Wednesday, April 10, 2013

Antara Cinta dan Persahabatan 11




Petang itu, ketika Alia sedang kusyuk menonton televisyen, dia menerima panggilan daripada ibunya. “Assalamualaikum mak?” Alia agak hairan baru sahaja semalam dia bersembang lama dengan ibunya. “Ya, waalaikumussalam, Alia mak nak beritahu kamu sesuatu ni” jawab ibunya agak tergesa-gesa. “Nak bagitau apa mak? Sabar pelan-pelan” kata Alia sambil tergelak. “Ni, ada orang datang merisik kamu” kata-kata ibunya secara tidak langsung mematikan gelak ketawanya. “Mak, kalau yer pun nak bergurau pun agak-agaklah” kata Alia sedikit cuak.

“Bergurau apa ke bendanya, takkan benda macam ni nak dibuat bergurau, mak dengan ayah nak tahu jawapan kamu ni, kamu nak ke tak? dia nak jawapan secepat yang mungkin” kata ibu Alia. “Uik mak, takkan nak bagi jawapan sekarang, benda penting ni, melibatkan hidup Alia tau mak” sesungguhnya dia belum bersedia untuk berhadapan dengan situasi sebegini. “Macam nil ah kamu piker dulu, buat solat istikharah, nanti kamu bagitahu mak apa jawapan kamu tapi jangan lama sangat buat kasihan dekat orang je” kata ibu Alia seolah-olah satu arahan.  
“Erm, mak ni dah tengok betul-betul ker tuan punya badan tu, sesuai ke tidak untuk Lia?” Alia mendapatkan kepastian. “Eh, kamu ni, mak nak bagi anak mak mestilah mak pilih dulu, takkan nak main sambar jer, sape tak sayang anak, kamu ni macam-macam” ngomel ibu Alia. “Yela-yela, Lia percaya kat mak tapi nanti Lia pikir dulu” sesungguhnya keputusan yang maha berat ini haruslah dipikir dalam keadaan yang waras.

Apa yang disampaikan oleh ibunya, benar-benar mengganggu fikirannya, segala apa yang dilakukan segalanya tidak menjadi. Kesannya, dia asyik termenung bila di pejabat dan dalam pada masa yang sama diperhatikan oleh Aizril. “Alia.. Alia,..” panggil Aizril sambil melambai-lambai tangannya ke arah mata Alia, namun masih tidak mendapat tindak balas dan akhirnya Aizril mengetuk permukaan meja dengan agak kuat membuatkan Alia tersentak. “Ya, encik, maaf-maaf” Alia menundukkan kepalanya. “Masuk ke bilik saya sekejap” arah Aizril dengan tegas. ‘Alamak, habislah aku kali ni, macam mana boleh tak perasan’. Ketegasan sikap Aizril kebelakangan ini membuatkan dia bertambah yakin untuk menerima risikan tersebut, dia sudah malas untuk berharap kepada orang yang belum tentu menyanyanginya terutamanya lelaki seperti Aizril. Dia rasa seolah-olah dipermainkan.

Alia duduk menikus berhadapan Aizril. “Kenapa dengan awak ni Alia, saya tengok macam ada masalah jer” tanya Aizril tanpa senyum dibibir. “Emm,.. tak ada apa-apa encik, saya kurang sihat sikit” bohong Alia. “Awak jangan nak tipu saya, berterus-terang dengan saya” ujar Aizril lagi. “Takde apa-apa encik, saya nak mintak cuti boleh tak?” tanya Alia dengan teragak-agak. “Kenapa? Awak nak cuti berapa hari?” tanya Aizril sambil matanya memandang tepat pada pc dihadapannya. Alia sedikit terasa dengan sikap Aizril dan pelbagai persoalan dibenaknya berkenaan dengan perubahan sikap Aizril. “Saya nak cuti bertunang” jawab Alia untuk memancing Aizril untuk mengetahui apakah reaksinya. “Ooo yeke? Patutlah termenung sana termenung sini, angau nak kawin rupanya, awak isi jer boring cuti nanti saya luluskan, awak jangan bimbang” kata Aizril tanpa memandang Alia. ‘Selamber jer dia, memang betullah dia tak ada perasaan apa-apa kat aku, aku jer yang perasan’. “Huh,.” Dengan tidak semena-mena dia mengeluh lalu menarik perhatian Aizril. “Hai, macam berat jer bunyi awak mengeluh, orang lain nak kawin happy tapi awak ni lain pulak gayanya” sindir Aizril. “Takpelah encik saya keluar dulu ya, terima kasih” Alia berlalu dengan mata yang berkaca.

“Assalamualaikum mak, mak terima jela pinangan tu, Alia dah pikir masak-masak, kalau dah baik kata mak baik jugaklah pada Alia” Alia redha dengan keputusannya. “Yeke? Alhamdulillah, nanti mak dengan ayah uruskan, nanti mak bagitau Alia balik nanti bila dah selesai, tapi nanti bila dah sampai masa kamu jangan lupa mintak cuti awal-awal” kata ibu Alia. “Ya mak, Alia dah bagitau kat bos, mak janganlah bimbang” Alia berkata sambil memuncungkan mulutnya.

Continue,..



No comments:

Post a Comment