Sunday, December 16, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 8..

Kerja yang ditugaskan segera dilangsaikan.. tidak sabar menunggu jam 5.. masing-masing seperti cacing kepanasan ke sana ke mari.. mengejar masa untuk menyiapkan kerja di saat-saat akhir.. mata ku kerdipkan beberapa kali untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih.. kadangkala aku rasa agak stress bekerja di sini berbanding di tempat lama.. ntah lah mungkin dah ditakdirkan.. sabar lah Alia mungkin ini satu dugaan.

'Kringgg' ketika kusyuk menyiapkan kerja telefon disisi berdering.. 'memang tak ada orang lain la ni sapa lagi kalau bukan big boss'.. "Hello" aku menjawap acuh tak acuh kerana terlampau letih... "Macam mana report saya? dah siap.." tanya Aizril.. "A'a sikit lagi encik,.. give me 15 minute,.. harap bersabar.." aku mnjawab dengan perasaan yang agak sebal.. "ok.. take ur time,.. but make sure ptg ini jugak ok?"... "ok encik.. Insyaallah andai nafas ini belum berhenti.." aku menbalas.. "hai lain macam je bunyinya.." kedengaran dia ketawa.. "erm ada apa-apa lagi encik... boleh saya continue kerja saya..".... "ops.. sorry coz waste ur time..".. dengan segera aku meletakkan telefon.. 'nampak gaya tidak kesampaian hajat aku untuk balik on time'..

"Ya Allah penatnya,.. tidow sekejap ok jugak ni" Alia melelapkan mata.. oleh kerana mengingatkan kerja yang belum selesai, matanya tidak terlelap.. berderau darahnya ketika mengangkat kepala Aizril kelihatan berdiri tegak dihadapannya. 'Macam mana aku tak sedar ni'. "Maaf En. Aizril, saya tertidur" aku menundukkan kepala. Aizril tersenyum memandangku. "It's ok.. rindu betul saya kat awak.." kata Aizril sambil tersenyum.. 'Dah start dah mamat ni'. Alia terus menyiapkan kerjanya tanpa menghiraukan Aizril.
"Hello, awak dengar tak apa yang saya cakap?" tegur Aizril. "Ya encik saya dengar so?" Alia membalas. "Awak tak rindukan saya?.. rindu betul saya saat kita dikampus" Aizril memandang Alia dengan tenungan yang sukar ditafsirkan. "terima kasih untuk rindu encik Aizril tapi saya tak layak menerimanya, baik encik simpan saja untuk orang yang tersayang" balas Alia. Dia sudah muak mendengar kata-kata lelaki itu. "Ok encik, saya dah siapkan kerja saya, kejap lagi saya hantar ke bilik" Alia berlalu dengan wajah yang muram kerana kepenatan tanpa menghiraukan kehadiran Aizril. "Alia, sampai bila awak akan dingin dengan saya, tak bolehkah kita berkawan seperti dulu" kata Aizril dengan wajah yang penuh pengharapan. "Ntah la encik, biarlah hubungan kita sekadar pekerja dengan majikan. Saya tak nak menimbulkan sebarang syakwasangka nanti" biarlah segala kenangan lalu menjadi kenangan.



continue...

No comments:

Post a Comment