Saturday, December 29, 2012

Antara Cinta & Persahabatan 10..

Aizril membalikkan tubuh ke kiri dan ke kanan,.. 'Kenapalah susah sangat nak melelapkan mata ni..' semenjak beberapa hari ni,. hidupnya agak sedikit tidak tentu arah, hanya dia sahaja yang tahu apa penyebabnya. Aizril segera bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat tahajjud.. hanya itu yang dapat memberi ketenangan kepadanya,.. salah satu doa yang tidak pernah ditinggalkan adalah untuk memiliki  Alia,.. dia memohon kepada Allah s.w.t supaya membuka pintu hati Alia untuk menerimanya suatu hari nanti,.. hanya itulah harapannya,..


Setelah mendapat cuti, malam itu Alia terus membuat persiapan untuk pulang ke kampung, cadangnya pagi-pagi lagi dia hendak bertolak ke stesen bas, harap-harap tiket masih ada lagi memandangkan sekarang bukanlah musim cuti. Walaupun belum mengantuk, Alia memaksa diri memejamkan mata, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk, setelah melihat nama si pemanggil yang tertera, dia kembali memejamkan mata, siapa lagi kalau bukan si Aizril merangkap big boss nya. ‘Ntah apa lagi yang dia nak takkan lepas waktu kerja pun still nak ganggu aku.’
            Setelah mengunci pintu, Alia membimbit beg pakaiannya ke luar rumah dan ketika dia hendak mengunci pintu pagar tiba-tiba sebuah kereta yang cukup dikenalinya tersadai elok di hadapan rumahnya. ‘Ya, Allah bilalah agaknya dia ni nak berhenti mengganggu hidup aku agaknya.’ Aizril keluar daripada keretanya dan menuju kearah Alia. “Alia, kenapa awak tak angkat col saya semalam?” Aizril memulakan bicara dan kelihatan kerutan di dahi menunjukkan perasaan tidak puas hati. “Saya dah tidur encik, saya penat sangat semalam tak sedar langsung, kenapa encik col saya yer?” Alia menjawab dengan tenang. 

“Kalau yer pun bila dah bangun tidur awak boleh col saya balikkan sampai betul hati awak buat saya tertunggu-tunggu” Aizril berwajah murung. “Ermm,.. maaflah encik, tapi isunya sekarang kenapa yer encik col saya, saya nak cepat ni, takut terlambat, tiket pun tak beli lagi, lagipun cuti saya bukannya lama sangat pun kan” Alia berterus-terang. “Tak payah susah-susah nak cari tiket, jom saya hantar awak, cepat masuk dalam kereta” arah Aizril. 

“Maaf encik, saya dah lama bersabar dengan encik, kalau kat ofis encik boleh arah-arah saya tapi kat luar ofis saya minta maaf, saya pun ada pendirian saya sendiri” Alia menyuarakan perasaan tidak puas hatinya sambil menggalas beg pakaiannya dan berlalu pergi. “Alia, tunggu!, Aliaaaa!” jerit Aizril. Oleh kerana jiran sebelah rumahnya kelihatan terjenguk-jenguk dari dalam, Alia sudah tidak sedap hati, dia dalam keadaan terpaksa berpatah balik kea rah Aizril. “Kenapa dengan encik ni, encik nak apa sebenarnya, boleh tak kalau encik bagi saya hidup tenang sikit” Alia meninggikan suaranya. “Saya ajak awak baik-baik, awak jual mahal, kan senang kalau awak ikut jer saya” Aizril bersuara lembut.

 “Kita tidak ada apa-apa pertalian encik, encik faham tak, tak elok saya ikut encik, tak manis, apa lagi dalam perjalanan yang jauh. Saya tahu encik baik, tapi macam-macam boleh jadi, saya harap encik faham, sampai kat kampung nanti, orang-orang kampung lihat ntah apa dieorang kata, tu kampung encik bukan bandar” Alia menyuarakan kebenaran.

“Kalau macam tu, awak bagi nombor telefon mak ayah awak, saya nak mintak izin, Insyaallah niat saya baik, saya bukan main-main, saya serius” pinta Aizril bersungguh-sungguh.

Alia menggaru-garu kepala, dia sudah buntu memikirkan jalan penyelesaian, dia terlalu faham dengan sikap Aizril yang agak kepala batu, selagi apa yang diinginkan belum tercapai jangan harap dia akan mengalah. Akhirnya Alia memberikan telefon bimbitnya kepada Aizril, dia tahu selepas ini pasti jiran-jiran sebelah rumahnya akan mula membawa mulut. ‘Harap-harap ayah tak izinkan’ Alia berkata di dalam hati. Alia tidak sedap hati ntah apa yang dibualkan oleh Aizril dengan ayahnya, kelihatan senyum yang tidak lekang dari bibir si Aizril. ‘Ntah apa yang dibualkan, takkan tak boleh cakap depan aku, siap berbisik tak nak bagi aku dengar, ntah apa-apa lah dia ni’ Alia mengerutkan muka. 

“Ok, dah settle, jom” Aizril membukakan pintu kepada Alia. Alia agak kebingungan, kenapa ayahnya begitu senang memberikan keizinan, sedangkan dia tahu ayahnya begitu memandang berat terhadap perkara-perkara sebegini. “Awak cakap apa dengan ayah saya?” Alia terus menyuarakan persoalan yang bermain di fikirannya. “Rahsia, pasal lelaki” Aizril menjawab tenang dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. 

Setelah beberapa jam perjalanan akhirnya sampai jua ke destinasi. Tidak banyak topik yang dibicarakan, Alia sememangnya tiada mood untuk bebual segala-galanya bagaikan terpaksa. “Assalamualaikum” Alia memberi salam setelah menuruni kereta dan diikuti Aizril. “Waalaikumussalam, eh Alia dah sampai pun, masuk-masuk ajak kawan tu sekali” pelawa ibu Alia. “Erm.. ayah mana mak?” tanya Alia. “Ayah kau tu bukannya boleh duk umah tanpa buat apa-apa, ada jer kerja yang dicarinya” kata ibu Alia, sambil berlalu ke dapur.

“Encik duduklah, saya ke dapur sekejap” kata Alia sambil tersenyum. “Ok dear” jawab Aizril sambil mengenyitkan matanya dan senyuman Alia terus mati dek kerana terkejut.’ Suka hati kau lah Aizril ’ Alia memalingkan muka dan terus berlalu.
“Mak dan ayah sihat?” Alia bertanyakan khabar sambil matanya melilau melihat keindahan kampungnya melalui tingkap dapur. “Alhamdulillah mak setakat ni sihat, Cuma ayah kau tu asyik lenguh-lenguh badan” keluh ibu Alia.

 “Ayah ni degil betul, sakit-sakit pun kerja jugak kan Alia dah pesan banyak kali” ngomel Alia. “Kau bukannya tak faham perangai ayah kau tu, ni mak nak tanya kau dengan kawan kau tu ape ke namenya tadi mak dah lupa” ibu Alia mengaru-garu kepala. “Aizril mak, kenapa?” jawab Alia sambil tersenyum.

“Susah beno nak sebutnye, kau dengan dia ada apa-apa ke? Balik berdua pulak tu, mak sebenarnya tak gemar, bahaya anak dara balik dengan anak teruna berdua macam tu, macam-macam boleh jadi” ngomel ibu Alia.

“Eh, mak ni nak salahkan Alia pulak, Aizril dah telefon ayah mintak izin, yang ayah izinkan tu kenapa” Alia memuncungkan mulut. “Eh, yeke? Mak tak tahu pun” ibu Alia mengerutkan wajahnya. ‘Biar betul Aizril ni, takkan dia menipu aku kot’ Alia dengan segera behadapan dengan Aizril. “Saya nak tanya ni, betul ke awak dah minta izin daripada ayah saya tadi?” Alia terus mengutarakan persoalannya kepada Aizril. “Yela, saya dah cakap sendiri dengan ayah awak, kenapa?” tanya Aizril pelik. “Saya pelik jugak sebab mak saya tak tahu menahu pun, dia terkejut saya balik berdua dengan awak” jawab Alia tenang sambil  menyandar pada sofa.

Tidak lama selepas itu, kedengaran suara ayahnya memberi salam. Alia dan Aizril menjawab dan sama-sama bangun daripada sofa. Alia sudah tidak sedap hati, takut kata-kata Aizril tu bohong belaka, masaklah dia kali ni, dia memang sudah tahu dengan baran ayahnya, tapi baran yang bertempat.

“Jemputlah duduk, dah lama sampai?” ramah ayah Alia bertanya pada Aizril. “Takde lah lama sangat ayah, eh maaf pakcik” Aizril tersasul dan nampak wajahnya telah bertukar kemerahan, mungkin menahan malu. Alia pula agak terkejut dan menahan gelak. “ Erm, pakcik daripada mana? “ Aizril cuba mengawal keadaan dan berlagak tenang. “Pakcik daripada kebun belakang sana, pegi menebas apa yang patut, dah lama terbiar, saying jugak” jawab ayah Alia sambil duduk di sofa.

“Kamu duduklah dulu, pakcik nak pergi mandi sekejap, badan pun dah melekit, har Alia bagi kain tuala dan kain sarung kat Aizril, pergilah kamu mandi, dah nak masuk waktu zohor ni, bolehlah kita berjemaah kat surau nanti” kata ayah Alia dan berlalu ke bilik. Wajah Aizril yang macam ayam berak kapur, mungkin takut disuruh jadi imam agaknya. ‘Haha rasakan kau Aizril, nak ikut lagi aku balik kampung, tapi kenapa ayah tak kata apa-apa. Senangnya ayahnya menerima kehadiran si Aizril’ Alia bermonolog sendirian.

Petang itu, Aizril masih lagi tiada tanda-tanda untuk pulang. ‘Pelik, si Aizril memang tak masuk kerja terus ke hari ini?’ Alia tertanya-tanya di dalam hati. Aizril kelihatan rancak berbual dengan ayahnya, ntah apa yang menggembirakan pun tak tahu, kelihatan ayahnya tidak lekang dengan senyuman. ‘Haish, hairan betul aku, apa yang dah jadi ni’ Alia menggaru-garu kan kepalanya yang tidak gatal. “Har, Alia pergi hantar Aizril ke pintu, dia dah nak balik tu” arah ayahnya. ‘Haikk, siap suruh aku hantar si Aizril ni lagi, apa kena dengan ayah ni, dah buang tabiat agaknya’.

“Awak cakap apa dengan ayah saya har? Senangnya dia terima kadatangan awak, apa dah jadi ni, hairan betul saya” Alia bertanya kepada Aizril untuk menjawab segala persoalan yang melanda. “Hmm,.. tengok oranglah, awak jangan pandang saya sebelah mata, ayah awak tu dah berkenan dengan saya, awak jer yang susah sangat nak terima saya tu kenapa?”kata Aizril sambil tersenyum sumbing. “Awak jangan nak macam-macam, jangan nak bagi harapan palsu pada mak ayah saya, ingat sikit awak tu dah bertunang sila sedar kedudukan awak” Alia memasamkan muka. ‘Pantang betul orang main-main kan aku, apa lagi melibatkan keluarga’.

“Ermm dah la awak saya balik dulu, tak nak bagi pesanan apa-apa ke? Hati-hati ke apa ke?” Aizril menjungkit keningnya.  “Dah la encik Aizril, selamat pulang yer, terima kasih sudi hantarkan saya” Alia menghadiahkan senyuman pahit. “Anything for you dear, jangan lama sangat bercuti nanti saya rindu” kata Aizril sambil menghadiahkan senyuman manis.

Malam itu, Alia sukar memejamkan mata. ‘Kenapa dengan Aizril? Apa yang dia nak sebenarnya?’ Alia sudah merasa bersalah dengan Syima, kalaulah dia tahu perangai sebenar Aizril mesti dia kecewa. ‘Aku tak boleh biarkan ini terjadi, aku mesti lakukan sesuatu’ tekad Alia.

Setelah seminggu bercuti, Alia sudah bersiap-siap untuk kembali semula bekerja. Sesampai di depan pintu lif, baru sahaja dia ingin melangkah masuk, kelihatan pasangan yang cukup dikenali keluar daripada lif, siapa lagi kalau bukan si Aizril dan Syima. “Eh, Alia, lama tak jumpa, come join us, kitaorang nak pergi breakfast” ajak Syima. “Eh, takpe lah Syima, saya baru jer makan tadi, just enjoy your breakfast, silakan” Alia menolak dengan baik pelawaan Syima. Kelihatan Aizril yang agak gelisah disisi Syima, langsung tidak menegurku. ‘Dasar lelaki betul aishh’.

Petang itu, encik Faizal menghubungiku, bertanyakan status projek yang aku dan Aizril usahakan, katanya dia tidak dapat menghubungi Aizril. ‘Kalau yer pun sibuk sangat berdating, janganlah campur adukkan hal peribadi dengan hal kerja, tak professional langsung’ ngomel Alia di dalam hati. Hari itu, dia benar-benar tidak ada mood untuk bekerja, apa tidaknya bila big boss takde semua kerja jadi tertangguh, nak minta kelulusan dan cadangan pun payah.  Tidak lama kemudian, big boss yang disegani melintas di depan mejanya dan sekaligus memberi arahan. “Alia, masuk bilik saya sekejap” arah Aizril. “Ya, encik” Alia akur dan terus menuju ke bilik Aizril walaupun dengan hati yang membengkak.

“Alia, saya nak awak sediakan latest report for our project improvement” arah Aizril dengan tegas. “Ops, satu lagi, saya nak mintak awak kerja overtime sikit hari ni, ikut saya jumpa En. Faizal petang ni” satu lagi arahan yang membuatkan aku penat tiba-tiba.

Petang itu, ALia bertungkus-lumus menyiapkan kerja seperti mana yang diarahkan. Walaupun dengan penuh persoalan di hati kerana perubahan mendadak sikap Aizril. ‘Biarlah, bagus jugak aman sikit hidup aku lepas ni, tak payah piker apa-apa, just proceed dengan aku punye keje sudah’ Alia mengomel sendirian.

“Dah siap?” tanya Aizril. “Yer encik, rasanya dah cukup semua yang encik nak” Alia memandang wajah suram Aizril. “Jom, kita bertolak sekarang” Aizril mendahului langkah.

Setelah beberapa bulan berlalu, sikap Aizril masih bersikap formal seperti sebelum ini tidak pernah ada apa-apa yang terjadi antara kami. Tipu kalau dalam hati tak rasa apa-apa, rasa kehilangan pun ada, tapi ini yang sepatutnya terjadi, aku pun tak payah nak berat memikirkan jalan penyelesaian. Alia redha dengan apa yang terjadi dan tidak memberi sebarang harapan lagi pada Aizril dan niatnya hanya ingin menumpukan sepenuh perhatian pada kerja. Alia tidaklah begitu gusar kerana ibu bapanya sendiri hanya berdiam diri langsung tidak bertanyakan tentang hubungannya dengan Aizril. Segala-galanya begitu mudah baginya.

Petang itu, ketika Alia sedang kusyuk menonton televisyen, dia menerima panggilan daripada ibunya. “Assalamualaikum mak?” Alia agak hairan baru sahaja semalam dia bersembang lama dengan ibunya. “Ya, waalaikumussalam, Alia mak nak beritahu kamu sesuatu ni” kata-kata ibunya mengundang rasa pelik di hati Alia. 



Continued

Cnsyaroz

No comments:

Post a Comment