Friday, May 11, 2012

RELA.. huhu rela ker???

Hari ni walaupun hari minggu, aku still lg bkerja.. org duk syok rehat2 kat umh tp ak huhu.. bnyak jgk keje arini.. siap jd driver lg.. tp xpe la skrg2nya dpt mkn angin.. hantr kek wedding n mcm2 lg r.. pendek kate mmg pnat jgk r smpai xsempat rhat.. semalam ak cuti n sempat la bjumpa dgn mmber2 ptikal aritu,.. best sngat borak2 smpai petang br blik huuhu puas ati lerr.. mybe next time kita bt planning kuar sama2 ok???

apa yg ak nk cite balik jer keje ptg td.. oleh krana tlampau pnat siap mndi trus landing dpan tv.. dgn kpala yg agk pusing n xbrapa nk stabil.. mata pun mngantuk.. tetiba ada org bg salam.. umi ak ckap ada org nk jmpa ak.. yg pelik nya tu dia kata 2 org llki.. tmbah2 lah lg musykil aku.. mana lah ada org nk jmpa ak.. jgn mimpi lerr tmbah2 lg llki dtg rmah plak tu ase cam mmpi plak.. ak pun kuar dengn muka yg agk blerr.. apa xnyer.. ak mmg xknl tp cmner bley taw ak pnyer name plak..

diaorg pn mmperkenalkn diri.. upe2nya anggota pasukan RELA.. huhu dgn t-shirt yg dia pkai mmg tbukti lerr ala2 bj askar.. kat tngn diaorg ada satu list nama.. n dlm bnyk nama.. nama ak yg tertera suma mklumat lgkap.. dieorg kata just nk tnya samaada ak nk aktif or x sbgai ahli pasukan RELA.. n ak dgn teragk2 n xbrapa nk pcaya ttiba jer gelak... aku???? nk masuk RELA.. haha lembik cm ni.. cmner la nama ak boley tersenarai.. pape ak still lg dgr apa yg dieorg nk ckap.. bila tgk ak gelak cm xlepas.. diaorg pn tegur jgn tkut dik,.. RELA ni just biase2 jer dieorg akn pnggil untuk krsus n latihan segala pbelanjaan dtggung n siap bg alaun lg.. ak pn cerah la mata sikit hhehehe latihan?? rs cm xsdap hati.. ak ni kalau latihan cam askar mmg KO lerr... ase mmg xmmpu..

lpas dgr dieorg pnyer xplanation, akhirnya ak rs mcm tmakan jgk la.. so aku pun isi ler borang untuk mgaktifkan diri.. just tggu ms bg salinan ic n gambar.. lpas aku bg sume benda tu.. dia org akn bg ak satu kad cam kad pengenalan diri.. n kat situ tertera la ANGGOTA RELA... kat bwah tertera gmbar n nama aku hahahahaha xdpat ak nk bygkn.. pape pn jgn salah guna benda tu.. guna sebaik mgkin dan andai ada kperluan sahaja.. n ak yakin rmai lg mmber ak yg terlibat.. just xtaw diorg aktif or x... coz seluruh area chendering lbih krg 200 lbih calon yg terlibat.. mybe ak jer yg aktif kot kih3.. biasa r ngah blerrr.. hopefully ler dpat mnfaat drp mnda tu.. mana taw kot2 ak dpat sumbg jasa kat negara.. mana taw one day huhu amin...

Thursday, May 10, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 6..

Sebulan telah berlalu, akhirnya Syima telah pulang ke Malaysia. En. Faizal mengajak aku bersama-samanya untuk menjemput Syima di airport. Walaupun dengan berat hati, aku tetap menerima pelawaannya untuk menjaga hati. Sesampainya di sana, aku melihat Aizril telah mendahului kami. Wajahnya seolah-olah terkejut dengan kehadiranku dan kelihatan agak gelisah. Kami langsung tidak bersuara, hanya En. Faizal yang mengisi kesunyian pada waktu itu, dari jauh kelihatan Syima melambai-lambai ke arah kami. “Thanks a lot for all of you kerana bersusah payah menjemput especially for u Alia” aku terharu dengan kata-kata Syima. “Welcome, how about your life kat sana?” aku membuka bicara dan mata aku sesekali memandang tangan Syima yang melilit di lengan Aizril. Huhu tipu la kalau aku tak rasa pape tapi aku cuba mengawal dan berlagak seperti biasa. “Ermm,.. i think better kat Malaysia, kat tempat orang takkan sama dengan tempat sendiri ye tak?” kata-katanya sekali lagi mengagumiku. Petang itu, kami meluangkan masa di restoran seafood, berbual sambil menjamu selera. Walaupun begitu sukar untuk menelan, aku berlagak seperti biasa. Setelah segala-galanya selesai, En. Faizal tiba-tiba menawarkan diri untuk menghantar Syima memandangkan secara kebetulan dia mempunyai urusan bersama En. Fauzan iaitu bapa Syima. Aizril pula menawarkan diri untuk menghantar aku ke pejabat dan aku dengan terpaksa menerimanya. “Lia nak balik ofis ker?” tanya Aizril ketika kami dalam perjalanan. “a’a lah Encik Aizril takkan nak balik rumah pulak baru time lunch ni” aku menjawab dengan hati yang sebal, soalan yang tiada logiknya. “Manalah tau ingat nak balik rumah, saya ok jer boleh cover line” jawab Aizril beserta gelak ketawa. Aku tidak memberi response bagi aku tiada apa yang menarik, dalam fikiran aku hanya ingin sampai cepat. “Takpe lah Encik Aizril, saya tak nak makan gaji buta pulak, time keje kena lah keje betul-betul, encik sebagai pengurus syarikat pasti lebih tahu procedur syarikat ye x” aku menyindirnya. Aizril mendiamkan diri dan senyuman pahit terukir di wajahnya, maybe terasa hari tapi aku dah tak peduli. Setelah lama mendiamkan diri akhirnya dia bersuara. “Lia, I miss u so much” kata-kata nya memeranjatkan aku namun ianya sekadar berlalu begitu sahaja, seolah-olah aku tidak mendengarnya dan sudah pasti langsung tiada response daripada aku. ‘Suka hati kau lah Aizril, cakap sorang-sorang sudah!’. Setelah sampai aku mengucapkan terima kasih dan terus berlalu tanpa memandang wajahnya.

Setelah penat bekerja, aku bermalas-malasan di atas katil. Tiba-tiba aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak aku kenali. Aku teragak-agak menjawab panggilan tersebut. “Assalamualaikum” aku memberi salam. “Waalaikumussalam” terdengar suara garau menjawab panggilan tersebut. ‘Aik siapa pulak ni’. “Lia, kau dah tak ingat suara aku sampai hati” aku cuba mengecam suara tersebut namun masih lagi samar. “Errkk,. Sori yerk siapa ni, tak dapat nak cam lah” memang begini lah aku sukar untuk mengingat. “Bestfriend kau kat kampung, Johan lah” dia memperkenalkan diri. “ Weh kau Johan haha macam mana lah aku boleh tak cam kau, suara kau macho sangat, lama tak jumpa kau, bila aku dengar suara kau fuhh mesti tuan punye diri hensem kan ” aku benar-benar terkejut menerima panggilan Johan iaitu teman karibku di kampung dan kami memang dari sekolah yang sama. Setelah habis SPM kami membawa haluan masing-masing memandangkan Johan menerima tawaran menyambung pelajaran ke luar negara. Setelah itu, kami tidak berhubung lagi. “Lia, jom kuar, aku tak sabar nak jumpa kau, banyak benda yang aku nak ceritakan” ajak Johan. “Eh, kau biar betul ajak aku keluar malam-malam, malas lah aku, kalau kau nak kita jumpa esok nak kau belanja hehe” aku menolak pelawaan Johan. “Ok, sori lah aku lupa kau wanita melayu, maklumlah dah lama duk kat luar kihkih esok kita jumpa ok!,” terdengar gelak ketawa Johan. “Amboi, berlagak, berapa banyak perempuan kau bawak keluar lain macam jer aku dengar, kau jangan, jadilah lelaki yang membimbing wanita” aku cuba memancing Johan aku tahu sikap Johan dia tidak mudah terpengaruh dan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. “Eh, kau tolong sikit k, walaupun bertahun aku duk kat sana aku still jaga adab resam aku k, dan apa yang pasti aku just tunggu kau dari dulu tau tiada wanita lain haha” kata-kata Johan langsung aku tidak ambil pusing, dia tidak pernah serius dalam berkata-kata. “Banyak lah kau punya tunggu, k la aku nak tidur dulu esok kita jumpa k, tapi sebelum tu kita nak jumpa kat mana ni?” aku mendapat kepastian daripada Johan. “Aku amik kau kat rumah jela, nanti kita bincang nak pegi mana boleh?” pelawa Johan. “Eh, kau jangan nak mengada-ngada, tengok di jiran sebelah rumah aku apa pulak dieorang kata lagipun better kita pegi asing-asing jela, tak bagus berdua macam tu” aku menolak dengan baik tawaran Johan seriously aku tidak selesa keluar berdua dengan lelaki. “Aku kagum la dengan kau, kau betul-betul jaga sampai nak keluar dengan lelaki sebaik aku pun kau teragak-agak” aku mencebik mendegar kata-kata nya. “Yeke baik? Boleh percaya ke kau ni haha k la aku tidur dulu lah assalamualaikum” aku mengundur diri. “Haha ok waalaikumussalam” jawab Johan sambil diiringi gelak ketawa.

Keesokkan harinya, aku bertemu dengan Johan di Piramid Square, seperti mana yang telah dijanjikan. “Assalamualaikum” aku terdengar suara menyapa dari belakang. Setelah aku berpaling hampir terngaga aku melihat penampilan Johan yang begitu jauh berbeza, andai dulu Johan adalah seorang budak yang gempal dan agak comot. Kini telah berubah menjadi jejaka yang bekerjaya dan bentuk badan yang begitu menarik memang menjadi igauan setiap gadis, kecuali aku huhu. “Tutup sikit mulut kau tu, hensem sangat ke aku sampai salam aku pun tak terjawab tengok aku macam nak telan”. Johan tersenyum memandang aku. “Eh lupa plak waalaikumussalam wah kau Johan hampir tak perasan aku, macam mana kau boleh berubah hensem macam ni sekali” aku masih lagi dengan wajah terkejut. “Ooo.. dulu kira tak hensem la ya?” Johan mencebik. “Haha takde la just kurang sikit jer, eh jom lah kata nak belanja aku makan, aku dah lapar ni” aku mengorak langkah. “Kau ni baru jumpa aku dah ingat makan mentang-mentang dulu aku gemuk” Johan bersuara. “Eh takde lah kau ni ada-ada jela, ok sekarang kau nak pegi mana aku ikut je ok?” aku mengekori Johan. Ketika kami sedang bergelak ketawa, tiba-tiba aku terserempak dengan Aizril dan Syima. Kelihatan mereka baru sahaja keluar dari pawagam. Amboi semenjak Syima pulang langsung tidak menhubungi aku tapi bagus lah sekurang-kurangnya hidup aku lagi tenang tanpa kehadirannya. Baru sahaja aku mengajak Johan menukar arah laluan tiba-tiba kedengaran suara Syima memanggil namaku. “Eh Encik Aizril, Syima kebetulan pulak” aku cuba berbasi-basi walaupun pada hakikatnya aku yang terlebih dahulu menyedari. Aku memperkenalkan Johan kepada mereka berdua. Pandangan Aizril pada aku benar-benar sinis namun dia tetap menghulurkan salam kepada Johan. “Nice to meet u, u all berdua dari mana?” Aizril bersuara. “Kami baru saja sampai dan belum tahu hala tuju” balas Johan sambil tersenyum memandangku. Aku membalasnya dengan senyuman yang pahit. “Jom lah join kitaorang, kita pergi makan” pelawa Syima. “Eh takpe-takpe, takkan kami nak ganggu u all berdua pulak, lagipun kami belum lapar ” aku menolak pelawaan Syima. “Erm,.. diorang nakkan privacy u jer yang tak faham” kedengaran suara serius Aizril sambil melepas pandang kea rah lain. Kelihatan seperti marah tapi kenapa, ah aku peduli apa. “Sori, lupa pulak ok lah enjoy urself ok, kitaorang mintak diri dulu” Syima menyilang tangan Aizril dan terus berlalu. Aku dan Johan berlalu, kami mendiamkan diri seketika. “Uiks, tetiba senyap tadi bukan main macam mulut murai” Johan menyiku aku. “Eh, takde papelah aku tengah duk pikir ke mana nak pegi ni kau pun satu bagi lah idea” aku cuba menangkis kata-kata Johan. Tiba-tiba aku menerima satu sms “Lia, sape lelaki tu? Nak ke mana? Langsung tak bagi tau kan, nape tak bagi tahu nak keluar boleh Ril temankan, balik cepat tau ;-(” siapa lagi kalau bukan si Aizril , apa pulak alasannya tiba-tiba aku nak kena bagitau kemana aku nak pergi ntah la tak faham aku, aku membiarkan sms tersebut tanpa membalas. Setelah puas berjalan tepat pukul 4 petang aku meminta diri. Kami bercadang untuk membuat temu janji lagi tapi ntah lah sekadar merancang. Ketika sedang memandu pulang tiba-tiba kedengaran telefon bimbit ku berbunyi dan dengan tegesa-gesa aku melihat pemanggilnya. Huh! Aizril lagi apa la yang dia nak. “Assalamualaikum” aku memulakan bicara. “Em waalaikumussalam, ada kat mana?” itu soalan pertama daripada mulutnya.”Ontheway pulang ke rumah kenapa ya Encik Aizril?” aku menjelaskan kepadanya. “Daripada pagi tadi Lia keluar dengan lelaki tu sekarang baru balik?” Aizril mendengus. “Err.. so, kenapa ya Encik Aizril?” aku bertanya dengan nada yang agak tidak puas hati. “Emm.. xde pape lah,..” terdengar suara sayu Aizril dan dia terus menamatkan talian. “Eh stop macam tu jer, kurang asam betul” aku mengomel sendiri. Setelah itu aku menerima satu lagi sms, ‘hati-hati, take care’ siapa lagi daripada Aizril semestinya huh!

Setelah 6 bulan berlalu, tempoh kontrak pekerjaan aku di Syarikat En. Faizal telah pun tamat. Aku sangkakan tempoh aku bekerja di sana akan dipanjangkan lagi namun sebaliknya yang terjadi kerana menurut En. Faizal aku ditugaskan ke syarikat lain yang merupakan rakan kongsi Syarikat En. Faizal. Apa boleh buat barangkali perkhidmatan aku tidak begitu memuaskan sehingga aku ditugaskan ke syarikat lain. “Mulai bulan depan awak akan ditugaskan ke syarikat Aizril” bagai batu menghempap kepala bila En. Faizal menyatakan ayat itu. “Har? Tapi kenapa saya ditugaskan ke sana, saya minta maaf seandainya ada kekurangan pada perkhidmatan saya dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala tunjuk ajar encik selama ini” aku menunduk menutup keresahan di hati. “Awak jangan salah anggap di atas pertukaran awak itu, awak pekerja yang berpotensi Cuma saya mahu awak akan didedahkan dengan kemahiran baru sepanjang awak berada di sana nanti” jelas En. Faizal. “Ooo.. erm apa-apa pun terima kasih sekali lagi, Insyaallah saya akan cuba melakukan yang terbaik” aku cuba menerima segala-galanya dengan seadanya walaupun berat di hati untuk menerima suasana kerja di tempat baru apatah lagi behadapan dengan si Aizril haru-haru.

Esok merupakan hari pertama aku bekerja di syarikat Aizril. Aku mula membayangkan bagaimana hari-hari yang akan aku lalui andai setiap hari aku perlu mengadapnya arghhh!. “Lia, apsal kau ni termenung jer aku tengok ada problem ker? Ni tak lain tak bukan pasal Aizril la tu” tegur Nadia. “Kau ni memang kawan yang bagus la memahami betul tau-tau jer apa yang aku pikir ek” aku membalas sambil melempar kan sebiji bantal yang berada di tangan aku. “Of course ler, harap aku tak jadi tukang tilik jer, aku tau sangat apa yang ada dalam kepala kau tu tak payah nak kelentong coz dari dulu memang itu jer problem kau benda yang sama ye tak” Nadia menyambut bantal sambil mencebik. “Pandai-pandai je kau ni takde lah” pandangan aku tidak lepas daripada televisyen walaupun hanyalah dengan pandangan yang kosong. “Dah la kau jangan lah pikirkan sangat pasal tu, just go throught your life, niat kau hanya nak bekerja kan, jangan tukar niat dah ler” kata-kata Nadia benar-benar buat aku tidak senang hati. “Eh, tak sayang mulut kau kan suka hati jer! Dah la aku nak tidur” aku menjeling Nadia dengan pandangan yang geram. “Ai, tak sabar Nampak nak jumpa bos baru” gelak Nadia. “Arghh!” dengan tindakan drastik jari aku mencubit pehanya. “Aduh Lia..” berkerut wajahnya menahan sengatan berbisa aku. ‘padan muka!’.

Pagi itu aku bertolak awal ke pejabat baru, berdebar-debar jangan cakap la dada aku hampir nak meletup. Aku cuba beristifar dalam hati untuk menenangkan hati. Sesampai di sana, aku sangkakan aku paling awal tetapi hakikatnya “assalamualaikum, hai Lia” suara garau menyapa aku dari belakang. “Waalaikumussalam” aku tersentak sambil mengurut dada. ‘Terkejut aku’. “Awal En. Aizril datang, saya ingat saya paling awal.” Aku berlagak seperti biasa. “Ermm biasanya memang saya paling lewat tapi hari ni oleh kerana hari yang paling istimewa saya sanggup bangun awal, tak sabar nak datang kerja, tidur pun tak lena tau” aik macam tu pulak. “Apa yang special sangat tu En. Aizril sampai nak tidur pun lena” aku membalas sambil membetulkan handbag aku. “Adalah, jomlah masuk dulu, welcome to our company dear” pulak dah taraf VIP punya cuma takde karpet merah je kalau tak confirm aku dah blah lain macam jer ni. “I nak tunjukkan tempat baru u, jom” dia berjalan mendahului aku. ‘Erm boleh tahan besar jugak macam best jer huhu’. “Sila duduk my princess” sambil menarik kerusi aku. “Eh, jangan macam ni En. Aizril naik segan pulak saya” aku tersipu-sipu. “Anything for u” kata Aizril sambil tersenyum.

continued...
by
cnsy@roz

Sunday, May 6, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 5..

Segala pertanyaan aku terjawab, tujuan pertemuan pada petang itu adalah kerana meraikan tunang Aizril kerana telah dinaikkan pangkat dan ditugaskan ke luar negeri. Aku mengagumi kebolehannya serta keramahan yang ditunjukkan, memang selayaknya Aizril berdamping dengannya. Lelaki mana sanggup melepaskan wanita seperfect itu. Kami menikmati makan petang seperti biasa, walaupun pada hakikatnya tekakku begitu sukar menelan, seleraku mati kerana terpaksa berdepan dengan Aizril, dari pandangan matanya jelas menunjukkan ketidakselesaan dia tapi itu bukan kemahuanku. Setelah segalanya selesai aku mengucapkan tahniah atas kejayaan Syima tanpa memandang Aizril bagiku seolah-olah dia tiada di situ. Aku segera pulang ke rumah memandangkan malam ini Nadia tiada di rumah. Aku ingin berehat sepuas-puasnya dan menikmati hari minggu dengan bermalas-malasan di rumah. 

Pada pagi itu, aku terjaga setelah menerima satu sms, dengan mata yang separuh terbuka aku membaca sms dan siapa lagi kalau bukan si Aizril “morning sayang, selamat menikmati hari minggu, i will see u tomorrow” apa maksud dia ‘see u tomorrow’? bila masa aku bejanji untuk bertemu dia, ntah la malas aku nak melayan masih banyak benda yang perlu aku ambik tahu daripada memikirkan dia. Pagi itu, aku segera menyiapkan segala kerja rumah kerana mengikut perancangan aku ingin keluar membeli segala keperluan dapur untuk sebulan. Ketika asyik membelek-belek barang-barang yang ingin dibeli, tiba-tiba seseorang menegur aku, “hai Lia, tak sangka kita jumpa di sini, panjang betul jodoh kita kan” siapa lagi kalau bukan Si Aizril. ‘Argghhh, kenapalah hidup aku tidak pernah tenang, takkanlah hari minggu pun aku perlu diganggu oleh bayangan dia’. “Ermm En. Aizril awak buat apa kat sini?” aku menegur dia acuh tak acuh. “Kebetulan i dah jumpa u kat sini, boleh la i temankan u lagi pun i nak mintak tolong pilihkan baju untuk i hadiri dinner esok, bolehkan? ” Aizril cuba memancing aku tapi sorry la aku takkan layan. “Sorry En. Aizril, i rasa tak sempat i’m so sorry, maybe next time ok, saya pergi dulu ya assalamualaikum” aku terus bergegas ke kaunter untuk membuat pembayaran dan ketika di kaunter tanganku masih lagi menggigil gara-gara lelaki itu huh! 

Ketika aku leka memasak, tiba-tiba kedengaran ketukan pintu dari luar rumah, dengan tergopoh-gapah aku menuju ke pintu. ‘Ni mesti si Nadia ni, amboi syok balik kampong ngan pakwe terus lupa aku ya, nanti kau!’. Aku benar-benar terkejut kerana sangkaan aku meleset, orang yang aku sangkakan Nadia, rupa-rupanya si Aizril. “Eh, encik buat apa kat sini macam mana encik tahu rumah saya?” nasib baik aku sempat menyarungkan tudung kalau tidak memang free la dapat dosa aishh.. Aizril hanya tersenyum dan dengan selamber hendak menjejaki ke dalam rumah aku, tindakan pantas aku menghalangnya. “Opss, maaf encik tak bagus orang bukan muhrim duduk berdua-duaan dalam rumah ni, lagipun saya tinggal sorang je kat rumah ni, maybe lagi bagus kita bersembang kat kerusi luar tu” aku mengerutkan kening. “Ops, lupa pulak so sorry, ermm bestnye bau u tengah masak erk? Bolehlah i rasa masakan u kan?” kata-kata Aizril benar-benar memeranjatkan aku. ‘Agak-agak aku lah si Aizril memang dah tak betul, tak tahu malu langsung.’ “Erkk apa encik nak rasa masakan saya? Boleh ke encik telan, masakan saya tak setanding hotel 5 star ” aku tensenyum pahit. ‘Please cepat la balik, habis la hangit masakan aku’ sungguh tidak tenang aku rasakan. “Ala takpe la, selagi u tak bagi i rasa masakan u selagi itu i takkan balik! ” Aizril mengugut aku. “Eh, kenapa pulak macam tu, ni kalau Syima tahu perangai u macam ni mesti dia kecewa, baru sehari dia ke oversea u dah buat perangai” aku sengaja menyebut nama Syima supaya dia sedar tindakannya adalah salah. “Ala dia kat sana bukannya tahu pun” balas Aizril sambil tersenyum sinis. ‘Hmm memang dasar lelaki!’ “Amboi encik senangnya cakap, nanti kalau saya report siap la u Encik Aizril” aku member amaran kepadanya. “Report jela ada saya kisah, cepat lah saya lapar ni” dia cuba menagih simpati aku. “Eee.. Encik ni tak malu betulkan!” geram betul rasa nak meletup jantung aku. “Yela-yela, encik tunggu kat sini, saya nak masak, jangan encik berani cuba-cuba masuk ke dalam rumah saya faham!” aku sekali lagi memberi amaran keras. Usai memasak aku menghidangkan masakan aku di atas meja dimana Aizril berada, huh! Tak pasal-pasal berkelah kat luar rumah. ‘Kau kene ikhlas Lia, hati aku cuba bersuara’. “Wahhh.. sedapnya Lia, untung datang tepat pada masanya” dengan besungguh-sungguh dia menyuapkan makanan ke dalam mulut. ‘Uiks sedap sangat ke macam tak percaya pulak’ aku mencuba sedikit untuk merasa dan melihat kebenaran kata-kata Aizril. ‘Ermm bolehlah tahan tapi takde la sedap sangat pun saja la tu nak ambil hati aku’. Aku tidak menyangka hampir satu hari bersama-sama Aizril. 

Malam itu sukar bagi aku memejamkan mata kerana memikirkan apa yang terjadi pada petang itu. ‘Arghh, aku tak sepatutnya lembut hati sangat dengan si Aizril tu, apa yang terjadi petang tadi salah benar-benar salah’. Keesokkan harinya aku menjalankan kerja aku seperti biasa, aku telah bertekad untuk menjauhkan diri daripada Aizril. Aku menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang ditugaskan, dan sehari suntuk di pejabat benar-benar membuatkan aku letih dan mengantuk. Hari ini aku benar-benar lega sekurang-kurangnya aku mendapat privacy tanpa gangguan sesiapa. “Ya Allah penatnya, mana bas ni, time-time aku mengantuk macam ni lambat pulak dia datang” aku mendengus dan menguap beberapa kali tanpa mempedulikan orang-orang disekelilingku. Ketika sedang kusyuk memandang pelbagai jenis ragam manusia di perhentian bas itu, tiba-tiba sebuah kereta BMW hitam berhenti betul-betul dihadapanku, aku berpura-pura tidak melihat dan mengalih pandangan ke tempat lain. “Lia, sampai hati tak tunggu Ril, merata-rata Ril cari, kenapa awal sangat balik?” Aizril menunjukkan wajah tidak puas hatinya.”Erm, kenapa awak cari saya pulak, saya penat sangat hari ni tu yang balik awal sikit” aku berdolak-dalih. ‘Sorry la Aizril, memang aku sengaja balik awal pun sebab aku tak nak jumpa dengan kau’ hati aku berkompromi takut cakap terus terang nanti terasa hati pulak. “Awak buat apa kat sini? Pergi la balik, dah lewat ni” aku bersuara berserta senyuman pahit. “Eh, boleh pulak dia tanya kita buat apa kat sini, kita tunggu awak la, jom la Ril hantar” ajak Airil sambil berdiri menghadap aku. Aku memandangnya dengan pandangan yang kosong. ‘Kenapa kau tak pernah faham Aizril’ aku melepaskan keluhan yang maha berat. “Takpelah awak balik la, saya nak tunggu bas, saya dah biasa macam ni” aku menongkat daguku dengan kedua-dua belah tangan sambil menoleh ke kiri dan kanan. “Tidak! Selagi awak tak ikut saya selagi tu saya akan duduk kat sini, paham!” Aizril meninggikan sedikit suaranya. “Ikut suka awak la” jangan harap aku nak termakan kata-kata kau, tak nak balik sudah kau duduk lah kat sini. Kami mendiamkan diri beberapa ketika. ‘Keras kepala betul kau ni Aizril’. “Kenapa lah lambat sangat” aku mendengus. “Baguslah orang ajak balik tak nak, jual mahal” perli Aizril. Aku menjeling ke arah Aizril. “Suka hati saya lah, awak tu yang degil saya suruh balik, awak taknak” aku melempiaskan rasa tidak puas hati dengan kata-katanya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, segala-galanya tidak seperti dirancang banyaknya dugaan hari ini untuk sampai ke rumah. Aizril pula tetap dengan pendiriannya duduk disebelah aku tanpa apa-apa response, dengan pantas aku berlari masuk ke dalam keretanya tanpa sebarang bicara dan menghempaskan pintu sekuat yang mungkin. Aizril yang berada dikuar tersenyum bangga, setiap kali pasti dia yang menang huh!. “Kuatnya sayang tutup pintu kalau tercabut kita juga yang susah” kata-kata Aizril penuh dengan perlian. Aku mendiamkan diri, aku tidak dapat lagi mengawal perasaan marah aku dan segala-galanya terpapar pada wajah aku yang masam mencuka. Sakitnya hati!. Kami mendiamkan diri sehinggalah sampai di hadapan rumah ku. Aku membuka pintu kereta dan keluar, ikutkan hati mahu saja menghempaskan pintu keretanya sekuat hati namun, aku sedar jasa orang harus dihargai. Aku menundukkan kepala untuk melihat wajahnya. “Pape pun thanks a lot sudi hantar saya, tapi lain kali awak tak perlu bersusah payah takut nanti tak berbalas budi awak” aku tersenyum pahit. “It’s ok dear, anything for u, sorry la permintaan u i tak dapat tunaikan coz lepas ni i nak jadi pelindung u” kata-kata Aizril benar-benar membuat aku tidak sedap hati. Arghhh!

continued..
by
cnsy@roz

Thursday, May 3, 2012

Huhuhu dah lama xmenulis.. malam ni tetiba rs nak menulis.. erm xlama lg aku akn kesorangan.. mmber2 ptikal dah nak abis dah cdey pulak rs.. sape la yg nak teman kan aku lepas nie.. aishh.. haru2..

petang td time tgh kusyuk keje tetiba my best fwen aku col... mmg sspent la,.. dlm kepala ak mmg satu jer.. tetiba col ak msti nk mnjemput.. haha seriously kalau saper2 yg col aku skng sori to say la mmg tu jer yg aku pikir.. mmg dah musim dia kan nak buat macam mana n kepala ak mmg dh set mcm tu huhuh.... n mmg dah ak agk tekaan ak mmg btol..,.. lemah smagt ak kalau selalu mcm ni asyik tkejut jer.. My friends Hazrina Hamzah juga xlama lg akn mndirikan rmah tgga xlama lg.. xsgka diantara kita berempat kau yg mendului huhuu.. xpe la dh jodohkan.. pape pun congratulation.. luv u.. this n next month mmg kenduri berderet.. sori sngat2 klau ak xdapt hadir.. ikutkn hati mmg nk sangat pergi.. ttpi oleh krana kekangan2.. ak xdapat nak mghadiri.. erm tahniah juga untuk my roomate kat bglo kuning bukan shaja roomate tapi juga tman sekatil huhu.. Nor Aisyah or meknor.. tahniah2 cyg sama kamu n sorg lg.. my rummate n mate sekatil jugak haha Nurul-Ain n pasangnnya tahniah2.. bestfriend 4 ever.. mmber tmpat keje Za n Nik.. xlama lg korg jgk akn tinggal kan aku hik3 paper pun tahniah k..

sekarang ak nk kene planning mcm mane nk hadiri.. aisey.. serentak la terkejut rs.. pape pun Insyaallah aku akn cuba hadiri..
malam ni.. aku mnunggu-nungu satu rancangan Liga Ilmu yg mana merupakan sesi perdebatan di antara ustazah pilihan n Imam muda.. best sngat.. tajuk dia kekangan kaum wanita... best sngat hal2 poligami pun turut sama dibincangkan.. aku benar2 tertarik.. dgn statement yg diutarakan oleh ustazah.. poligami disisi Islam adalah diharuskan dan ianya adlah sunnah nabi.. poligami bertujuan untuk mmbantu dan memelihara kaum wanita.. apa yg pasti sudah mnjd tggungjwab kaum llaki mndidik n melindungi kaum wanita.. namun dr perspektif sestngah phak poligami adlah untuk tjuan yg tdk sepatutnya.. malah kemmpuan untk berpoligami walaupn agak samar namun msih lg bertekad untk berpoligami sehingga kn institusi keluarga tidak sesempurna seperti yg sepatutnya.. oleh krana itu secra tdk lgsung hukum berpoligami akan berubah mngikut keadaan dan juga kmmpuan insan... jika nk dibndingkn junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w... mana kn sama.. baginda sesempurna manusia.. poligami baginda adlah bertujuan membntu kaum wanita malahan juga membesarkn kelompok umat islam.. jd poligami secara tdk lgsung dapt menyebarkan agama Allah s.w.t.. jd sama2 la kita renungkn..

satu lg benda yg ingin aku konsikn.. drpada statement ustaz fatah td.. aku benar2 tertarik.. "kekangan yg telah ditetapkan oleh Allah terhadap kaum wanita adalah sebenarnya bertujuan menjaga maruah kaum wanita serta memartabatkan ketinggian akhlak kaum Hawa,.. jd jgnlah sesekali mmpertikaikn kekangan itu kerana segala2 yg dtg drpada Allah merupakan jln terbaik untuk kita didunia n akhirat wsaalam