Saturday, December 22, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 9..

Hari ini genap sebulan bekerja di syarikat Aizril, aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti beberapa hari untuk pulang ke kampung untuk menjenguk keluargaku di kampung. 'Harap-haraplah mood big bos hari ni ok, kalau tidak kempunanlah aku nak balik kampung' dengan berselawat Alia melangkah ke bilik Aizril membawa surat cuti untuk ditandatangan. "Assalamualaikum, En, Aizril.. ermm encik busy tak? can i take your time?" tutur Alia dengan berhati-hati. "waalaikumussalam,.. yup Alia, just coming,..  anything for you" ujar Aizril sambil tersenyum. 

Alia berdiri di depan Aizril sambil menghulurkan surat cuti. "Surat apa ni?" tanya Aizril dengan wajah yang berkerut. "Ermm surat cuti encik, saya ingat nak mintak permission untuk cuti tiga hari nak balik kampung" ujar Alia. "Hai,mengejut jer, nak balik kahwin ker? jangan macam tu Alia, kempunan saya nanti." kata Aizril dengan wajah yang serius. "Eh, ada pulak macam tu, kalau saya nak kawin mesti saya jemput encik, encik kan bos saya" pintas Alia. Tingkah Aizril memang sukar untuk ditafsirkan. Kadangkala serius dan kadangkala bergurau senda. 'Ntah la, biarkan lah asalkan dia bahagia'. "Bila awak nak balik? dengan apa?" tanya Aizril. 'Eh, lebih-lebih pulak dia ni' gerutu Alia. "Err.. rr.. tak sure lagi encik." jawab Alia teragak-agak. Sebenarnya perancangannya untuk pulang ke kampung memang agak mengejut. 'Aku nak jawab apa, nak cakap balik dengan bas, tiket pun belim beli lagi'. "Kalau macam tu, saya ikut awak baliklah boleh saya kenal dengan kampung awak dan bakal bapa mertua saya sekali" senyum Aizril. 'Ah, sudah' Alia memikirkan response yang patut diberikan, nanti kalau teroverkan, dia cakap aku perasan pulak. "He.. he.. pandai encik bergurau. Isu saya balik dengan apa tak jadi masalah pandailah saya iktiarkan nanti, ermm... macam mana ya encik? cuti saya diluluskan or tidak?" soal Alia. "Lulus.. tapi dengan syarat saya ikut awak balik ke kampung..." Azril menjungkitkan keningnya. 'Ah.. sudah...' Alia mengerutkan dahinya. 'Tak boleh jadi ni asyik aku je yang kena ikut kepala dia' Alia benar-benar tidak berpuas hati. "Kalau macam tu saya berhenti kerja terus jela, kalau encik tak beri saya cuti" Alia sudah nekad, Aizril memang melampau. 'Buat apa nak ikut aku balik kampung tak pasal-pasal apa tanggapan orang kampung' gerutu Alia sambil melangkah menghampiri pintu. "Eh, nak ke mana tu, sampai terus nak berhenti kerja, pasal awak nak balik kampung, saya masih boleh pertimbangkan tapi kalau nak berhenti kerja, sorry i tak benarkan" pintas Aizril.


"Mak, cakaplah kat ayah tu sudah-sudah la bekerja, ayah tu dah la sakit, pasal duit mak ayah jangan risau nanti pandailah Alia iktiarkan, lagipun sekarang Alia kan tengah bekerja" Alia meluahkan kerungsingan di hati. "Alah, Alia ingat ayah dengar ke cakap mak, dia mana boleh duduk tanpa buat apa-apa, tak apa lah Alia, lagipun kerja kampung bukan berat sangat pun. Pandai-pandailah mak jaga ayah kamu tu, kerja kamu tu macam mana" tanya ibu Alia. "Kerja ok, tapi majikan Alia tu problem sikit, sebenarnya majikan Alia tu kawan Alia masa study dulu" jawab Alia. "Baguslah kalau macam tu, bolehlah dia tengok-tengokkan kamu, kalau dah saling kenal apa masalahnya" jawab emak. 'Emak memang tak tahu perkara sebenar, biarlah segalanya menjadi rahsia'.  

continue....

by Cnsy@roz





No comments:

Post a Comment