Thursday, September 20, 2012

Jangan sesali..

Sekadar renungan bersama..


Kadangkala kita terlupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah s.w.t yang hidup di muka bumi ini, terleka dengan kemewahan dan kenikmatan di dunia.. terlupa batas-batas yang telah si syariatkan dalam islam.. sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia kadang kala terleka dan lalai, oleh kerana itu, Tuhan telah menurunkan Al-Quran yang mana menjadi panduan kita umat islam supaya tidak tergelincir dari hakikat hidup yang sebenar..

muhasabah dirilah kita setiap hari,.. merenung kembali kehidupan kita sebelum ini.. andai ada tersalah memilih jalan maka perbetulkanlah dan andai telah berada di jalan yang benar maka tingkatkanlah keimanan kita sehari-hari moga-moga kita digolongkan dalam golongan yang dirahmati.. sesungguhnya itulah harapan kita...

selagi mata belum terpejam.. moga-moga amalan di dunia dapat ditingkatkan untuk bekalan hari akhirat... kadangkala walau dugaan datang melanda, saat itu kita bersedih hati dan menyesali diri... ingatlah Allah yang sentiasa ada untuk mendengar luahan hati kita... Tuhan menyanyangi diri kita kerana dia mahu kita sentiasa bersamanya

Janganlah kita terlalu mengejar sesuatu yang masih belum tentu menjadi milik kita.. kerana tidak ada sesuatu pun di dunia ini adalah milik kita segala-galanya adalah pinjaman sementara... andai di hati masih beharap untuk memilikinya maka berdoalah agar dipermudahkan jalan untuk mendapatkannya walaupun ianya sementara, sekurang-kurangnya kita masih mampu merasainya,...

terima lah segala hakikat yang telah ditakdirkan Allah, sesungguhnya ia adalah jalan yang terbaik untuk kita,.. kerana perancangan Allah adalah diluar kemampuan kita sebagai hamba... berusaha, redha dan tawakkal... itulah ciri-ciri umat yang soleh..

sama-samalah kita memperbaiki diri... renung-renungkanlah... untuk peringatan kita semua... begitu juga dengan diriku...

::.khas untuk insan-insan tersayang .::


wassalam.... by cnsyaroz

No comments:

Post a Comment