan ke syiling.

“Akak, tolong siapkan Alia, Alia malaslah” Alia menongkat dagu sambil mengadap cermin. Hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu. Opss, ditunggu-tunggu tu ditujukan kepada keluarganya, tapi dia ntah la.
“La macam tu pun boleh? bertuah punya budak, cepat pergi mandi, akak dah tak sabar nak conteng muka orang ni” kata Maya teruja. “Hari ni akak nak conteng ke nak buat apa ke buatlah, Alia pasrah” kata Alia sambil menunjukkan muka sedih. “Dah jangan nak sedih sangatlah, mengada-ngada tahu” Maya menggosok-gosok kepala Alia.
 
Setelah seminggu berlalu dan Alhamdulillah majlis pertunangannya berjalan lancar. Hari ini, Alia kembali bekerja. Hari ini kedatangannya di pejabat disambut meriah seperti yang dijangka. Cukuplah seorang yang tahu berita pertunangannya, pasti akan tersebar secepat kilat. ‘Ni siapa yang sebarkan cerita ni, aishhh’ ngomel Alia didalam hati sambil menghadiahkan senyuman paksa. “Haipppp, tunangan orang, amboi dah la tak jemput, at least inform sepatah pun takpe, kecik betul hati” tiba-tiba muncul Kak Jamy dari pantry.
“Ala akak, bertunang je pun, buat apa nak heboh” bersahaja Alia membalas.  Dalam keriuhan, tiba kedengaran deheman seseorang apa lagi kalau bukan big bos. Secara tidak langsung suasana kembali senyap dan sunyi. “Alia masuk ke bilik saya sekejap!” arah Aizril serius. “Baik bos” patuh Alia walaupun  gerun melihat wajah kelat Aizril. “Ni dah kenapa muka kelat semacam macam bergaduh ngan bini, ni tak lain aku yang jadi mangsa keadaan” keluh Alia sambil mengambil buku di meja dan beransur ke bilik Aizril.
 
Continue,...