Sunday, May 6, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 5..

Segala pertanyaan aku terjawab, tujuan pertemuan pada petang itu adalah kerana meraikan tunang Aizril kerana telah dinaikkan pangkat dan ditugaskan ke luar negeri. Aku mengagumi kebolehannya serta keramahan yang ditunjukkan, memang selayaknya Aizril berdamping dengannya. Lelaki mana sanggup melepaskan wanita seperfect itu. Kami menikmati makan petang seperti biasa, walaupun pada hakikatnya tekakku begitu sukar menelan, seleraku mati kerana terpaksa berdepan dengan Aizril, dari pandangan matanya jelas menunjukkan ketidakselesaan dia tapi itu bukan kemahuanku. Setelah segalanya selesai aku mengucapkan tahniah atas kejayaan Syima tanpa memandang Aizril bagiku seolah-olah dia tiada di situ. Aku segera pulang ke rumah memandangkan malam ini Nadia tiada di rumah. Aku ingin berehat sepuas-puasnya dan menikmati hari minggu dengan bermalas-malasan di rumah. 

Pada pagi itu, aku terjaga setelah menerima satu sms, dengan mata yang separuh terbuka aku membaca sms dan siapa lagi kalau bukan si Aizril “morning sayang, selamat menikmati hari minggu, i will see u tomorrow” apa maksud dia ‘see u tomorrow’? bila masa aku bejanji untuk bertemu dia, ntah la malas aku nak melayan masih banyak benda yang perlu aku ambik tahu daripada memikirkan dia. Pagi itu, aku segera menyiapkan segala kerja rumah kerana mengikut perancangan aku ingin keluar membeli segala keperluan dapur untuk sebulan. Ketika asyik membelek-belek barang-barang yang ingin dibeli, tiba-tiba seseorang menegur aku, “hai Lia, tak sangka kita jumpa di sini, panjang betul jodoh kita kan” siapa lagi kalau bukan Si Aizril. ‘Argghhh, kenapalah hidup aku tidak pernah tenang, takkanlah hari minggu pun aku perlu diganggu oleh bayangan dia’. “Ermm En. Aizril awak buat apa kat sini?” aku menegur dia acuh tak acuh. “Kebetulan i dah jumpa u kat sini, boleh la i temankan u lagi pun i nak mintak tolong pilihkan baju untuk i hadiri dinner esok, bolehkan? ” Aizril cuba memancing aku tapi sorry la aku takkan layan. “Sorry En. Aizril, i rasa tak sempat i’m so sorry, maybe next time ok, saya pergi dulu ya assalamualaikum” aku terus bergegas ke kaunter untuk membuat pembayaran dan ketika di kaunter tanganku masih lagi menggigil gara-gara lelaki itu huh! 

Ketika aku leka memasak, tiba-tiba kedengaran ketukan pintu dari luar rumah, dengan tergopoh-gapah aku menuju ke pintu. ‘Ni mesti si Nadia ni, amboi syok balik kampong ngan pakwe terus lupa aku ya, nanti kau!’. Aku benar-benar terkejut kerana sangkaan aku meleset, orang yang aku sangkakan Nadia, rupa-rupanya si Aizril. “Eh, encik buat apa kat sini macam mana encik tahu rumah saya?” nasib baik aku sempat menyarungkan tudung kalau tidak memang free la dapat dosa aishh.. Aizril hanya tersenyum dan dengan selamber hendak menjejaki ke dalam rumah aku, tindakan pantas aku menghalangnya. “Opss, maaf encik tak bagus orang bukan muhrim duduk berdua-duaan dalam rumah ni, lagipun saya tinggal sorang je kat rumah ni, maybe lagi bagus kita bersembang kat kerusi luar tu” aku mengerutkan kening. “Ops, lupa pulak so sorry, ermm bestnye bau u tengah masak erk? Bolehlah i rasa masakan u kan?” kata-kata Aizril benar-benar memeranjatkan aku. ‘Agak-agak aku lah si Aizril memang dah tak betul, tak tahu malu langsung.’ “Erkk apa encik nak rasa masakan saya? Boleh ke encik telan, masakan saya tak setanding hotel 5 star ” aku tensenyum pahit. ‘Please cepat la balik, habis la hangit masakan aku’ sungguh tidak tenang aku rasakan. “Ala takpe la, selagi u tak bagi i rasa masakan u selagi itu i takkan balik! ” Aizril mengugut aku. “Eh, kenapa pulak macam tu, ni kalau Syima tahu perangai u macam ni mesti dia kecewa, baru sehari dia ke oversea u dah buat perangai” aku sengaja menyebut nama Syima supaya dia sedar tindakannya adalah salah. “Ala dia kat sana bukannya tahu pun” balas Aizril sambil tersenyum sinis. ‘Hmm memang dasar lelaki!’ “Amboi encik senangnya cakap, nanti kalau saya report siap la u Encik Aizril” aku member amaran kepadanya. “Report jela ada saya kisah, cepat lah saya lapar ni” dia cuba menagih simpati aku. “Eee.. Encik ni tak malu betulkan!” geram betul rasa nak meletup jantung aku. “Yela-yela, encik tunggu kat sini, saya nak masak, jangan encik berani cuba-cuba masuk ke dalam rumah saya faham!” aku sekali lagi memberi amaran keras. Usai memasak aku menghidangkan masakan aku di atas meja dimana Aizril berada, huh! Tak pasal-pasal berkelah kat luar rumah. ‘Kau kene ikhlas Lia, hati aku cuba bersuara’. “Wahhh.. sedapnya Lia, untung datang tepat pada masanya” dengan besungguh-sungguh dia menyuapkan makanan ke dalam mulut. ‘Uiks sedap sangat ke macam tak percaya pulak’ aku mencuba sedikit untuk merasa dan melihat kebenaran kata-kata Aizril. ‘Ermm bolehlah tahan tapi takde la sedap sangat pun saja la tu nak ambil hati aku’. Aku tidak menyangka hampir satu hari bersama-sama Aizril. 

Malam itu sukar bagi aku memejamkan mata kerana memikirkan apa yang terjadi pada petang itu. ‘Arghh, aku tak sepatutnya lembut hati sangat dengan si Aizril tu, apa yang terjadi petang tadi salah benar-benar salah’. Keesokkan harinya aku menjalankan kerja aku seperti biasa, aku telah bertekad untuk menjauhkan diri daripada Aizril. Aku menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang ditugaskan, dan sehari suntuk di pejabat benar-benar membuatkan aku letih dan mengantuk. Hari ini aku benar-benar lega sekurang-kurangnya aku mendapat privacy tanpa gangguan sesiapa. “Ya Allah penatnya, mana bas ni, time-time aku mengantuk macam ni lambat pulak dia datang” aku mendengus dan menguap beberapa kali tanpa mempedulikan orang-orang disekelilingku. Ketika sedang kusyuk memandang pelbagai jenis ragam manusia di perhentian bas itu, tiba-tiba sebuah kereta BMW hitam berhenti betul-betul dihadapanku, aku berpura-pura tidak melihat dan mengalih pandangan ke tempat lain. “Lia, sampai hati tak tunggu Ril, merata-rata Ril cari, kenapa awal sangat balik?” Aizril menunjukkan wajah tidak puas hatinya.”Erm, kenapa awak cari saya pulak, saya penat sangat hari ni tu yang balik awal sikit” aku berdolak-dalih. ‘Sorry la Aizril, memang aku sengaja balik awal pun sebab aku tak nak jumpa dengan kau’ hati aku berkompromi takut cakap terus terang nanti terasa hati pulak. “Awak buat apa kat sini? Pergi la balik, dah lewat ni” aku bersuara berserta senyuman pahit. “Eh, boleh pulak dia tanya kita buat apa kat sini, kita tunggu awak la, jom la Ril hantar” ajak Airil sambil berdiri menghadap aku. Aku memandangnya dengan pandangan yang kosong. ‘Kenapa kau tak pernah faham Aizril’ aku melepaskan keluhan yang maha berat. “Takpelah awak balik la, saya nak tunggu bas, saya dah biasa macam ni” aku menongkat daguku dengan kedua-dua belah tangan sambil menoleh ke kiri dan kanan. “Tidak! Selagi awak tak ikut saya selagi tu saya akan duduk kat sini, paham!” Aizril meninggikan sedikit suaranya. “Ikut suka awak la” jangan harap aku nak termakan kata-kata kau, tak nak balik sudah kau duduk lah kat sini. Kami mendiamkan diri beberapa ketika. ‘Keras kepala betul kau ni Aizril’. “Kenapa lah lambat sangat” aku mendengus. “Baguslah orang ajak balik tak nak, jual mahal” perli Aizril. Aku menjeling ke arah Aizril. “Suka hati saya lah, awak tu yang degil saya suruh balik, awak taknak” aku melempiaskan rasa tidak puas hati dengan kata-katanya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, segala-galanya tidak seperti dirancang banyaknya dugaan hari ini untuk sampai ke rumah. Aizril pula tetap dengan pendiriannya duduk disebelah aku tanpa apa-apa response, dengan pantas aku berlari masuk ke dalam keretanya tanpa sebarang bicara dan menghempaskan pintu sekuat yang mungkin. Aizril yang berada dikuar tersenyum bangga, setiap kali pasti dia yang menang huh!. “Kuatnya sayang tutup pintu kalau tercabut kita juga yang susah” kata-kata Aizril penuh dengan perlian. Aku mendiamkan diri, aku tidak dapat lagi mengawal perasaan marah aku dan segala-galanya terpapar pada wajah aku yang masam mencuka. Sakitnya hati!. Kami mendiamkan diri sehinggalah sampai di hadapan rumah ku. Aku membuka pintu kereta dan keluar, ikutkan hati mahu saja menghempaskan pintu keretanya sekuat hati namun, aku sedar jasa orang harus dihargai. Aku menundukkan kepala untuk melihat wajahnya. “Pape pun thanks a lot sudi hantar saya, tapi lain kali awak tak perlu bersusah payah takut nanti tak berbalas budi awak” aku tersenyum pahit. “It’s ok dear, anything for u, sorry la permintaan u i tak dapat tunaikan coz lepas ni i nak jadi pelindung u” kata-kata Aizril benar-benar membuat aku tidak sedap hati. Arghhh!

continued..
by
cnsy@roz

No comments:

Post a Comment