Tuesday, April 3, 2012

Angan2 nak jd novelis... haha

Konon2 nak jadi novelis.. huhu tp tak salah cipta impian skurg2nya ada cita2 walaupun ianya belum tntu jd knyataan ye x..

Ce try baca n bg komen.. just tuk yg taw i pnye blog jer huhu.. ;-)

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN 1...

Setelah lama berlalu, saat itu masih berlegar-legar diruang fikiran, mana mungkin aku dapat melupakan saat dimana aku dibuang dan maruah aku direndah-rendahkan hanya kerana aku menegakkan kebenaran dan membela nasib sahabat karib yang paling aku sayang. Niat murni aku disalah anggap, mulai hari itu aku telah tekad untuk menjauhkan diri. Aku hanya mampu berdoa semoga engkau bahagia, lupakanlah segala kenangan antara kita. Sesunguhnya engkau sendiri yang memilih cinta daripada persahabatan.

Petang itu selepas kuliah berakhir, aku terus ke bandar seperti mana yang telah dirancangkan. Sedang aku membelek-belek helaian buku rujukan di salah sebuah kedai buku, aku terlihat kelibat seorang wanita yang benar-benar aku kenali bersama seorang lelaki yang aku tidak pasti siapakan gerangannya. Begitu mesra pasangan itu, dari pandangan aku ianya bukanlah hubungan biasa kerana kemesraan yang ditonjolkan tidak lebih seperti pasangan kekasih. Aku benar-benar terkilan sanggup perempuan itu mempermainkan sahabat karibku Aizril kerana selama ini seperti mana yang diceritakan Aizril, mereka adalah pasangan kekasih dan setahu aku tiada salah faham yang wujud antara mereka, mana mungkin mereka berpisah. Aku seolah-olah dapat menghafal setiap kisah percintaan mereka kerana setiap hari aku pasti akan ditadahkan dengan cerita mereka berdua. Tumpuan aku terganggu, dalam fikiran aku saat ini, hanyalah pasangan itu. Perlukah aku memberitahu Aizril mengenainya, aku rasa tidak perlu buat masa ini. Aku terus berlalu, aku mengambil keputusan untuk mendiamkannya dahulu. Aku berfikiran positif mungkin lelaki itu saudaranya, ya aku pasti itu. Sedang aku mengelamun, telefon bimbitku aku berbunyi terus mematikan lamunanku, tertera nama AIZRIL di skrin, aku teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Setelah hampir beberapa minit baru lah aku menekan butang hijau pada telefon bimbitku. “Assalamualaikum” aku memulakan bicara. “Ya, waalaikumussalam, awak kat mana ni, saya cari awak tempat biasa” Tanya Aizril. “Err.. err.. saya kat Bandar cari barang sikit, kenapa awak cari saya?” ada getaran pada suara aku, aku cuba menyembunyikan kegusaran dihati aku. “Kenapa awak tak bagitahu saya, kalau tak boleh saya temankan awak” jawab Aizril. “Eh tak payahlah kan hari ni hari minggu, biasa awak keluar dengan Hani kan, saya tak nak ganggu awak ” aku cuba memancing Aizril, untuk mengetahui perkara sebenar. “Erm.. takder la, hari ni Hani sibuk, katanya ada discussion dengan housemate die” kata Aizril. Aku mula rasa tidak sedap hati, jawapan itu tidak seperti mana yang aku harapkan. “Erm.. tak apa la awak, saya nak balik kolej ni, nanti tertinggal van pulak” aku menamatkan perbualan.
Aku sangkakan itu hari terakhir aku melihat kecurangan Hani terhadap Airil, tetapi ianya berlanjutan. Aku telah membuat keputusan untuk memberi tahu Aizril perkara sebenar. Petang itu aku membuat temu janji dengan Aizril ditempat biasa kami berbual. “Hah!!” sergah Aizril benar-benar memeranjatkan aku. “Awak ni, tak reti nak bagi salam ke???” aku menyuarakan perasaan tidak puas hati. “yela-yela, assalamualaikum” balas Aizril. “Aku benar-benar dalam dilema, bagai ditelan mati bapak diluah mati emak” aku mengumpul kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar. “Erm Aizril, saya nak beritahu awak satu benda, tapi awak jangan salah faham..” aku memulakan bicara. “Apa dia?? Macam serious jer bunyinya..” tingkah Aizril. “Saya dah beberapa kali terserempak dengan Hani dengan seorang lelaki, mesranya lain macam. Awak dengan dia ada problem ker sekarang ni?? ” aku bertanya kepada Aizril. Aku melihat perubahan pada wajahnya, “Eh, tak ada lah kitaorang ok jer setakat ni” serta merta aku melihat perubahan pada moodnya. “Em awak takde selidik ke dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia berkawan, saya bukannya apa saya takut dia mempermainkan perasaan awak. Saya tahu awak begitu sayangkan dia” aku meneruskan bicara.. Aizril mendiamkan diri, muka nya menjadi merah padam mungkin dia tidak dapat menerima hakikat kecurangan Hani. “Seriously, saya dah tak sanggup melihat mereka berdua bermesra di belakang awak sedangkan awak sepenuh hati mempercayainya” aku meluahkan segala kegusaran di hati yang telah selama ini aku pendamkan. “Cukup!!! Aku dah tak nak dengar lagi, aku percayakan Hani. Jangan kau cuba merosakkan kepercayaan aku pada dia. Maybe kau cemburu melihat kebahagiaan kami, jangan desperate sangat la. Kau ada hati kat aku ke sampai sanggup memburuk-burukkan Hani. Terima kasih atas segalanya. Aku benar-benar kecewa dengan kau” Aizril meninggikan suara, sebelum ini dia tidak pernah bersikap sebegini dengan aku. Tapi apabila soal hani diutarakan, die terus meradang dan kata-katanya yang pasti menghiris hati aku. Aku benar-benar terkilan. Setiap apa yang diutarakan ditolak mentah-mentah malahan maruah aku diperkotak katikkan. Persahabatan kami bagai tiada makna, dengan sekelip mata musnah. Betapa rendahnya nilai persahabatan kami pada dirinya.

Bermula dari hari itu, aku mula menjauhkan diri tapi itu tidak bermaksud aku mengiakan setiap kata-kata Airil tempoh hari. Aku hanya nak mulakan hidup aku, hanya hidup aku. Aku dah penat untuk mengambil tahu kehidupan orang lain, sudah sampai masa aku memikirkan kehidupan aku sendiri. Semenjak hari itu, kami tidak lagi berhubung seperti mana selalu. Pernah juga sekali sekala kami ditakdirkan bertembung, tapi aku akan berpura-pura seolah-olah tidak sedar kehadiran nya. Aku sedar dalam masa yang sama ada renungan mata yang tepat ke arah aku, tapi entahlah baru aku sedar sebenarnya aku memang mempunyai ego yang tinggi. Berpadananlah setiap kata-kata dan tohmahan yang dilemparkan pada aku mana mungkin aku melupakannya.
Kini telah tiba hari yang ditunggu-tunggu, peperiksaan akhir semester yang akan aku tempuhi untuk kali yang terakhir sepanjang aku menuntut di sini. “Lia!Lia! Alia!” tercunggap-cunggap Nadia berlari ke arah ku. “ya saya Cik Nadia, yang kau berlari macam kena kejar dek hantu ni apasal?” aku meluahkan rasa tidak puas hati aku. Kalau ye pun, agak-agak la sampai semua orang tengok, tak malu ke minah ni. “Alah relax r, aku just nak bagitau kau malam esok ada perjumpaan kelab kaunseling, baru tadi aku dapat tahu aku ada terbaca kat board” bersungguh-sungguh Nadia memberitahuku. “Ah, malas la, tengah-tengah nak exam camni pun buat meeting jugak, kau pegi jela, aku malas la” sebenarnya aku tidak sedap hati, kalau aku hadiri perjumpaan tu sudah pasti aku terpaksa menghadap muka Airil kerana die adalah pengerusi kelab tersebut. Sesungguhnya aku tidak kuat untuk menghadapinya, walaupun pada hakikatnya bukan aku yang bersalah dalam krisis yang terjadi antara kami.

Malam itu sedang aku bermalas-malasan di katil, tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi nombor yang aku tidak kenali tertera di skrin, aku dengan teragak-agak mengangkat panggilan tersebut. “Hello, siapa di sana?” aku menjawab panggilan tersebut. “Emm ini Alia ker?” terdengar suara si pemanggil. “Ya saya, erm ada apa ya?” aku dah mula rasa tidak sedap hati formal semacam jer, ntah apa yang dia nak. “Takde, saya just nak bagitahu malam ni ada perjumpaan kelab kaunseling, sila hadirkan diri ya” jawab si pemanggil. “Erkk..erk.. nak kena hadirkan diri jugak ker? Tapi saya ada hal malam ni, kalau boleh saya nak mintak excuse boleh” aku mula berbasi-basi, sesungguhnya aku memang tak ada hati nak pergi. “Tak ada sebarang alasan ok, malam ni pukul 9 malam di bilik kaunseling, assalamualaikum” dia menamatkan perbualan kami. “Mak ai macam tu jer nak main arah-arah aku dan satu lagi sampai call aku suruh pergi macam la aku special sangat, dah ler tak ada pegang sebarang jawatan” aku meluahkan rasa tidak puas hati, tapi kan macam pelik jer ntah-ntah si Aizril punya angkara. Aku mula bertanggapan, ah dah la dia memang langsung dah tak pedulikan kau Alia jangan nak perasan, dengan lemah longlai aku menggagahkan diri aku ke bilik mandi. Pada mulanya aku bertekad untuk tidak menghadirkan diri tapi setelah menerima panggilan tersebut aku jadi tidak sedap hati kerana takut akan tindakan tatatertib yang mungkin akan dikenakan ke atas aku.
Aku mengambil keputusan berjalan kaki ke perjumpaan tersebut, memandangkan jarak rumah sewa aku ke bangunan Hal Ehwal Pelajar tidaklah begitu jauh. Ketika dalam perjalanan, sebuah kereta berhenti dihadapan aku. Oleh kerana cuaca yang begitu malap, sukar untuk aku mengenal pasti kereta tersebut. Setelah tingkap dibuka, barulah aku perasan pemandu kereta tersebut siapa lagi kalau bukan si Aizril tetapi die tidak keseorangan, hampir penuh kereta dengan penumpang maklumlah orang famous mesti ramai kawan. Kawan-kawan Aizril mempelawa aku untuk menyertai mereka. Kelihatan Aizril mendiamkan diri, suasana begitu kekok untuk aku. “Jomlah Lia, Aizril ajak tumpang sekali, bahaya ni jalan sorang-sorang kat sini, kalau lelaki lainlah sikit tapi ni perempuan” terdengar suara lelaki di sebelah tempat pemandu. Ish macam mana pulak dia tahu nama aku dan lagaknya macam dah lama kenal jer. “Eh, tak apalah dah nak sampai pun kan, terima kasih ya tanpa memandang si pemandu” aku meneruskan perjalanan. Ah, lantaklah kau nak kata aku sombong or apa, tuan empunya kereta pun teragak-agak nak menumpangkan aku, orang lain pulak yang berlebih-lebih, aku malas nak berhutang budi, nanti dikatakan tak sedar diri pulak. Silap-silap hari bulan malam ini juga aku dibuang sebagai ahli kelab kerana meninbulkan masalah dengan si pengerusi, ah ada aku kisah, lagi bagus tak payah aku nak sakit kepala mengadap si Aizril tu. Aku mengomel sendiri. Tak sampai beberapa saat, kereta tersebut kembali semula dihadapanku. “Alia! Masuk!” tegas suara Aizril mengarah aku. Apa kena dengan mamat ni, tak pasal-pasal nak cari masalah dengan aku. Aku dah mula rasa tidak sedap hati mata-mata mula memandangkan aku, suasana sepi seketika. Aku dengan teragak-agak masuk ke dalam kereta, siapa tidak kenal sikap panas baran si Aizril. Buat seketika aku terasa seperti boneka yang sungguh dayus tidak berani menyuarakan rasa tidak puas hati, mungkin lain kali Aizril! Tidak malam ini, dan tidak dihadapan kawan-kawannya. Sekali lagi dia mempermalukan aku dan secara tidak langsung, perasaan benci mula menyelinap dalam hati aku, aku bertekad ini adalah malam terakhir aku berhadapan dengannya.

Sesampai di destinasi, aku mengucapkan terima kasih dan berlalu mendahului mereka. Aku langsung tidak menoleh ke belakang, ntah apa reaksi dieorang aku dah tak peduli. Perasaan tidak puas hati membengkak dalam hati aku. Aku rasakan hati aku seolah-olah nak pecah dek kerana sikap si Aizril. Kalau dulu kami adalah kawan karib tetapi tidak sekarang. Aku mengambil tempat yang agak terpinggir di belakang dah berhampiran pintu untuk memudahkan aku keluar setelah selesai perjumpaan tersebut. Aizril memulakan majlis dan mula berucap, ahli-ahli kelab begitu tekun mendegar segala ucapan yang disampaikan. Terus terang aku begitu kagum dengan kepimpinan yang ada pada Aizril yang langsung tidak kekok berhadapan dengan orang ramai. Itu lah salah satu daripada keistimewaannya. “Sampai disini sahaja perjumpaan kita hari ini, hopefully segala perancangan dapat dilakukan dengan terbaik dan masing-masing diharapkan mengambil peranan. Good Luck for ur exam. Assalamualaikum”. Airil menamatkan perjumpaan kami. Aku bergegas untuk keluar daripada bilik tersebut, dan tak semena-mena terdengar satu suara memanggil nama aku. “Lia! Tunggu dulu, saya ada hal sikit nak cakap dengan awak. Tolong tunggu sekejap” mata-mata mula memandang aku dengan penuh kehairanan, ntah apalah yang difikirkan oleh mereka.

Aku duduk kembali dengan perasaan sebal semata-mata untuk menjaga air mukanya. Setelah semua ahli kelab beransur pulang. Aizril menghampiriku dan menghadiahkan senyuman yang sukar untuk dimengertikan. Aku hanya memandang kosong tanpa membalas senyuman tersebut. “Jom saya hantar awak balik” Aizril memulakan bicara. “Ada apa awak nak cakap dengan saya?” aku membalas dengan suara yang tegas. Dia hanya tersenyum dan mendiamkan diri. Aku semakin sukar memahami sikapnya dan kalau boleh aku sudah tidak mahu berhubung dengannya lagi selagi tiada hal yang begitu penting antara kami. “Kalau tak ada apa-apa, saya pulang dulu” aku menukar arah laluanku tetapi dengan tindakan pantas Aizril memaut pergelangan lenganku, menghalang aku untuk meneruskan perjalanan. Kesabaran aku kian memuncak, “awak nak apa lagi?? Tolong jangan ganggu saya, saya merayu. Mulai hari ini tolong jangan ambil tahu hal saya lagi” aku menggerakkan kaki aku meneruskan perjalanan. “Lia! Lia! Alia!” kedengaran suara Aizril berkali-kali memanggil nama ku.

Malam itu, begitu sukar untuk aku melelapkan mata. Apa yang terjadi tadi masih lagi terbayang-bayang. Keanehan sikap Aizril benar-benar menjadi tanda tanya. Walau apa pun yang terjadi antara kami, aku masih mendoakan keselamatan dia dan harap-harap hidupnya akan sentiasa dilimpahi kebahagiaan. Malam ini aku memerlukan ketenangan, telefon bimbitku di offkan.

Apa yang terjadi bukan sahaja memberi kesan kepada Alia tetapi juga Aizril. Aizril memusingkan posisi tidurnya ke kiri dan ke kanan tetapi masih tidak dapat melelapkan mata. Masih terngiang-ngiang kata-kata Alia sebentar tadi, dia benar-benar takut andai kata-kata Alia tadi menjadi kenyataan dan persahabatan mereka berakhir di sini, sungguh dia benar-benar takut menghadapinya. Setelah hampir sebulan mereka menjalani kehidupan masing-masing, sudah cukup untuk Aizril mengkaji semula perasaannya kepada Alia. Segala kenangan mereka berdua terlayang diruang mata. Tadi setelah Alia berlalu pergi, tanpa disedari Alia, die mengekori Alia dari belakang untuk memastikan Alia sampai dengan selamat. Dia juga yang menyuruh Faris yang juga ahli kelab kaunseling menghubungi Alia untuk hadir ke perjumpaan tersebut walaupun pada hakikatnya perjumpaan tersebut tidak lah begitu penting untuk Alia hadiri tetapi hanya itu sahaja jalan menemukan dia dengan Alia kerana dia tahu Alia akan menolak mentah-mentah andai dia sendiri yang mengajak Alia berjumpa. Namun segala-galanya tidak seperti diharapkan. Dia benar-benar kecewa dan kekesalan kata-katanya terhadap Alia tempoh hari benar-benar meragut jiwa.

Segala kecurangan Hani seperti mana yang dikatakan Alia adalah benar belaka, segala-galanya terpampang di depan mata. Namun, apa yang terjadi tidak lah begitu dikesalkan tetapi perasaan lega kerana mendapat tahu awal-awal sebelum hubungan mereka bertambah jauh. Dia telah memutuskan hubungannya dengan Hani, wanita seperti itu tidak layak dijadikan teman berkongsi kasih. Dia bersyukur segala-galanya telah berakhir, namun apa yang dikesalkan adalah hubungannya dengan Alia, hanya kerana Hani keakraban persahabatan mereka hancur dek kerana kesilapannya sendiri kerana membela Hani yang disangkakan benar belaka. Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi Alia malam ini tetapi gagal. Setelah pertemuan antara dia dan Alia malam ni, dia telah memasang tekad untuk terus memperbaiki hubungan mereka.


Kini telah tiba di akhir semester, setelah bertungkus-lumus dan bersengkang mata dalam merpersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, kini segala-galanya telah berakhir. Sudah tiba masa untuk tawakkal sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha sedaya yang mungkin. “Erm Lia, apa plan kau lepas ni? Insyaallah tak lama lagi kita dah ada segulung ijazah, waa akhirnya sudah lama aku tunggu saat ini. Kau ada fikir nak sambung belajar tak?” Tanya Nadia ketika kami dalam perjalanan ke Bandar. Kami ingin menghabiskan masa bersama-sama memandangkan esok kami akan pulang ke rumah masing-masing dan meneruskan kehidupan tersendiri. “Ntah la Nadia, buat masa sekarang belum lagi, aku just fikir nak cari kerja nak bantu family aku. Kau kan tahu macam mana keadaan family aku” aku mula membuat perancangan yang mungkin akan aku lalui selepas ini. Ketika asyik bersembang, aku terlihat kelibat yang begitu aku kenal sedang melintasi di hadapan aku, siapa lagi kalau bukan si Hani. Kali ini dengan pasangan yang lain, daripada kehidupan dia pada pandangan aku agak sosial kerana begitu mudah dia bertukar pasangan, walaupun mungkin hanya keluar makan tetapi apakah pandangan orang sekeliling?? Ntah la malas aku nak fikir, harap-harap dia tidak jauh terpesong.

Semenjak kejadian malam itu, Aizril sering kali menghubungi aku. Pada firasat aku mungkin dia telah menyedari kecurangan Hani dan kerana sunyi barangkali dia mula menghubungiku, aku mula membuat andaian. Aku sudah tidak ada hati lagi untuk membina hubungan persahabatan dengan Aizril, mungkin masa dia kesorangan dia datang pada aku mungkin juga bila dia telah ada penganti bila-bila masa sahaja aku dicampak keluar. Begitu rendah nilai persahabatan padanya. Aku akan menghargai insan yang benar-benar jujur dalam bersahabat. Hari ini adalah hari terakhir aku bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuanganku. Satu persatu kenangan terlayar di hadapan mata. Sebak mula bertandang bila mengingatkan hubungan keruh di antara aku dengan Aizril. Persahabatan kami benar-benar memberi kesan kepadaku. Benarlah kata orang antara lelaki dan wanita mana mungkin menjadi sahabat karib andai langsung tidak terdetik sedikit pun perasaan sayang di hati. Ah, pergilah kau kenangan, aku akan memulakan hidup baru. Ketika asyik mengelamun, aku menerima satu sms daripada Aizril “ please Lia, untuk kali terakhir kita di sini, tolonglah, saya nak jumpa awak sangat-sangat. Saya janji selepas ini saya tidak akan ganggu awak lagi. Tolonglah kali ini saja. Saya tunggu awak kat tempat biasa pukul 4 ptg ni. Saya harap sangat kedatangan awak. Saya tunggu” aku buntu bila membaca sms daripada Aizril. Wajarkah aku pergi berjumpa dengannya, betapa kejamnya aku andai membiarkan dia menunggu dan akhirnya aku membuat keputusan untuk berjumpa dengannya untuk kali terakhir. “Baiklah” aku membalas sms Aizril. “Thanks Lia, thanks a lot.. Saya tunggu awak kat sana” bersungguh-sungguh Aizril ingin berjumpa denganku. Ntah la aku sendiri pun tidak tahu apakah tujuannya.


bersambung...

No comments:

Post a Comment