Sunday, November 27, 2011

27 November 2011

Awak..
Adakah awak tahu sejauh mana ingatan saya pada awak..
Awak tidak perlu mengharap menjadi orang yang terpenting dalam hidup saya..
Kerana tempat itu telah tersedia untuk awak dari dulu..
Kadang-kadang ketika kita terlalu rapat..
Saya jadi takut untuk lalui saat saya kehilangan awak..
Kerana saya pasti saat itu pasti terjadi..
Jangan awak salah sangka andai satu saat saya menjauhkan diri..
Itu bukan bermakna saya berubah..
Tapi saya memberi ruang untuk awak bahagia..
Dan mengajar diri saya berdikari untuk hidup tanpa awak..
Kerana saya pasti itu yang terbaik..
Saya merayu pada awak hiduplah dengan bahagia..


Kerana itu yang saya harapkan..
Ketika awak bersedih dan terluka..
Saya lebih merasainya..
Andai saya tidak mampu mengubati dan memberi penawarnya..
Tahukan awak betapa rasa bersalah menghimpit diri..
Andai dirimu menitiskan air mata..
Ingatlah bahawa bukan titisan air mata itu saja yang mengalir..
Awak tidak perlu menguji sejauh mana kejujuran persahabatan kita..
Cukuplah dengan apa yang kita lalui..
Saya tidak mahu meminta apalagi menyusahkan awak..
Saya hanya mampu berdoa untuk kebahagian awak dari jauh..
Walaupun awak tidak dapat melihatnya..
Dan mungkin bagimu itu tetap tidak dapat membukti kejujuran persahabatanku..
Tapi tidak mengapa kerana aku tidak terlalu mengharap..
Cukuplah Tuhan sahaja yang tahu..
Sejauh mana hati aku menyanyangi mu..
Andai persahabatan ini diredhai Allah dan sentiasa berada dilandasan Nya,..
Aku pasti suatu hari kau akan menyedarinya.. ;-(

~ .:: CNSyaRoz88 ::. ~

No comments:

Post a Comment