Wednesday, March 28, 2012

Lafaz yang tersimpan..

Hari ini aku berpeluang balik awl dari biasa.. klu ikut hati nak keje sparuh hr tp memandangkn xde org nk tutup kilang, terpaksa lah ak kerja penuh dgn keadaan perut ak meragam.. xselesa btol rs nk berkerja.. tp akhirnya dpt jgk ak hbiskn kerja ak..


ptg2 mcm ni.. nk tdow pun xboley walaupun mata mngantuk teramat sngat.. duk baring2 smbil berkhayal.. teringat pulak.. lagu lafaz yg tersimpan.. smbil baring smbil dgr lagu tu.. ada kngan disebalik lagu tu.. teringat pulak kat insan yg tujukn lagu tu untk ak.. chat ker die.. moga2 bahagialah sentiasa..


bila diteliti lirik lagu tu.. ia adalah berkenaan dgn insan yg paling kita syg.. bnyak msg yg nk disampaikan.. kesimpulannya.. apa yg ak faham.. hargailah insan yg kita sayangi dan janganlah mensia2knnya... tunjukkan rasa kasih syg andai kita bnar2 mnyanyangi nya.. jangan kita menyesali di kemudian hari.. bila satu saat kita telah ditadirkan berpisah dgn nya.. hargailah peluang yg diberi sebaik mungkin... insan itu bukan saja hanya pasangn berkasih.. tp sesiapa sahaja org yg kita syg terutama Allah s.w.t,.. Rasulullah a.s.. ibu bapa dan jga adk brada saudara mara sesama islam..


.: LafaZ Yg TerSimPaN :.

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

No comments:

Post a Comment