Monday, December 31, 2012

::. Di Ambang 2013 .::

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah s.w.t dgn izin Nya umr ku mjangkau usia 25 tahun pd tahun 2013 hari ini,.. Berlalu sudah 2012 dgn pelbagai kenangan pahit manis yg dilalui... Smoga tahun baru ini akan bertambah baik brbanding tahun sbelumnya.. dan moga2 mendapat keredhaan Allah s.w.t sentiasa,..

Di ambang 2013,.. alhamdulillah kami bersama-sama berpeluang meyambut tahun baru di dataran merdeka Shah Alam bersama rakyat Selangor dan para ulama Islam berkongsi kegembiraan dalam menyambut suasana baru,.. Alhamdulillah,.. ms kami dapat dimanfaatkan di sana,.. dan terpilih untuk berada di dalam majlis ilmu,.. semoga keimanan kita bertambah walaupun masa sentiasa berputar dan meninggalkan kita,..


Sunday, December 30, 2012

::. Masyaallah .::

Menitis air mata ku bila mendengar seorang wanita yg juga merupakan ratu cantik dunia, 
megucapkan dua kalimah syahadah,..
Islam dipilih kerana melihat kesengsaraan yang telah dihadapi oleh umat islam di Palestin,..
Kesedaran itu wujud dikalangan umat bukan Islam tetapi kenapa tidak kita yang merupakan 
saudara sesama Islam..
bersama-samalah kita hayatilah,.. 



Reference : Blog Peribadi Rasulullah






Saturday, December 29, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 10..

Aizril membalikkan tubuh ke kiri dan ke kanan,.. 'Kenapalah susah sangat nak melelapkan mata ni..' semenjak beberapa hari ni,. hidupnya agak sedikit tidak tentu arah, hanya dia sahaja yang tahu apa penyebabnya. Aizril segera bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat tahajjud.. hanya itu yang dapat memberi ketenangan kepadanya,.. salah satu doa yang tidak pernah ditinggalkan adalah untuk memiliki  Alia,.. dia memohon kepada Allah s.w.t supaya membuka pintu hati Alia untuk menerimanya suatu hari nanti,.. hanya itulah harapannya,..


Setelah mendapat cuti, malam itu Alia terus membuat persiapan untuk pulang ke kampung, cadangnya pagi-pagi lagi dia hendak bertolak ke stesen bas, harap-harap tiket masih ada lagi memandangkan sekarang bukanlah musim cuti. Walaupun belum mengantuk, Alia memaksa diri memejamkan mata, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk, setelah melihat nama si pemanggil yang tertera, dia kembali memejamkan mata, siapa lagi kalau bukan si Aizril merangkap big boss nya. ‘Ntah apa lagi yang dia nak takkan lepas waktu kerja pun still nak ganggu aku.’
            Setelah mengunci pintu, Alia membimbit beg pakaiannya ke luar rumah dan ketika dia hendak mengunci pintu pagar tiba-tiba sebuah kereta yang cukup dikenalinya tersadai elok di hadapan rumahnya. ‘Ya, Allah bilalah agaknya dia ni nak berhenti mengganggu hidup aku agaknya.’ Aizril keluar daripada keretanya dan menuju kearah Alia. “Alia, kenapa awak tak angkat col saya semalam?” Aizril memulakan bicara dan kelihatan kerutan di dahi menunjukkan perasaan tidak puas hati. “Saya dah tidur encik, saya penat sangat semalam tak sedar langsung, kenapa encik col saya yer?” Alia menjawab dengan tenang. 

“Kalau yer pun bila dah bangun tidur awak boleh col saya balikkan sampai betul hati awak buat saya tertunggu-tunggu” Aizril berwajah murung. “Ermm,.. maaflah encik, tapi isunya sekarang kenapa yer encik col saya, saya nak cepat ni, takut terlambat, tiket pun tak beli lagi, lagipun cuti saya bukannya lama sangat pun kan” Alia berterus-terang. “Tak payah susah-susah nak cari tiket, jom saya hantar awak, cepat masuk dalam kereta” arah Aizril. 

“Maaf encik, saya dah lama bersabar dengan encik, kalau kat ofis encik boleh arah-arah saya tapi kat luar ofis saya minta maaf, saya pun ada pendirian saya sendiri” Alia menyuarakan perasaan tidak puas hatinya sambil menggalas beg pakaiannya dan berlalu pergi. “Alia, tunggu!, Aliaaaa!” jerit Aizril. Oleh kerana jiran sebelah rumahnya kelihatan terjenguk-jenguk dari dalam, Alia sudah tidak sedap hati, dia dalam keadaan terpaksa berpatah balik kea rah Aizril. “Kenapa dengan encik ni, encik nak apa sebenarnya, boleh tak kalau encik bagi saya hidup tenang sikit” Alia meninggikan suaranya. “Saya ajak awak baik-baik, awak jual mahal, kan senang kalau awak ikut jer saya” Aizril bersuara lembut.

 “Kita tidak ada apa-apa pertalian encik, encik faham tak, tak elok saya ikut encik, tak manis, apa lagi dalam perjalanan yang jauh. Saya tahu encik baik, tapi macam-macam boleh jadi, saya harap encik faham, sampai kat kampung nanti, orang-orang kampung lihat ntah apa dieorang kata, tu kampung encik bukan bandar” Alia menyuarakan kebenaran.

“Kalau macam tu, awak bagi nombor telefon mak ayah awak, saya nak mintak izin, Insyaallah niat saya baik, saya bukan main-main, saya serius” pinta Aizril bersungguh-sungguh.

Alia menggaru-garu kepala, dia sudah buntu memikirkan jalan penyelesaian, dia terlalu faham dengan sikap Aizril yang agak kepala batu, selagi apa yang diinginkan belum tercapai jangan harap dia akan mengalah. Akhirnya Alia memberikan telefon bimbitnya kepada Aizril, dia tahu selepas ini pasti jiran-jiran sebelah rumahnya akan mula membawa mulut. ‘Harap-harap ayah tak izinkan’ Alia berkata di dalam hati. Alia tidak sedap hati ntah apa yang dibualkan oleh Aizril dengan ayahnya, kelihatan senyum yang tidak lekang dari bibir si Aizril. ‘Ntah apa yang dibualkan, takkan tak boleh cakap depan aku, siap berbisik tak nak bagi aku dengar, ntah apa-apa lah dia ni’ Alia mengerutkan muka. 

“Ok, dah settle, jom” Aizril membukakan pintu kepada Alia. Alia agak kebingungan, kenapa ayahnya begitu senang memberikan keizinan, sedangkan dia tahu ayahnya begitu memandang berat terhadap perkara-perkara sebegini. “Awak cakap apa dengan ayah saya?” Alia terus menyuarakan persoalan yang bermain di fikirannya. “Rahsia, pasal lelaki” Aizril menjawab tenang dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. 

Setelah beberapa jam perjalanan akhirnya sampai jua ke destinasi. Tidak banyak topik yang dibicarakan, Alia sememangnya tiada mood untuk bebual segala-galanya bagaikan terpaksa. “Assalamualaikum” Alia memberi salam setelah menuruni kereta dan diikuti Aizril. “Waalaikumussalam, eh Alia dah sampai pun, masuk-masuk ajak kawan tu sekali” pelawa ibu Alia. “Erm.. ayah mana mak?” tanya Alia. “Ayah kau tu bukannya boleh duk umah tanpa buat apa-apa, ada jer kerja yang dicarinya” kata ibu Alia, sambil berlalu ke dapur.

“Encik duduklah, saya ke dapur sekejap” kata Alia sambil tersenyum. “Ok dear” jawab Aizril sambil mengenyitkan matanya dan senyuman Alia terus mati dek kerana terkejut.’ Suka hati kau lah Aizril ’ Alia memalingkan muka dan terus berlalu.
“Mak dan ayah sihat?” Alia bertanyakan khabar sambil matanya melilau melihat keindahan kampungnya melalui tingkap dapur. “Alhamdulillah mak setakat ni sihat, Cuma ayah kau tu asyik lenguh-lenguh badan” keluh ibu Alia.

 “Ayah ni degil betul, sakit-sakit pun kerja jugak kan Alia dah pesan banyak kali” ngomel Alia. “Kau bukannya tak faham perangai ayah kau tu, ni mak nak tanya kau dengan kawan kau tu ape ke namenya tadi mak dah lupa” ibu Alia mengaru-garu kepala. “Aizril mak, kenapa?” jawab Alia sambil tersenyum.

“Susah beno nak sebutnye, kau dengan dia ada apa-apa ke? Balik berdua pulak tu, mak sebenarnya tak gemar, bahaya anak dara balik dengan anak teruna berdua macam tu, macam-macam boleh jadi” ngomel ibu Alia.

“Eh, mak ni nak salahkan Alia pulak, Aizril dah telefon ayah mintak izin, yang ayah izinkan tu kenapa” Alia memuncungkan mulut. “Eh, yeke? Mak tak tahu pun” ibu Alia mengerutkan wajahnya. ‘Biar betul Aizril ni, takkan dia menipu aku kot’ Alia dengan segera behadapan dengan Aizril. “Saya nak tanya ni, betul ke awak dah minta izin daripada ayah saya tadi?” Alia terus mengutarakan persoalannya kepada Aizril. “Yela, saya dah cakap sendiri dengan ayah awak, kenapa?” tanya Aizril pelik. “Saya pelik jugak sebab mak saya tak tahu menahu pun, dia terkejut saya balik berdua dengan awak” jawab Alia tenang sambil  menyandar pada sofa.

Tidak lama selepas itu, kedengaran suara ayahnya memberi salam. Alia dan Aizril menjawab dan sama-sama bangun daripada sofa. Alia sudah tidak sedap hati, takut kata-kata Aizril tu bohong belaka, masaklah dia kali ni, dia memang sudah tahu dengan baran ayahnya, tapi baran yang bertempat.

“Jemputlah duduk, dah lama sampai?” ramah ayah Alia bertanya pada Aizril. “Takde lah lama sangat ayah, eh maaf pakcik” Aizril tersasul dan nampak wajahnya telah bertukar kemerahan, mungkin menahan malu. Alia pula agak terkejut dan menahan gelak. “ Erm, pakcik daripada mana? “ Aizril cuba mengawal keadaan dan berlagak tenang. “Pakcik daripada kebun belakang sana, pegi menebas apa yang patut, dah lama terbiar, saying jugak” jawab ayah Alia sambil duduk di sofa.

“Kamu duduklah dulu, pakcik nak pergi mandi sekejap, badan pun dah melekit, har Alia bagi kain tuala dan kain sarung kat Aizril, pergilah kamu mandi, dah nak masuk waktu zohor ni, bolehlah kita berjemaah kat surau nanti” kata ayah Alia dan berlalu ke bilik. Wajah Aizril yang macam ayam berak kapur, mungkin takut disuruh jadi imam agaknya. ‘Haha rasakan kau Aizril, nak ikut lagi aku balik kampung, tapi kenapa ayah tak kata apa-apa. Senangnya ayahnya menerima kehadiran si Aizril’ Alia bermonolog sendirian.

Petang itu, Aizril masih lagi tiada tanda-tanda untuk pulang. ‘Pelik, si Aizril memang tak masuk kerja terus ke hari ini?’ Alia tertanya-tanya di dalam hati. Aizril kelihatan rancak berbual dengan ayahnya, ntah apa yang menggembirakan pun tak tahu, kelihatan ayahnya tidak lekang dengan senyuman. ‘Haish, hairan betul aku, apa yang dah jadi ni’ Alia menggaru-garu kan kepalanya yang tidak gatal. “Har, Alia pergi hantar Aizril ke pintu, dia dah nak balik tu” arah ayahnya. ‘Haikk, siap suruh aku hantar si Aizril ni lagi, apa kena dengan ayah ni, dah buang tabiat agaknya’.

“Awak cakap apa dengan ayah saya har? Senangnya dia terima kadatangan awak, apa dah jadi ni, hairan betul saya” Alia bertanya kepada Aizril untuk menjawab segala persoalan yang melanda. “Hmm,.. tengok oranglah, awak jangan pandang saya sebelah mata, ayah awak tu dah berkenan dengan saya, awak jer yang susah sangat nak terima saya tu kenapa?”kata Aizril sambil tersenyum sumbing. “Awak jangan nak macam-macam, jangan nak bagi harapan palsu pada mak ayah saya, ingat sikit awak tu dah bertunang sila sedar kedudukan awak” Alia memasamkan muka. ‘Pantang betul orang main-main kan aku, apa lagi melibatkan keluarga’.

“Ermm dah la awak saya balik dulu, tak nak bagi pesanan apa-apa ke? Hati-hati ke apa ke?” Aizril menjungkit keningnya.  “Dah la encik Aizril, selamat pulang yer, terima kasih sudi hantarkan saya” Alia menghadiahkan senyuman pahit. “Anything for you dear, jangan lama sangat bercuti nanti saya rindu” kata Aizril sambil menghadiahkan senyuman manis.

Malam itu, Alia sukar memejamkan mata. ‘Kenapa dengan Aizril? Apa yang dia nak sebenarnya?’ Alia sudah merasa bersalah dengan Syima, kalaulah dia tahu perangai sebenar Aizril mesti dia kecewa. ‘Aku tak boleh biarkan ini terjadi, aku mesti lakukan sesuatu’ tekad Alia.

Setelah seminggu bercuti, Alia sudah bersiap-siap untuk kembali semula bekerja. Sesampai di depan pintu lif, baru sahaja dia ingin melangkah masuk, kelihatan pasangan yang cukup dikenali keluar daripada lif, siapa lagi kalau bukan si Aizril dan Syima. “Eh, Alia, lama tak jumpa, come join us, kitaorang nak pergi breakfast” ajak Syima. “Eh, takpe lah Syima, saya baru jer makan tadi, just enjoy your breakfast, silakan” Alia menolak dengan baik pelawaan Syima. Kelihatan Aizril yang agak gelisah disisi Syima, langsung tidak menegurku. ‘Dasar lelaki betul aishh’.

Petang itu, encik Faizal menghubungiku, bertanyakan status projek yang aku dan Aizril usahakan, katanya dia tidak dapat menghubungi Aizril. ‘Kalau yer pun sibuk sangat berdating, janganlah campur adukkan hal peribadi dengan hal kerja, tak professional langsung’ ngomel Alia di dalam hati. Hari itu, dia benar-benar tidak ada mood untuk bekerja, apa tidaknya bila big boss takde semua kerja jadi tertangguh, nak minta kelulusan dan cadangan pun payah.  Tidak lama kemudian, big boss yang disegani melintas di depan mejanya dan sekaligus memberi arahan. “Alia, masuk bilik saya sekejap” arah Aizril. “Ya, encik” Alia akur dan terus menuju ke bilik Aizril walaupun dengan hati yang membengkak.

“Alia, saya nak awak sediakan latest report for our project improvement” arah Aizril dengan tegas. “Ops, satu lagi, saya nak mintak awak kerja overtime sikit hari ni, ikut saya jumpa En. Faizal petang ni” satu lagi arahan yang membuatkan aku penat tiba-tiba.

Petang itu, ALia bertungkus-lumus menyiapkan kerja seperti mana yang diarahkan. Walaupun dengan penuh persoalan di hati kerana perubahan mendadak sikap Aizril. ‘Biarlah, bagus jugak aman sikit hidup aku lepas ni, tak payah piker apa-apa, just proceed dengan aku punye keje sudah’ Alia mengomel sendirian.

“Dah siap?” tanya Aizril. “Yer encik, rasanya dah cukup semua yang encik nak” Alia memandang wajah suram Aizril. “Jom, kita bertolak sekarang” Aizril mendahului langkah.

Setelah beberapa bulan berlalu, sikap Aizril masih bersikap formal seperti sebelum ini tidak pernah ada apa-apa yang terjadi antara kami. Tipu kalau dalam hati tak rasa apa-apa, rasa kehilangan pun ada, tapi ini yang sepatutnya terjadi, aku pun tak payah nak berat memikirkan jalan penyelesaian. Alia redha dengan apa yang terjadi dan tidak memberi sebarang harapan lagi pada Aizril dan niatnya hanya ingin menumpukan sepenuh perhatian pada kerja. Alia tidaklah begitu gusar kerana ibu bapanya sendiri hanya berdiam diri langsung tidak bertanyakan tentang hubungannya dengan Aizril. Segala-galanya begitu mudah baginya.

Petang itu, ketika Alia sedang kusyuk menonton televisyen, dia menerima panggilan daripada ibunya. “Assalamualaikum mak?” Alia agak hairan baru sahaja semalam dia bersembang lama dengan ibunya. “Ya, waalaikumussalam, Alia mak nak beritahu kamu sesuatu ni” kata-kata ibunya mengundang rasa pelik di hati Alia. 



Continued

Cnsyaroz

:.. Realiti Hidup Sebenar ..:


Setiap individu pasti akan ada harapan dan impian masing-masing,.. of course lah bila dah d'sebut impian, pastinya akan menggunung tinggi, sometimes i't so impossible to achive it.. 

Namun, tak salah kalau kita menyimpan impian sebagai batu lonjatan utk kita brusaha ke arah itu, dan jadikan ia sebagai objektif hala tuju hidup kita,.. 

Mmg lumrah manusia, mempunyai naluri utk memiliki tapi adakah kita layak atau sebaliknya,..
rezeki dan peluang akan sentiasa ada untuk kita, hanya terserah kpd kita bgaimana untuk menghargai dan menggunakannya sebaik mungkin,..

Alangkah indah seandainya kehidupan ini seindah di dalam novel yg mana kadangkala indah belaka,..
Namun..
Kehidupan yang Allah berikan kpd kita adalah sebaik2-baik kejadian yg tdk layak untk kita pertikaikn,..
Mungkin dugaan yg diturunkn adalah seni dalam kehidupan..
Kadangkala dugaan itu yg mnjadikan hidup ini lebih bermkna...
Pengalaman yang menjadi asam garam dalam kehidupan utk mmperbaiki hidup ke arah yg lebih baik..

Alangkah bahagianya andai sepanjang hidup yg dipinjamkan oleh Allah ini, dapat kita gunakan sebaik mungkin,..
Namun, apakah daya sudah menjadi lumrah manusia kadangkala terleka dan lalai dgn kebahagiaan
 yg sementara,..

Buatlah keputusan dengan sebaik-baiknya,..
Jangan sesekali berpaling kepada Allah..
Seandainya kite berada dalam dilema hidup,..
Jangan lupa memohon petunjuk Allah kerena itu adalah sebaik-baik keputusan..
Kembalilah kepadanya sentiasa,..
Hanya itu jalan bahagia sebenar-benarnya,..





Tuesday, December 25, 2012

::. Bukit Cahaya Shah Alam .::

Untuk kali ke 3 ak menjejakkan kaki ke 
bukit cahaya S.alam.. 
Cuma bezanya kali ini hanya kali berlima,.. 
Muna, Kaem, Oyie, ak n Sidiq... 
Oleh kerana kwsannya yg terlampau luas, 
so ktorg just meronda stkat yg termmpu,.. 



just untuk exercise n m'cuci 
mata mlihat kehindahan 
alam ciptaan Tuhan.. 
Alhamdulillah dr tgah hr sampailah ke ptg 
kami berekreasi d'cana..
Segalanya best n yg plg best rumah 4 musim,..

walaupun xsetanding d' oversea,.. 
but ok lah.. sjuk yg teramat sngat,..
Kebetulan hr ini jatuh pd hr Kristmas, 
so, kunjungan agk lah ramai,.
kami terpksa berhimpit naik bas,.
but it's ok,.. sbgai knangan,.. 

Maybe 4 da next time..
Ktorg akn Pergi lg ke sana untuk m'cuba aktiviti lain pulak...
Insyaallah kalau ada rezeki..

Hari ini jgk kbragkalian, 
aktiviti kami yg terakhir untuk sem ini,..
Xlama lg dah cuti sem,..
just m'nunggu ms untuk m'hbiskn semua assgmt n test,..

Hanya M'gira hr untuk pulang ke kmpung,..
Hopefully segalanya berjalan lancar,..
N kami dpt m'yiapkan segala tugasan 
dengan sebaiknya Insyaallah,..
Hope Allah s.w.t always bless 
whatever we do.,..
Gud Luck to all of u...


Saturday, December 22, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 9..

Hari ini genap sebulan bekerja di syarikat Aizril, aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti beberapa hari untuk pulang ke kampung untuk menjenguk keluargaku di kampung. 'Harap-haraplah mood big bos hari ni ok, kalau tidak kempunanlah aku nak balik kampung' dengan berselawat Alia melangkah ke bilik Aizril membawa surat cuti untuk ditandatangan. "Assalamualaikum, En, Aizril.. ermm encik busy tak? can i take your time?" tutur Alia dengan berhati-hati. "waalaikumussalam,.. yup Alia, just coming,..  anything for you" ujar Aizril sambil tersenyum. 

Alia berdiri di depan Aizril sambil menghulurkan surat cuti. "Surat apa ni?" tanya Aizril dengan wajah yang berkerut. "Ermm surat cuti encik, saya ingat nak mintak permission untuk cuti tiga hari nak balik kampung" ujar Alia. "Hai,mengejut jer, nak balik kahwin ker? jangan macam tu Alia, kempunan saya nanti." kata Aizril dengan wajah yang serius. "Eh, ada pulak macam tu, kalau saya nak kawin mesti saya jemput encik, encik kan bos saya" pintas Alia. Tingkah Aizril memang sukar untuk ditafsirkan. Kadangkala serius dan kadangkala bergurau senda. 'Ntah la, biarkan lah asalkan dia bahagia'. "Bila awak nak balik? dengan apa?" tanya Aizril. 'Eh, lebih-lebih pulak dia ni' gerutu Alia. "Err.. rr.. tak sure lagi encik." jawab Alia teragak-agak. Sebenarnya perancangannya untuk pulang ke kampung memang agak mengejut. 'Aku nak jawab apa, nak cakap balik dengan bas, tiket pun belim beli lagi'. "Kalau macam tu, saya ikut awak baliklah boleh saya kenal dengan kampung awak dan bakal bapa mertua saya sekali" senyum Aizril. 'Ah, sudah' Alia memikirkan response yang patut diberikan, nanti kalau teroverkan, dia cakap aku perasan pulak. "He.. he.. pandai encik bergurau. Isu saya balik dengan apa tak jadi masalah pandailah saya iktiarkan nanti, ermm... macam mana ya encik? cuti saya diluluskan or tidak?" soal Alia. "Lulus.. tapi dengan syarat saya ikut awak balik ke kampung..." Azril menjungkitkan keningnya. 'Ah.. sudah...' Alia mengerutkan dahinya. 'Tak boleh jadi ni asyik aku je yang kena ikut kepala dia' Alia benar-benar tidak berpuas hati. "Kalau macam tu saya berhenti kerja terus jela, kalau encik tak beri saya cuti" Alia sudah nekad, Aizril memang melampau. 'Buat apa nak ikut aku balik kampung tak pasal-pasal apa tanggapan orang kampung' gerutu Alia sambil melangkah menghampiri pintu. "Eh, nak ke mana tu, sampai terus nak berhenti kerja, pasal awak nak balik kampung, saya masih boleh pertimbangkan tapi kalau nak berhenti kerja, sorry i tak benarkan" pintas Aizril.


"Mak, cakaplah kat ayah tu sudah-sudah la bekerja, ayah tu dah la sakit, pasal duit mak ayah jangan risau nanti pandailah Alia iktiarkan, lagipun sekarang Alia kan tengah bekerja" Alia meluahkan kerungsingan di hati. "Alah, Alia ingat ayah dengar ke cakap mak, dia mana boleh duduk tanpa buat apa-apa, tak apa lah Alia, lagipun kerja kampung bukan berat sangat pun. Pandai-pandailah mak jaga ayah kamu tu, kerja kamu tu macam mana" tanya ibu Alia. "Kerja ok, tapi majikan Alia tu problem sikit, sebenarnya majikan Alia tu kawan Alia masa study dulu" jawab Alia. "Baguslah kalau macam tu, bolehlah dia tengok-tengokkan kamu, kalau dah saling kenal apa masalahnya" jawab emak. 'Emak memang tak tahu perkara sebenar, biarlah segalanya menjadi rahsia'.  

continue....

by Cnsy@roz





:. SAVE PALESTINE .:


Oleh kerana terlampau penat menghadapi test automata hr ni, kami tertidur hgga ke ptg.. ermmmm.. wlaupun pd hakikatnya quality mjwab soalan agk low.. ntah la hnya itu jer yg mmpu ak buat.. bpdnan lah mybe usha ak xsbrapa... tawakkalhualallah... 


wakeup jer dr tdur, trus jer housemate ak ajk ker himpunan save palestine di dataran s.alam.. agk meriah jgk lah smbutnnya.. sesampai jer d'cna.. kbtulan time tu afdlin shauki yg berucap, berkgsi pngalaman beliau ketika berada di Palestine.. mmg mnusuk hati jgk la.. hanya insan yg terpilih dpt mjejakkn kaki ke bumi Islam itu.. semangat umat islam di Palestine mmg kental.. tiada apa yg ditakuti melainkn Allah s.w.t... andai d'tkdirkan nyawa mereka berpisah dr badan, maka syahid lah janji Allah s.w.t krana mati mereka kerana m'perjuangkan agama Islam... 






Kita umat Islam yg berada dlm keadaan yg selesa jgn t'lupa kesengsaraan saudara s'Islam kita, kita mmg xmmpu mmbntu dr segi tenaga, bkrban dan mmbntulah stkat yg tmmpu mybe dgn sdkit harta yang ada mahupun doa yg tdk ptus kpda mereka supaya bebas dr cgkaman manusia kejam Israel... satu lg,.. mybe dgn cara mmboikot brangan yg mnyumbg kpd Israil,.. mngkin dgn cara itu serba sdikit dpt mmberi kesan kpda smber ekonomi Israel dan dlm pd ms yg sama sbgai skongan umat sesama Islam yg mana dpat m'gugat keyakinan Israel... 

Aku agk kagum dgn smagt segelintir masyarakat yg sama-sama prihatin dgn fenomena yg melanda umat Islam di Palestine.. aktiviti2 ini dlm ms yg sama dpt mnarik lbih rmai msyarakat agar sdar dan sama-sama mmbantu.. 
Himpunan ini b'lgsg slama 2 hr.. pg td dah terlepas pluang dgn ustaz Don Danial,.. dh xder rezeki.. tp mlm ni.. ak b'peluang b'sama-sama kmpulan nasyid kgemaranku UNIC.. wlaupun hnya skejap cuma... hiburan yg d'berikan sngat lah best dan bermanfaat... 

Insyaallah mgkin di lain wktu... hopefully ada lg peluang sebgini yg mana dpat brsama-sama brada d'mjlis Ilmu sbgini...

Monday, December 17, 2012

Kata-kata hikmah..

Kekosongan hati hanya dapat diisi dengan zikir kepadaNya.. Hargai hari-hari yang mendatang kerana hari itu hanya datang sekali dan tidak mungkin berulang lg..

jangan biarkan nafsu menguasai kita kerana ia akan membinasakan dan memakan diri.. memang benar sudah lumrah manusia kadang kala terpesong,.. namun, cubalah untuk kembali ke jalan yg lurus.. sekurang-kurangnya mencuba... Biarlah Tuhan menentukan segalanya kerana Dia lah yang berhak ke atas hambanya..

Hargai peluang yang diberikan mungkin ianya hanya datang sekali.. Andai terasa sukar.. mohon lah petunjuk drpNya kerana Tuhan tidak akan menduga seandainya kita tidak mampu menghadapi...

renungan bersama...

Sunday, December 16, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 8..

Kerja yang ditugaskan segera dilangsaikan.. tidak sabar menunggu jam 5.. masing-masing seperti cacing kepanasan ke sana ke mari.. mengejar masa untuk menyiapkan kerja di saat-saat akhir.. mata ku kerdipkan beberapa kali untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih.. kadangkala aku rasa agak stress bekerja di sini berbanding di tempat lama.. ntah lah mungkin dah ditakdirkan.. sabar lah Alia mungkin ini satu dugaan.

'Kringgg' ketika kusyuk menyiapkan kerja telefon disisi berdering.. 'memang tak ada orang lain la ni sapa lagi kalau bukan big boss'.. "Hello" aku menjawap acuh tak acuh kerana terlampau letih... "Macam mana report saya? dah siap.." tanya Aizril.. "A'a sikit lagi encik,.. give me 15 minute,.. harap bersabar.." aku mnjawab dengan perasaan yang agak sebal.. "ok.. take ur time,.. but make sure ptg ini jugak ok?"... "ok encik.. Insyaallah andai nafas ini belum berhenti.." aku menbalas.. "hai lain macam je bunyinya.." kedengaran dia ketawa.. "erm ada apa-apa lagi encik... boleh saya continue kerja saya..".... "ops.. sorry coz waste ur time..".. dengan segera aku meletakkan telefon.. 'nampak gaya tidak kesampaian hajat aku untuk balik on time'..

"Ya Allah penatnya,.. tidow sekejap ok jugak ni" Alia melelapkan mata.. oleh kerana mengingatkan kerja yang belum selesai, matanya tidak terlelap.. berderau darahnya ketika mengangkat kepala Aizril kelihatan berdiri tegak dihadapannya. 'Macam mana aku tak sedar ni'. "Maaf En. Aizril, saya tertidur" aku menundukkan kepala. Aizril tersenyum memandangku. "It's ok.. rindu betul saya kat awak.." kata Aizril sambil tersenyum.. 'Dah start dah mamat ni'. Alia terus menyiapkan kerjanya tanpa menghiraukan Aizril.
"Hello, awak dengar tak apa yang saya cakap?" tegur Aizril. "Ya encik saya dengar so?" Alia membalas. "Awak tak rindukan saya?.. rindu betul saya saat kita dikampus" Aizril memandang Alia dengan tenungan yang sukar ditafsirkan. "terima kasih untuk rindu encik Aizril tapi saya tak layak menerimanya, baik encik simpan saja untuk orang yang tersayang" balas Alia. Dia sudah muak mendengar kata-kata lelaki itu. "Ok encik, saya dah siapkan kerja saya, kejap lagi saya hantar ke bilik" Alia berlalu dengan wajah yang muram kerana kepenatan tanpa menghiraukan kehadiran Aizril. "Alia, sampai bila awak akan dingin dengan saya, tak bolehkah kita berkawan seperti dulu" kata Aizril dengan wajah yang penuh pengharapan. "Ntah la encik, biarlah hubungan kita sekadar pekerja dengan majikan. Saya tak nak menimbulkan sebarang syakwasangka nanti" biarlah segala kenangan lalu menjadi kenangan.



continue...

Manifestasi Cinta di sisi Allah s.w.t...

Cinta sukar untuk ditafsirkan.. kerana cinta yang kekal adalah cinta Allah..


Allah s.w.t. telah menetapkan rasa kasih dan sayang di dalam diri hamba nya... cinta terhadap keluarga sesama islam..


cinta yang kadang kala telah disalah tafsir dan disalah gunakan akan memakan diri... terlalu menjadi hamba cinta yang bersifat sementara,...


memang benar Tuhan telah melahirkan naluri untuk hambanya supaya berkasih sayang.. jodoh pertemuan telah ditetapkan,.. manusia dilahirkan berpasang-pasangan.. namun perlulah sentiasa diingat masih ada makhluk Allah s.w.t.. yang tidak berputus asa menghasut ke arah kemungkaran..


bercinta lah dengan bersederhana... jangan melebihi kasih syg kepada Tuhan,..


jangan terlalu obses dengan cinta sehingga menggadai maruah dan agama...


biarlah ianya halal disisi Allah.. kerana itulah menjanjikan kebhagiaan dunia dan akhirat..


::: Cinta Yang Indah Adalah Cinta Yang Sejati dan Kekal Abadi :::

3 Simpulan di awal pagi..

Rasulullah s.a.w bersabda... sesungguhnya ketika manusia sedang tidur, syaitan telah membuat 3 simpulan dikepala.. ianya bertujuan untuk melalaikan manusia... simpulan itu hanya dapat ditanggalkan dengan cara menyebut Allah ketika bangun,.. berwuduk dan menunaikan solat.. maka dengan amalan-amalan itu,.. maka terlerailah simpulan itu,.. hari-hari yang dilalui akan lebih bersemangat andai amalan-amalan ini dpat dilaksanakan... (Riwayat al-Bukhari)

sama-samalah menjadikannya sebagai satu amalan.. Insyaallah hari-hari kita akan lebih bermakna dan diberkati...

untuk renungan bersama..

Reference: Solusi 49

Muhasabah diri...

Kesilapan telah menjadi satu kemestian dalam hidup setiap individu,.. kerana andai seseorang itu tidak melakukan sebarang kesilapan, itu bermakna dia tidak melakukan apa-apa di dalam hidupnya.. jangan lah gentar menghadapinya kerana ia akan mendatangkan kebaikan berganda-ganda...


cuma perlulah sentiasa muhasabah diri, cuba menerima kekurangan diri dan cuba perbaikinya.. kerana andai kita tidak dapat menerimanya bagaimana orang sekeliling kita dapat menerimanya...


biarlah nama kita tidak disebut-sebut kerana kelebihan yang ada asalkan jangan nama kita disebut kerana kekurangan kita... cuba melakukan kebaikan di dunia untuk bekalan di akhirat kerana hanya amalan itu dapat membantu kita di alam sana, kita juga tidak dapat menjanjikan apa yang bakal terjadi apabila ianya dihitung...