Wednesday, April 17, 2013

::. Dream .::


Impian....
Kita manusia,.. 
of course masing-masing ada impian,..
Cuma persoalannya,..
Adakah kita mampu mencapainya ataupun hanya lah sekadar angan-angan semata-mata,..

Impian manusia bermacam-macam,..
Ada yg inginkan kemewahan,..
Ada yg inginkan kebahagiaan,..
Ada yg inginkan kesihatan berpanjangan,..
Bermacam-macam,..


Kadang-kadang apa yang diinginkan 
oleh seseorg individu trus tercapai,..
Kadang-kala juga mngambil masa yg agk lama,..
Sehingga mengundang rasa putus asa,..

Tidakkah kita sedar mengapa ianya terjadi,..
Kita harus kembali kepada fitrah kita sebagai manusia,..
Yang mana kehidupan kita hanya bergantung kepada Allah S.W.T,..
Mungkin impian kita belum ditunaikan
 kerana belum tiba masanya,..

Mungkin kerana ia akan mengundang kemudharatan kepada kita,..

Kadangkala juga,..
Impian manusia yang ditunaikan dengan segera bukan kerana Allah memilih kasih,..
Tetapi mungkin ianya sebagai dugaan
 untuk kita sebagai manusia,..
Untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dan sejauh mana kita menmanfaatkannya,..
Allah itu maha Adil dan saksama,..
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya,..

Kita sebagai manusia seharusnya tidak putus2 memohon dan berhajat,..
Kerana Allah suka andai hambanya meminta dan bergantung kepada Nya,..



Kadangkala kita,..
Sebagai manusia teringin untuk mendekatkan 
diri kepada Allah,..
Tapi oleh kerana masa dan keaadaan,..

Menjadi penghalang,..
Jangan bimbang kerana tiada manusia yang perfect di dunia ini,..
Asalkan kita sentiasa berusaha walaupun 
sedikit demi sedikit,..
Allah tetap tahu apa yang kita lakukan,..
Yang penting niat kita kerana Allah,..

Apabila kita tersedar,..
Dan ada keinginan untuk ke arah itu,..
Itu menunjukkan yang kita masih ada iman,..
Yang menjadi pendorong,..
Dan menjaga diri kita,..
Oleh kerana itu, bersyukurlah dengan kurniaan itu,..

Sama-samalah kita mencuba untuk meningkatkan keimanan dalam diri kita,..
Semampu mana yg boleh,..
Selagi Tuhan memberikan kita peluang hidup di dunia,..
Dan mengumpul sebanyak mana amalan,..

Sama-sama kita muhasabah diri,..
Untuk renungan kita bersama,..
Insyaallah,..






No comments:

Post a Comment