Monday, April 15, 2013

::. Kata Hati .::


Bila kita cakap pasal kata hati,..
Kita semua tahu...
Hati adalah anugerah Allah, 
yg mana membentuk diri kita,..
Kalau hati kita baik , insyaallah setiap perlakuan kita juga akan jadi baik,..
Kerana bermula dari hati, diri kita akan dinilai,..


Apa jua yang kita lakukan semuanya bermula dari hati,..
Tapi tidak semua yang kita lakukan itu betul,..
Kadangkala kita perlu menilai terlebih dahulu apa yang kita lakukan dengan menggunakan,..
akal fikiran,..
Menimbang dahulu baik buruk,..
Supaya ianya tidak dicemari oleh nafsu,..
Sebab itu,.. 
Jangan terlalu mengikut kata hati,..
Kerana apa jua keputusan yang ingin dilakukan perlu mendapat petunjuk Allah terlebih dahulu...
Supaya Allah menggerakkan hati kita 
ke arah jalan yang benar.,,

Satu lagi benda yang sememangnya,..
Mempengaruhi hati kita bila melibatkan CINTA,..
CINTA ni,.. banyak jenisnya,..
Jangan sampai kita menjadi hamba CINTA yang sia-sia,..
Yang mana boleh merosakkan iman dan akidah kita,..'
Kuatkan hati kita agar kita sentiasa sedar akan
 CINTA abadi,..
Iaitu CINTA Allah,..
Agar diharapkan kita tidak lemah 
bila berdepan dengan kekecewaan yang bersifat sementara,..

Apabila suatu masa kita ditakdirkan jatuh CINTA,...
Jatuh CINTA sesama manusia,..
Maka berdoalah agar orang yang kita cintai,..
Menjadi milik kita,..
Dan jangan lupa meminta petunjuk 
Allah agar pilihan kita,.
Adalah benar,.. dan dapat membimbing kita dunia dan akhirat Insyaallah,..
Apabila kita jatuh cinta,..
Jangan terlalu taksub sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya,..
Sehingga mengundang dosa,..
Dan sehingga menjejaskan hubungan kita sesama manusia,..
Terutama sekali hubungan kita dengan Allah,..

Kadangkala CINTA tidak semestinya memiliki,..
CINTA yang sejati kadangkala memerlukan pengorbanan,.. 
Sentiasa berdoa kebahagiaan orang yang kita sayang,..
Betapa besarnya Nikmat Iman dan Islam itu,..
Kerana ia dapat mengawal diri kita daripada melakukan keburukan,..


Satu lagi benda yang kadangkala kita lupa,...
Apabila kita jatuh cinta,..
Kenapa kita perlu minta dan berdoa kepada Allah,..
Untuk mendapatkan 
CINTA itu,,..

INi adalah kerana hati manusia adalah milik Allah,..
Kita sebagai manusia,..
Hanya sebagai pemegang amanah Allah,..
Oleh kerana itu,,.
Pohonlah kepada Allah supaya hati yang ingin kita miliki,..
Berpaling kepada kita,..
Bukan dengan cara meminta kepada pemegang hati,..
Tapi mintalah kepada pemilik hati itu,..
Iaitu Allah S.W.T,..
Insyaallah andai niat kita betul..
CINTA yang lahir adalah tulus,..
Dan CINTA itu berlandaskan kasih sayang Allah,..


Insyaallah CINTA dan KEBAHAGIAAN 
itu berpeluang kita kecapi,..
Sama-samalah kita renungi,..
Sebagai landasan untuk kita menuju Jannah,.. 
Amin,...








No comments:

Post a Comment