Wednesday, April 17, 2013

::. Pray to our parents .::



Ibu bapa adalah insan yang terdekat dgn diri kita,..
Tiada insan lain yang dapat memahami 
dan menyayangi diri kita,..
Setulus kasih dan tanpa berbelah bahagi,..
Jangan sesekali kita menyakiti hati mereka,..
Apatah lagi mengabaikan mereka,..
Ya Allah teguhkan hati ku,..
Untuk menyanyangi mereka dan membawa mereka bersama-sama ke syurga Mu,..
Sama-sama lah kita mendoakan kebahagian mereka,..
Samaada yang telah pergi menghadap Mu,..
Atau yang masih bersama-sama kita di dunia ini,..
Hargai lah mereka,..
Walaupun ada yg telah diambil Tuhan,..
Jangan sesekali kita putuskan hubungan kita dengan mereka,..
kerana hanya dengan doa dapat menjadi penghubung,..
Dan menjamin kebahagian mereka di sana,..

Ya Allah,..
Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,..
Kau bahagiakanlah mereka seperti mana mereka membahagiakanku,..
Kau capaikanlah segala impian mereka,..
Sepanjang kehidupan mereka,..

Ya Allah,..
Kau kurniakan kesedaran dalam diri kami,..
Agar kami sentiasa mengingati mereka,..
Walau apa jua keadaan,..
Jauhkanlah kami dari menjadi anak derhaka,..

Ya Allah,..
Kau jadikanlah kami,..
HambaMu yang sentiasa dijalanMu,..
Kau bimbinglah kami untuk menjadi anak yang soleh,..
Yang mana sentiasa mendoakan ibu bapa kami,..
Supaya sentiasa dekat dengan syurga Mu,..

Ya Allah,.
Kau peliharakanlah diri kami,..
Maruah kami,..
Apa jua yang ada pada diri kami,..
Supaya ibu bapa kami tidak menanggung dosa-dosa kami,..

Ya Allah,..
Andai satu masa ditakdir aku atau ibu bapaku,..
Yang terlebih dahulu menghadapMu,..
Biarlah segala-galanya dalam keadaan yang dirahmatiMu,..
Capaikanlah impian kami,..
Untuk menbahagiakan mereka terlebih dahulu,..
Agar mereka tersenyum,..
Dan berbangga mempunyai anak seperti kami,..

Ya Allah,..
Seandainya,..
Suatu hari nanti,,..
Kami ditakdirkan menjadi ibu dan bapa,..
Maka kau kurniakanlah kesabaran dan kasih sayang dalam diri kami,..
Seperti mana yang Engkau kurniakan  kepada ibu bapa kami,..
Sepanjang mereka mendidik kami,..

Ya Allah,..
Kau jadikanlah kami insan yang sentiasa bersyukur dengan kurniaanMu,..
Dan jadikanlah kami insan yang sentiasa menjaga anugerah dan nikmat yang kau kurniakan,..
Supaya Kelak,.
Mereka akan menjadi anak yang soleh,..
Yang mana sentiasa mendoakan kami di dunia dan di akhirat kelak,..


Amin Ya Rabbalalamin,..

Kain putih akan menjadi lebih indah apabila 
dicorakkan dengan cara yang betul,..
Begitu juga dengan anugerah Allah,.. 
Seandainya dididik dengan sebetulnya,..
Insyaallah,.. Anugerah itulah yang membawa kita ke syurga,..


No comments:

Post a Comment