Wednesday, January 30, 2013

::. Salam Maulidur Rasul .::

Malam ini hati rasa seakan sayu,.. rasa rindu,.. rasa kosong,..
Mungkin kerana aku masih jauh dari Allah s.w.t,...

bulan ini adalah bulan yang penuh bermakna bagi umat islam,..
yang mana bulan ini merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,..
bersamaan 12 rabiul awal,..
iaitu junjungan besar yg menjadi idola dan ikutan umat islam,..
Semulia-mulia insan dan merupakan kekasih Allah s.w.t,..
mungkin kita tidak mampu menjadi sesempurna itu,..
tapi kita perlu mencuba kerana itulah matlamat hidup kita,..

sukarnya untuk menjadi yang terbaik,..
namun kita harus sedar,
Tuhan itu maha pengampun lagi maha penyanyang,.
kasih sayang Allah s.w.t tidak berbelah bahagi kepada hambaNya,..

Nabi Muhammad s.a.w sendiri begitu menyanyangi umatnya,..
sehingga ke nafas terakhir baginda masih lagi menyebut ummati,.. ummati,..ummati,..
Ya Allah begitu mulianya insan ini disisiMu,..
Kami umat mu begitu merindui mu,..
alangkah indah andai kasih sayang kami sesama umat islam setinggi nilai kasih sayangmu,..
Terima kasih kerana perjuanganmu menegakkan Agama Islam,..
sehingga kami berkesempatan mengenalinya, mendalaminya,..
hidup dalam nikmat iman dan islam,..

Ya Allah aku bersyukur,..
berikanlah kami kekuatan hidup dan tetapkan pendirian kami untuk terus mengejar rahmatMu,..
bimbinglah semua org yg aku sayang,..
agar sentiasa berada disisiMu,..
peliharalah hati kami agar tidak terdorong untuk melakukan kemungkaran,..
kerana kemungkaranMu adalah sesuatu paling kami takuti,.
peliharakanlah iman kami Ya Allah,..


Hanya padaMu kami berserah,..
Hanya padaMu kami meminta,..
Hanya padaMu kami berharap..
Bimbinglah kami ke arah kebaikan,..

Sesungguhnya matlamat kami adalah untuk menjadi umat Nabi Muhammad yang sebenar,,.
dan menjadi hambaMu yg sentiasa dirahmati,..

Kami Cinta padaMu Ya Allah,..
Kami juga sayang padamu kekasih Allah,..
Nabi Muhammad s.a.w....








No comments:

Post a Comment