Thursday, May 10, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 6..

Sebulan telah berlalu, akhirnya Syima telah pulang ke Malaysia. En. Faizal mengajak aku bersama-samanya untuk menjemput Syima di airport. Walaupun dengan berat hati, aku tetap menerima pelawaannya untuk menjaga hati. Sesampainya di sana, aku melihat Aizril telah mendahului kami. Wajahnya seolah-olah terkejut dengan kehadiranku dan kelihatan agak gelisah. Kami langsung tidak bersuara, hanya En. Faizal yang mengisi kesunyian pada waktu itu, dari jauh kelihatan Syima melambai-lambai ke arah kami. “Thanks a lot for all of you kerana bersusah payah menjemput especially for u Alia” aku terharu dengan kata-kata Syima. “Welcome, how about your life kat sana?” aku membuka bicara dan mata aku sesekali memandang tangan Syima yang melilit di lengan Aizril. Huhu tipu la kalau aku tak rasa pape tapi aku cuba mengawal dan berlagak seperti biasa. “Ermm,.. i think better kat Malaysia, kat tempat orang takkan sama dengan tempat sendiri ye tak?” kata-katanya sekali lagi mengagumiku. Petang itu, kami meluangkan masa di restoran seafood, berbual sambil menjamu selera. Walaupun begitu sukar untuk menelan, aku berlagak seperti biasa. Setelah segala-galanya selesai, En. Faizal tiba-tiba menawarkan diri untuk menghantar Syima memandangkan secara kebetulan dia mempunyai urusan bersama En. Fauzan iaitu bapa Syima. Aizril pula menawarkan diri untuk menghantar aku ke pejabat dan aku dengan terpaksa menerimanya. “Lia nak balik ofis ker?” tanya Aizril ketika kami dalam perjalanan. “a’a lah Encik Aizril takkan nak balik rumah pulak baru time lunch ni” aku menjawab dengan hati yang sebal, soalan yang tiada logiknya. “Manalah tau ingat nak balik rumah, saya ok jer boleh cover line” jawab Aizril beserta gelak ketawa. Aku tidak memberi response bagi aku tiada apa yang menarik, dalam fikiran aku hanya ingin sampai cepat. “Takpe lah Encik Aizril, saya tak nak makan gaji buta pulak, time keje kena lah keje betul-betul, encik sebagai pengurus syarikat pasti lebih tahu procedur syarikat ye x” aku menyindirnya. Aizril mendiamkan diri dan senyuman pahit terukir di wajahnya, maybe terasa hari tapi aku dah tak peduli. Setelah lama mendiamkan diri akhirnya dia bersuara. “Lia, I miss u so much” kata-kata nya memeranjatkan aku namun ianya sekadar berlalu begitu sahaja, seolah-olah aku tidak mendengarnya dan sudah pasti langsung tiada response daripada aku. ‘Suka hati kau lah Aizril, cakap sorang-sorang sudah!’. Setelah sampai aku mengucapkan terima kasih dan terus berlalu tanpa memandang wajahnya.

Setelah penat bekerja, aku bermalas-malasan di atas katil. Tiba-tiba aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak aku kenali. Aku teragak-agak menjawab panggilan tersebut. “Assalamualaikum” aku memberi salam. “Waalaikumussalam” terdengar suara garau menjawab panggilan tersebut. ‘Aik siapa pulak ni’. “Lia, kau dah tak ingat suara aku sampai hati” aku cuba mengecam suara tersebut namun masih lagi samar. “Errkk,. Sori yerk siapa ni, tak dapat nak cam lah” memang begini lah aku sukar untuk mengingat. “Bestfriend kau kat kampung, Johan lah” dia memperkenalkan diri. “ Weh kau Johan haha macam mana lah aku boleh tak cam kau, suara kau macho sangat, lama tak jumpa kau, bila aku dengar suara kau fuhh mesti tuan punye diri hensem kan ” aku benar-benar terkejut menerima panggilan Johan iaitu teman karibku di kampung dan kami memang dari sekolah yang sama. Setelah habis SPM kami membawa haluan masing-masing memandangkan Johan menerima tawaran menyambung pelajaran ke luar negara. Setelah itu, kami tidak berhubung lagi. “Lia, jom kuar, aku tak sabar nak jumpa kau, banyak benda yang aku nak ceritakan” ajak Johan. “Eh, kau biar betul ajak aku keluar malam-malam, malas lah aku, kalau kau nak kita jumpa esok nak kau belanja hehe” aku menolak pelawaan Johan. “Ok, sori lah aku lupa kau wanita melayu, maklumlah dah lama duk kat luar kihkih esok kita jumpa ok!,” terdengar gelak ketawa Johan. “Amboi, berlagak, berapa banyak perempuan kau bawak keluar lain macam jer aku dengar, kau jangan, jadilah lelaki yang membimbing wanita” aku cuba memancing Johan aku tahu sikap Johan dia tidak mudah terpengaruh dan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. “Eh, kau tolong sikit k, walaupun bertahun aku duk kat sana aku still jaga adab resam aku k, dan apa yang pasti aku just tunggu kau dari dulu tau tiada wanita lain haha” kata-kata Johan langsung aku tidak ambil pusing, dia tidak pernah serius dalam berkata-kata. “Banyak lah kau punya tunggu, k la aku nak tidur dulu esok kita jumpa k, tapi sebelum tu kita nak jumpa kat mana ni?” aku mendapat kepastian daripada Johan. “Aku amik kau kat rumah jela, nanti kita bincang nak pegi mana boleh?” pelawa Johan. “Eh, kau jangan nak mengada-ngada, tengok di jiran sebelah rumah aku apa pulak dieorang kata lagipun better kita pegi asing-asing jela, tak bagus berdua macam tu” aku menolak dengan baik tawaran Johan seriously aku tidak selesa keluar berdua dengan lelaki. “Aku kagum la dengan kau, kau betul-betul jaga sampai nak keluar dengan lelaki sebaik aku pun kau teragak-agak” aku mencebik mendegar kata-kata nya. “Yeke baik? Boleh percaya ke kau ni haha k la aku tidur dulu lah assalamualaikum” aku mengundur diri. “Haha ok waalaikumussalam” jawab Johan sambil diiringi gelak ketawa.

Keesokkan harinya, aku bertemu dengan Johan di Piramid Square, seperti mana yang telah dijanjikan. “Assalamualaikum” aku terdengar suara menyapa dari belakang. Setelah aku berpaling hampir terngaga aku melihat penampilan Johan yang begitu jauh berbeza, andai dulu Johan adalah seorang budak yang gempal dan agak comot. Kini telah berubah menjadi jejaka yang bekerjaya dan bentuk badan yang begitu menarik memang menjadi igauan setiap gadis, kecuali aku huhu. “Tutup sikit mulut kau tu, hensem sangat ke aku sampai salam aku pun tak terjawab tengok aku macam nak telan”. Johan tersenyum memandang aku. “Eh lupa plak waalaikumussalam wah kau Johan hampir tak perasan aku, macam mana kau boleh berubah hensem macam ni sekali” aku masih lagi dengan wajah terkejut. “Ooo.. dulu kira tak hensem la ya?” Johan mencebik. “Haha takde la just kurang sikit jer, eh jom lah kata nak belanja aku makan, aku dah lapar ni” aku mengorak langkah. “Kau ni baru jumpa aku dah ingat makan mentang-mentang dulu aku gemuk” Johan bersuara. “Eh takde lah kau ni ada-ada jela, ok sekarang kau nak pegi mana aku ikut je ok?” aku mengekori Johan. Ketika kami sedang bergelak ketawa, tiba-tiba aku terserempak dengan Aizril dan Syima. Kelihatan mereka baru sahaja keluar dari pawagam. Amboi semenjak Syima pulang langsung tidak menhubungi aku tapi bagus lah sekurang-kurangnya hidup aku lagi tenang tanpa kehadirannya. Baru sahaja aku mengajak Johan menukar arah laluan tiba-tiba kedengaran suara Syima memanggil namaku. “Eh Encik Aizril, Syima kebetulan pulak” aku cuba berbasi-basi walaupun pada hakikatnya aku yang terlebih dahulu menyedari. Aku memperkenalkan Johan kepada mereka berdua. Pandangan Aizril pada aku benar-benar sinis namun dia tetap menghulurkan salam kepada Johan. “Nice to meet u, u all berdua dari mana?” Aizril bersuara. “Kami baru saja sampai dan belum tahu hala tuju” balas Johan sambil tersenyum memandangku. Aku membalasnya dengan senyuman yang pahit. “Jom lah join kitaorang, kita pergi makan” pelawa Syima. “Eh takpe-takpe, takkan kami nak ganggu u all berdua pulak, lagipun kami belum lapar ” aku menolak pelawaan Syima. “Erm,.. diorang nakkan privacy u jer yang tak faham” kedengaran suara serius Aizril sambil melepas pandang kea rah lain. Kelihatan seperti marah tapi kenapa, ah aku peduli apa. “Sori, lupa pulak ok lah enjoy urself ok, kitaorang mintak diri dulu” Syima menyilang tangan Aizril dan terus berlalu. Aku dan Johan berlalu, kami mendiamkan diri seketika. “Uiks, tetiba senyap tadi bukan main macam mulut murai” Johan menyiku aku. “Eh, takde papelah aku tengah duk pikir ke mana nak pegi ni kau pun satu bagi lah idea” aku cuba menangkis kata-kata Johan. Tiba-tiba aku menerima satu sms “Lia, sape lelaki tu? Nak ke mana? Langsung tak bagi tau kan, nape tak bagi tahu nak keluar boleh Ril temankan, balik cepat tau ;-(” siapa lagi kalau bukan si Aizril , apa pulak alasannya tiba-tiba aku nak kena bagitau kemana aku nak pergi ntah la tak faham aku, aku membiarkan sms tersebut tanpa membalas. Setelah puas berjalan tepat pukul 4 petang aku meminta diri. Kami bercadang untuk membuat temu janji lagi tapi ntah lah sekadar merancang. Ketika sedang memandu pulang tiba-tiba kedengaran telefon bimbit ku berbunyi dan dengan tegesa-gesa aku melihat pemanggilnya. Huh! Aizril lagi apa la yang dia nak. “Assalamualaikum” aku memulakan bicara. “Em waalaikumussalam, ada kat mana?” itu soalan pertama daripada mulutnya.”Ontheway pulang ke rumah kenapa ya Encik Aizril?” aku menjelaskan kepadanya. “Daripada pagi tadi Lia keluar dengan lelaki tu sekarang baru balik?” Aizril mendengus. “Err.. so, kenapa ya Encik Aizril?” aku bertanya dengan nada yang agak tidak puas hati. “Emm.. xde pape lah,..” terdengar suara sayu Aizril dan dia terus menamatkan talian. “Eh stop macam tu jer, kurang asam betul” aku mengomel sendiri. Setelah itu aku menerima satu lagi sms, ‘hati-hati, take care’ siapa lagi daripada Aizril semestinya huh!

Setelah 6 bulan berlalu, tempoh kontrak pekerjaan aku di Syarikat En. Faizal telah pun tamat. Aku sangkakan tempoh aku bekerja di sana akan dipanjangkan lagi namun sebaliknya yang terjadi kerana menurut En. Faizal aku ditugaskan ke syarikat lain yang merupakan rakan kongsi Syarikat En. Faizal. Apa boleh buat barangkali perkhidmatan aku tidak begitu memuaskan sehingga aku ditugaskan ke syarikat lain. “Mulai bulan depan awak akan ditugaskan ke syarikat Aizril” bagai batu menghempap kepala bila En. Faizal menyatakan ayat itu. “Har? Tapi kenapa saya ditugaskan ke sana, saya minta maaf seandainya ada kekurangan pada perkhidmatan saya dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala tunjuk ajar encik selama ini” aku menunduk menutup keresahan di hati. “Awak jangan salah anggap di atas pertukaran awak itu, awak pekerja yang berpotensi Cuma saya mahu awak akan didedahkan dengan kemahiran baru sepanjang awak berada di sana nanti” jelas En. Faizal. “Ooo.. erm apa-apa pun terima kasih sekali lagi, Insyaallah saya akan cuba melakukan yang terbaik” aku cuba menerima segala-galanya dengan seadanya walaupun berat di hati untuk menerima suasana kerja di tempat baru apatah lagi behadapan dengan si Aizril haru-haru.

Esok merupakan hari pertama aku bekerja di syarikat Aizril. Aku mula membayangkan bagaimana hari-hari yang akan aku lalui andai setiap hari aku perlu mengadapnya arghhh!. “Lia, apsal kau ni termenung jer aku tengok ada problem ker? Ni tak lain tak bukan pasal Aizril la tu” tegur Nadia. “Kau ni memang kawan yang bagus la memahami betul tau-tau jer apa yang aku pikir ek” aku membalas sambil melempar kan sebiji bantal yang berada di tangan aku. “Of course ler, harap aku tak jadi tukang tilik jer, aku tau sangat apa yang ada dalam kepala kau tu tak payah nak kelentong coz dari dulu memang itu jer problem kau benda yang sama ye tak” Nadia menyambut bantal sambil mencebik. “Pandai-pandai je kau ni takde lah” pandangan aku tidak lepas daripada televisyen walaupun hanyalah dengan pandangan yang kosong. “Dah la kau jangan lah pikirkan sangat pasal tu, just go throught your life, niat kau hanya nak bekerja kan, jangan tukar niat dah ler” kata-kata Nadia benar-benar buat aku tidak senang hati. “Eh, tak sayang mulut kau kan suka hati jer! Dah la aku nak tidur” aku menjeling Nadia dengan pandangan yang geram. “Ai, tak sabar Nampak nak jumpa bos baru” gelak Nadia. “Arghh!” dengan tindakan drastik jari aku mencubit pehanya. “Aduh Lia..” berkerut wajahnya menahan sengatan berbisa aku. ‘padan muka!’.

Pagi itu aku bertolak awal ke pejabat baru, berdebar-debar jangan cakap la dada aku hampir nak meletup. Aku cuba beristifar dalam hati untuk menenangkan hati. Sesampai di sana, aku sangkakan aku paling awal tetapi hakikatnya “assalamualaikum, hai Lia” suara garau menyapa aku dari belakang. “Waalaikumussalam” aku tersentak sambil mengurut dada. ‘Terkejut aku’. “Awal En. Aizril datang, saya ingat saya paling awal.” Aku berlagak seperti biasa. “Ermm biasanya memang saya paling lewat tapi hari ni oleh kerana hari yang paling istimewa saya sanggup bangun awal, tak sabar nak datang kerja, tidur pun tak lena tau” aik macam tu pulak. “Apa yang special sangat tu En. Aizril sampai nak tidur pun lena” aku membalas sambil membetulkan handbag aku. “Adalah, jomlah masuk dulu, welcome to our company dear” pulak dah taraf VIP punya cuma takde karpet merah je kalau tak confirm aku dah blah lain macam jer ni. “I nak tunjukkan tempat baru u, jom” dia berjalan mendahului aku. ‘Erm boleh tahan besar jugak macam best jer huhu’. “Sila duduk my princess” sambil menarik kerusi aku. “Eh, jangan macam ni En. Aizril naik segan pulak saya” aku tersipu-sipu. “Anything for u” kata Aizril sambil tersenyum.

continued...
by
cnsy@roz

No comments:

Post a Comment