Wednesday, April 29, 2015

::. Silaturrahim .::

 
Terlalu bnyak benda yang telah terjadi..
Kita kadangkala sibuk mencari kelebihan di dunia,..
Tanpa kita sedar hari demi hari kita makin hampir dengan akhirat,..
Permusuhan kian lama bertambah,.
Silaturrahim antara manusia kian renggang,..
Hati kadang-kala terasa kosong minta diisi,..
Tapi makin lama mencari makin terasa kosong,..
Mungkin sebenarnya kita jauh drp Allah S.W.T...
Itulah sebenarnya punca kekosongan,..
 
Andai kita berpegang pada ajaran Allah,..
InsyaAllah tanpa rasa ragu kita menempuhi hari-hari mendatang,..
Walau sesukar mana InsyaAllah kita akan tempuhi dgn tenang,..
Kerana kita tahu Allah sentiasa ada..
Berusahalah menjaga diri, percakapan, tingkahlaku kita,..
Jangan sampi mengundang rasa amarah di hati lain..
Sebanyak mana kita cuba menjaga hati-hati orang lain..
Sebanyak itulah hati kita dijaga kerana Allah maha adil lagi saksama,..
 
 
Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri”.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment