Monday, April 29, 2013

::. Souvenirs dari Pekan .::


Walaupun ak xmelibatkan diri dalam PRU13,..
Untuk sama2 memeriahkan suasana,..
Seperti mana yg kita nampak dkat pos2 tepi jalan tu,..
Tapi aku berpeluang memperolehi souvenirs
 sempena PRU ni,..
Tapi yg surenya bukan dr Chendering la,..
Tapi dr Pekan,.. Nun jauh di import dr cna,..

Terima kasih daun keladi,..
Buat housemateku Miss O,..
Berssh pyah mmbawanya dr jauh,..
Untk housemate2mu disini huhuhu,..
Dpt la jdkan brangan simpanan untk dijadikan kenangan sempena PRU13 ni,..


Before this,.. kitaorg br sahaja smpai dr kampung,..
Balik sempena cuti sem,..
Tu pun kalau diikutkan dah tggal beberapa hr saje lg untuk ktorg blik mngundi,..
Tapi oleh kerana ada kelas,.. syllabus pun bnyak lg xcover,..
Keje pun bertimbun2,.. xsettle lg,..
So kitaorg tpksa dtg jgk walaupn just 
untuk beberapa hari,..
Xpuas bercuti,..
Yalah btol la org ckap tempat sendiri mana kan sama dgn tmpat org,..
Walaupun maju,..
Kampung tetap di hati,..
Xkn pnh jemu,..
Berat hati nk tggal fmily n kwn2 tsyg,..
Tapi xpe nnti blik lg,..
Lgpun rindu kat housemate dh mula bertandang,.. 
huhu,..
Ontheway balik ke Shah Alam sempat jgk 
singgah di UiTM Dungun,..
Just dpat tgk pemndangan pun jdlah 
coz dh kesuntukan masa,..


Oleh kerana kehabisan tiket untk 3,4 n 5 hari bulan,..
Terpaksa aku pulang 2 haribln,..
N terpaksa ponteng 2 kelas,..
Aduhai,.. Apakah daya,..
Daripada xdpt blik lgsg haru-haru...


Friday, April 26, 2013

::. Reunion .::



Before blik Shah Alam 2 hari lg,.. 
Alhamdulillah sempat jgk jumpa mmber2 sekolahku,..
Kebetulan hr ni, masing2 free,..
Apa lagi ktorg kluar mkan di KFC,..


Dpt jgk mkan Ayam Goreng yg Korea pnyer tu,..
Best jgk la tp rupanya tak seperti yg dijgkakan,..
Sos dia sikit sngat,.
Tp xpe la puas hati la jgk,..

Asalnye nak pi tempat biasa Pantai Pandak la,.
Mane lg,..
Tp oleh krana cuaca tdk m'izinkan,..
Terpaksa la tukar destination,..
Kebetulan masing2 tgh lapar ye x..


Walaupun ahli group reunion tdk mncukupi,..
Xmngapalah nak buat mcm mana dh ramai yg bz,..
Ntah boleh dipanggil reunion or x coz ahlinya terlampau sedikit,..
Just org sama shaja huhu,..

Hopefully akan dtg mybe dpat tmbahkn ahli lg Insyaallah,..



Dlm ramai2 sorg jer yg dah berpunye,..
N masih dlm mood pngantin baru,..
Selamat Pengantin Baru yer Puan Syima,..
Cepat jer masa berlalu,..
Xsempat nk berborak lama,..

Insyaallah ada masa kita jumpa lg,..
Semoga Ukhuwah yg terbina berkekalan buat
selama-lamanya,.. 







Wednesday, April 24, 2013

::. Kehangatan PRU13 .::


Tinggal beberapa hari lg menjelang PRU13,..
Kehangatannya begitu terasa,..
Kemeriahannya dimana-mana,..
Pihak yg terlibat masing2 sibuk berkempen,..

Agak teruja coz first time nk mngundi,..
Calon pun dh tahu,..
Just tggu masa nak pangkah sahaja huhu..
Yang mana sendiri saje yg taw,..
Undian adalah rahsia,..


Bila tengok bendera jer dah taw,..
Masing2 berkelopmpok,..
Area mana yg kuat biru,..
Berderet bendera biru,..
N mcm tu jgk sebaliknya,..
Tp Alhamdulillah masing2 menghormati hak masing2,..
Belum ada lg kes yg menyebabkan pergaduhan,..
Pakatan antara rkyat masih lg ada,..


Jumlah n susunan bendera pun dpat psyko org yg melihat,..
Apa tidaknya,..
Bila tgk jer bendera bnyak ckit,..
Kita assume parti ni rmai pengundi,..
Mmg btol2 suspen,..
Ssh nak meneka,..
Yg mana yg bakal menang,..
Kita maybe boleh buat mcm2 tanggapan awal.,,
Tp bukan bdasarkn jmlah bendera,..
Ianya hanya boleh mengaburkan mata kita,..
Walaupun bendera nmpak bnyak tp belum 
tntu jmlah penyokongnya..
So, kita sebagai pengundi perlulah menjalankan 
tggjwab kita,..
Untuk menetukan pemimpin yg selayaknya,..



Sama-sama lah berdoa agar pemimpin yg dipilih adalah tepat..
N mmpu mnjaga kebajikan rakyat hopefully,..









Thursday, April 18, 2013

::. Fokus .::

Fokus,.. Fokus,..
Kenapa aku ada problem untuk fokus dlm kels,..
Adakah ianya suatu yg biasa,...
Ataupun luar biasa??

Why??? n Why??
Persoalan yg tdk terjawab,..
Mmg dr primary,.. secondry school n smpai ke U pn still jgk sama,..
First msuk kelas,..
Ok lg,..
Dgr pnyer dgar,..
Smpai berkerut dahi konon2nya ya fokus,.. fokus,..
Tp tiba2 lect tnya mula lerr mengelabah n ms ini lantai lebih cntik dr segalanya,..

Aisey,..
Makhluk ke 3 itu,..
Sungguh2 menggugat keimananku,..
Duk syok2 study,..
Tiba2 keinginan ke arah lain dtg menjelma,..
Fikiran pun ntah ke mana2,..
Ya masa ini,..
Segala nostalgia lama,.
Tiba2 dtg kembali,..
Persoalannya kenapa ketika itu,..
Kenapa tidak hr yg lain???
Why?? n Why??

Kadangkala angan2 pn dtg mjelma walaupun tdk logik dek akal fikiran,..
Sempat jgk melayan,..
Angan2 mana yg xbest,.
Bila dh ckap2 angan2 sumenya mstilah best,,..
Kalau boley tggi sampai ke langit biru,..
Hanyut,.. Hanyut,.. N hanyut,..
Ya time ini lah makhluk ke 3 itu bersorak kemenangan,.

Ya Allah tlg lah hambaMu ini,..
Berikanlah tumpuan untuk sstu yg berfaedah,..
Jauhkan lah dr kelalaian...
Jangan sampai makhluk ke 3 itu,..
Bermaharajalela,..
Amin,.. Amin,..


::. Luv? How to show? .::


Luv?? Aku xde lah terror sngat bab2 nak tnjukkan kasih sayang ni,..
Fitrah manusia,..
Tuhan menganugerahkan sikap dan tingkah laku berbeza dalam diri manusia,..
Ada orang yg mmg terror bab2 ni,..
Sekali petik jari jer,..
Memang dah taw sangat tips nak menunjukkan kasih sayang,..
Bagaimana? Bila? Kenapa?..

Tapi kita kena ingat xsemua org yg mmpu,..
Ada juga manusia yang just dalaman saje,..
Kata sayang tp xtahu mcm mana nk tnjukkannya,..

Sebb itu kita tidak boleh menilai sesorg dgn mudah,.
Kerana dalam hati hanya Tuhan sahaja yg tahu,..




Macam mana kita sayangkan Allah??
Kita taat segala perintahnya,..
Jauhkan larangannya,..
Macam mana pulak kita tunjukkan kasih syg kita kpd Nabi Muhammad s.a.w??
Dengan cara berselawat,.. mengamalkan segala sunnahnya,..

Mana mana pulak dengan ibu bapa,..
Walaupun berjauhan,..
Doa akan sentiasa menjd penghubung,. right??

Macam tu jua lah apabila kita menyanyangi manusia,..
Kadangkala,..
Kasih sayang tidak diungkapkan dengan kata-kata,..
Mungkin dengan layanan, sikap ambil berat yg ditunjukkan kpd kita,..
Mungkin dpt menujukkan yg dia syg pd kita,..
Berdoalah untuk org yg kita syg,..
Moga-moga sentiasa dilimpahi kebahagiaan,..
Janganlah sesekali menyakiti hatinya,..
Andai terbit rs marah dan tdk puas hati,.
Fikirkan kebaikan yg pernah dia lakukan utk kita,..
Ianya mungkin melebihi drp apa yg menyakitkan,..


Susahnya sebenarnya bagi sesetngah org untuk meluahkan apa yg dia rs,..
Mungkin perasaan malu mengatasi segala-galanya,..
Ataupun ada juga krna ego,..
Ntah la bnyak jenis sikap manusia,..
Yg sukar untuk kita tafsirkan,..





But what we should know,..
Tanpa kita sedari,..
Pasti ada insan yg sentiasa menyanyangi kita,.
Dan sentiasa mendoakan kebahagian kita,..


Mungkin tnpa ungkapan 'sy syg awak,..'
tp cukuplah dia hadir di sisi kita,..
Dikala ssh dan sng,.
Menjd teman di dunia,.
Dan hrapan mnjadi teman di akhirat cna,..
Jangan pernah rs kesorangan,..
Kerana selain manusia,..

Allah itu sentiasa ada untuk kita,..
Berkasih syg lah dengan pencipta kita,.
Kerana kasih syg itu adlh yg pasti,..


Wednesday, April 17, 2013

::. Pray to our parents .::



Ibu bapa adalah insan yang terdekat dgn diri kita,..
Tiada insan lain yang dapat memahami 
dan menyayangi diri kita,..
Setulus kasih dan tanpa berbelah bahagi,..
Jangan sesekali kita menyakiti hati mereka,..
Apatah lagi mengabaikan mereka,..
Ya Allah teguhkan hati ku,..
Untuk menyanyangi mereka dan membawa mereka bersama-sama ke syurga Mu,..
Sama-sama lah kita mendoakan kebahagian mereka,..
Samaada yang telah pergi menghadap Mu,..
Atau yang masih bersama-sama kita di dunia ini,..
Hargai lah mereka,..
Walaupun ada yg telah diambil Tuhan,..
Jangan sesekali kita putuskan hubungan kita dengan mereka,..
kerana hanya dengan doa dapat menjadi penghubung,..
Dan menjamin kebahagian mereka di sana,..

Ya Allah,..
Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,..
Kau bahagiakanlah mereka seperti mana mereka membahagiakanku,..
Kau capaikanlah segala impian mereka,..
Sepanjang kehidupan mereka,..

Ya Allah,..
Kau kurniakan kesedaran dalam diri kami,..
Agar kami sentiasa mengingati mereka,..
Walau apa jua keadaan,..
Jauhkanlah kami dari menjadi anak derhaka,..

Ya Allah,..
Kau jadikanlah kami,..
HambaMu yang sentiasa dijalanMu,..
Kau bimbinglah kami untuk menjadi anak yang soleh,..
Yang mana sentiasa mendoakan ibu bapa kami,..
Supaya sentiasa dekat dengan syurga Mu,..

Ya Allah,.
Kau peliharakanlah diri kami,..
Maruah kami,..
Apa jua yang ada pada diri kami,..
Supaya ibu bapa kami tidak menanggung dosa-dosa kami,..

Ya Allah,..
Andai satu masa ditakdir aku atau ibu bapaku,..
Yang terlebih dahulu menghadapMu,..
Biarlah segala-galanya dalam keadaan yang dirahmatiMu,..
Capaikanlah impian kami,..
Untuk menbahagiakan mereka terlebih dahulu,..
Agar mereka tersenyum,..
Dan berbangga mempunyai anak seperti kami,..

Ya Allah,..
Seandainya,..
Suatu hari nanti,,..
Kami ditakdirkan menjadi ibu dan bapa,..
Maka kau kurniakanlah kesabaran dan kasih sayang dalam diri kami,..
Seperti mana yang Engkau kurniakan  kepada ibu bapa kami,..
Sepanjang mereka mendidik kami,..

Ya Allah,..
Kau jadikanlah kami insan yang sentiasa bersyukur dengan kurniaanMu,..
Dan jadikanlah kami insan yang sentiasa menjaga anugerah dan nikmat yang kau kurniakan,..
Supaya Kelak,.
Mereka akan menjadi anak yang soleh,..
Yang mana sentiasa mendoakan kami di dunia dan di akhirat kelak,..


Amin Ya Rabbalalamin,..

Kain putih akan menjadi lebih indah apabila 
dicorakkan dengan cara yang betul,..
Begitu juga dengan anugerah Allah,.. 
Seandainya dididik dengan sebetulnya,..
Insyaallah,.. Anugerah itulah yang membawa kita ke syurga,..


::. Dream .::


Impian....
Kita manusia,.. 
of course masing-masing ada impian,..
Cuma persoalannya,..
Adakah kita mampu mencapainya ataupun hanya lah sekadar angan-angan semata-mata,..

Impian manusia bermacam-macam,..
Ada yg inginkan kemewahan,..
Ada yg inginkan kebahagiaan,..
Ada yg inginkan kesihatan berpanjangan,..
Bermacam-macam,..


Kadang-kadang apa yang diinginkan 
oleh seseorg individu trus tercapai,..
Kadang-kala juga mngambil masa yg agk lama,..
Sehingga mengundang rasa putus asa,..

Tidakkah kita sedar mengapa ianya terjadi,..
Kita harus kembali kepada fitrah kita sebagai manusia,..
Yang mana kehidupan kita hanya bergantung kepada Allah S.W.T,..
Mungkin impian kita belum ditunaikan
 kerana belum tiba masanya,..

Mungkin kerana ia akan mengundang kemudharatan kepada kita,..

Kadangkala juga,..
Impian manusia yang ditunaikan dengan segera bukan kerana Allah memilih kasih,..
Tetapi mungkin ianya sebagai dugaan
 untuk kita sebagai manusia,..
Untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dan sejauh mana kita menmanfaatkannya,..
Allah itu maha Adil dan saksama,..
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya,..

Kita sebagai manusia seharusnya tidak putus2 memohon dan berhajat,..
Kerana Allah suka andai hambanya meminta dan bergantung kepada Nya,..



Kadangkala kita,..
Sebagai manusia teringin untuk mendekatkan 
diri kepada Allah,..
Tapi oleh kerana masa dan keaadaan,..

Menjadi penghalang,..
Jangan bimbang kerana tiada manusia yang perfect di dunia ini,..
Asalkan kita sentiasa berusaha walaupun 
sedikit demi sedikit,..
Allah tetap tahu apa yang kita lakukan,..
Yang penting niat kita kerana Allah,..

Apabila kita tersedar,..
Dan ada keinginan untuk ke arah itu,..
Itu menunjukkan yang kita masih ada iman,..
Yang menjadi pendorong,..
Dan menjaga diri kita,..
Oleh kerana itu, bersyukurlah dengan kurniaan itu,..

Sama-samalah kita mencuba untuk meningkatkan keimanan dalam diri kita,..
Semampu mana yg boleh,..
Selagi Tuhan memberikan kita peluang hidup di dunia,..
Dan mengumpul sebanyak mana amalan,..

Sama-sama kita muhasabah diri,..
Untuk renungan kita bersama,..
Insyaallah,..






Monday, April 15, 2013

::. Kata Hati .::


Bila kita cakap pasal kata hati,..
Kita semua tahu...
Hati adalah anugerah Allah, 
yg mana membentuk diri kita,..
Kalau hati kita baik , insyaallah setiap perlakuan kita juga akan jadi baik,..
Kerana bermula dari hati, diri kita akan dinilai,..


Apa jua yang kita lakukan semuanya bermula dari hati,..
Tapi tidak semua yang kita lakukan itu betul,..
Kadangkala kita perlu menilai terlebih dahulu apa yang kita lakukan dengan menggunakan,..
akal fikiran,..
Menimbang dahulu baik buruk,..
Supaya ianya tidak dicemari oleh nafsu,..
Sebab itu,.. 
Jangan terlalu mengikut kata hati,..
Kerana apa jua keputusan yang ingin dilakukan perlu mendapat petunjuk Allah terlebih dahulu...
Supaya Allah menggerakkan hati kita 
ke arah jalan yang benar.,,

Satu lagi benda yang sememangnya,..
Mempengaruhi hati kita bila melibatkan CINTA,..
CINTA ni,.. banyak jenisnya,..
Jangan sampai kita menjadi hamba CINTA yang sia-sia,..
Yang mana boleh merosakkan iman dan akidah kita,..'
Kuatkan hati kita agar kita sentiasa sedar akan
 CINTA abadi,..
Iaitu CINTA Allah,..
Agar diharapkan kita tidak lemah 
bila berdepan dengan kekecewaan yang bersifat sementara,..

Apabila suatu masa kita ditakdirkan jatuh CINTA,...
Jatuh CINTA sesama manusia,..
Maka berdoalah agar orang yang kita cintai,..
Menjadi milik kita,..
Dan jangan lupa meminta petunjuk 
Allah agar pilihan kita,.
Adalah benar,.. dan dapat membimbing kita dunia dan akhirat Insyaallah,..
Apabila kita jatuh cinta,..
Jangan terlalu taksub sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya,..
Sehingga mengundang dosa,..
Dan sehingga menjejaskan hubungan kita sesama manusia,..
Terutama sekali hubungan kita dengan Allah,..

Kadangkala CINTA tidak semestinya memiliki,..
CINTA yang sejati kadangkala memerlukan pengorbanan,.. 
Sentiasa berdoa kebahagiaan orang yang kita sayang,..
Betapa besarnya Nikmat Iman dan Islam itu,..
Kerana ia dapat mengawal diri kita daripada melakukan keburukan,..


Satu lagi benda yang kadangkala kita lupa,...
Apabila kita jatuh cinta,..
Kenapa kita perlu minta dan berdoa kepada Allah,..
Untuk mendapatkan 
CINTA itu,,..

INi adalah kerana hati manusia adalah milik Allah,..
Kita sebagai manusia,..
Hanya sebagai pemegang amanah Allah,..
Oleh kerana itu,,.
Pohonlah kepada Allah supaya hati yang ingin kita miliki,..
Berpaling kepada kita,..
Bukan dengan cara meminta kepada pemegang hati,..
Tapi mintalah kepada pemilik hati itu,..
Iaitu Allah S.W.T,..
Insyaallah andai niat kita betul..
CINTA yang lahir adalah tulus,..
Dan CINTA itu berlandaskan kasih sayang Allah,..


Insyaallah CINTA dan KEBAHAGIAAN 
itu berpeluang kita kecapi,..
Sama-samalah kita renungi,..
Sebagai landasan untuk kita menuju Jannah,.. 
Amin,...








Saturday, April 13, 2013

::. Penat Seharian .::


Semalam n hari ni, mmg btol2 penat,..
Siapkan assignment algorithm,..
Biasalah kerja last minit kn,..
Mcm biase,..
Ntah la xtaw nak ckap,.
Klu sbjek len boleh la jgk mgoreng merebus or apa-apa jela,..
Nak siapkan insyaallah boleh,..
Tp xder la smpai mgoreng smpai xtaw ape2,..
Try jgk la walaupun xseperfect mane,.

Tp bila sbjek algo ni,..
Ntah lah,.. aku xtaw mcm mane nk mgoreng,..
penat berfikir,..
Notes jgn ckap dah naik lebu dh,..
Al-maklumlah asyik duk belek ke sana ke mari tp xjgk paham2...
Bimbang jgk tkut sjarah lama berulang..
Nauzubillah mntak jauh la hopefully,..
Bg aku agak kritikal jgk la sbjek ni,.
Apa yg aku taw untk sbjek ni..
Kalau nak mantap,..
Kene pikir 'Out of the Box',..
Msalahnya aku rs daya pemikiran n ingatan aku xsmpai tahap itu,..
Aduhai,.. Kesihan ak kat Dr Syed,..
Punya lah bersemangat mngajar,..
Tp aku,.. bkn xnak,.. tp aku dh cuba bg tumpuan tp ntah la still slow nk tgkap,..
Silap ak jgk,, mybe xckup stdy,.. sbb tu jd cam tu,..
Hope dipermudahkan segala kekusutan,..

After semua urusan di fakulti selesai,..
Ktorg buat planning kluar mkn di Kelana Jaya,..
Restoran William,..
Best jgk la hidangannya,..
Agk berbeza n terbaikk,..
Alhamdulillah kenyang jua,..
Thanks a lot to Mr.F coz sudi menumpangkan kami,..
Harap2 insyaallah ader rezeki dpt keluar ag ;-)