Wednesday, April 11, 2012

Antara Cinta dan Persahabatan 3..

continued..

5 tahun kemudian....



“Hello asyik mengelamun je kau ni, dah sampai mana? Mimpi dah sampai ke bintang ek? haha” sergah Mila. Mila adalah salah seorang daripada teman serumah aku sepanjang aku merantau di bandaraya Kuala Lumpur. Kini aku telah bekerja di salah sebuah syarikat swasta sebagai assistant manager dan kesibukan bekerjalah dapat mengisi segala kekosongan hati aku. “Kau ni mengejutkan aku jela, awal kau balik? Kau dah makan? Jom pi makan aku lapar la. Malas pulak nak masak kita berdua je kat umah, jomlah makan kat luar” aku cuba memancing Mila. “Kau ni pemalas la, dah nak jadi anak dara tua dah tau! Aku ingat aku balik dah dapat makan masakan kau tapi hampeh” balas Mila bersama mimik muka yang sememangnya segaja menyakitkan hati aku. “Eleh, kalau aku masak pun kau bukannya makan pun, asyik duk berkepit dengan tunang kau, langsung dah pedulikan aku. Time aku tak masak ni, mangada-ngada pulak nak makan masakan aku. Jomlah temankan aku please!!” aku cuba merayu mengharap Mila dapat menemani aku mala mini. Sesungguhnya aku benar-benar bosan. “Alah, gurau sikit pun tak boleh, yalah-yalah aku nak mandi sembahyang kejap” kesanggupan Mila menemani aku benar-benar menggembirakan aku, harap-harap la tunang dia tidak kacau daun malam ni.

Ketika kami berdua sedang membelek-belek pakaian di Pasaraya Sogo, tidak semena-mena aku terlanggar seseorang yang ketika itu membelakangiku. “Opss, sorry” aku berkata tanpa memandang orang tersebut. “it’s ok” terdengar suara garau, alamak lelaki la, aku berkata di dalam hati tetapi aku seolah-olah mengenali suara tersebut dan bila aku berpaling dup dap dup dap, dada aku menahan debaran. Aizril!!!! Kecilnya dunia mengapa aku ditakdirkan bertemu kembali dengannya setelah sekian lama. Aku akui memang aku yang menjauhkan diri daripadanya, setelah kami selesai menuntut di university dulu, itulah kali terakhir kami berjumpa. Aku juga telah menukar nombor handphone ku dengan tujuan memudahkan aku melupakannya. Namun, tidak ku sangka begini kesudahannya. “Alia!” kelihatan dia juga terkejut dan perubahan wajahnya benar-benar ketara, tiada ungkapan yang terkeluar daripada mulutnya dan juga aku. “Lia, siapa ni? Kau kenal ker?” pertanyaan Mila mematikan lamunanku. “oh lupa nak perkenalkan, ini bestfriend aku masa menuntut di university dulu. Aizril, ni Mila teman serumah saya” aku memperkenalkan Aizril kepada Mila. “oo, bestfriend ke, kekasih lama?” kata Mila sambil tersenyum sumbing. “Apa kau ni, tak sayang mulut la” aku menyiku Mila. Kalau bab mengenakan aku, dia memang pro. “Lama tak jumpa Lia, makin cantik la” kata-kata Aizril benar-benar membuat aku tidak sedap hati. Mila yang berada disebelah mula berdehem memancing reaksi aku, kurang asam kau Mila siap kau balik rumah nanti. “A’a kan, how your life? Awak pun apa kurangnya makin segak bergaya” kata-kata ku bukan hanya sekadar mengambil hati tetapi aku memang benar-benar memaksudkannya. Personalitinya benar-benar berubah kalau dulu aku pernah mengaguminya, sekarang lebih lagi. Benar-benar memenuhi ciri-ciri lelaki yang berkaliber. “Teruk” tiba-tiba perkataan itu yang terkeluar daripada mulutnya. “Setelah awak tinggalkan saya dulu, hidup saya dah tak ceria rasa kosong sangat” kata-kata Aizril benar-benar membuatkan aku tersentak. Berani betul si Aizril mengucapkan kata-kata sebegitu di hadapan Mila. Mila apa lagi makin mengada-ngadalah jadinya.“Ril, how about this?” tiba-tiba seorang wanita yang ntah datang dari arah mana merapati Aizril. Kelihatannya bukan sekadar kawan biasa, sekarang pada aku kekaguman aku kepadanya telah roboh sudah, ah kalau dah dikatakan lelaki. Kenapa pulak aku nak sakit hati suka hati dia lah hidup dia. Cakap tak serupa bikin, benci!!! “Kenalkan this is my fiancee” Aizril memperkenalkan wanita itu kepada aku, aku rasakan hatiku bagaikan nak pecah tapi berpadananlah memang mereka pasangan yang secocok. Imej wanita itu benar-benar kelihatan seperti wanita korporat, dalam hati aku terdetik perasaan lega nasib baik dulu aku tidak menerima Aizril sebagai teman istimewa, aku pasti belum tentu ia berkekalan dari pandangan aku Aizril begitu mudah berubah pasangan. “Fuh nasib baik!!!” dengan tiba-tiba keluar daripada mulut aku. “Apa Lia?” Aizril bersuara. “Eh, tak de pape, dah lama ker u all bertunang senyap-senyap je ya, sedar-sedar dah bertunang” aku melemparkan senyuman walaupun bagi aku ianya adalah teramat-amat la pahit. “You Alia kawan Aizril masa study dulu ke? Selalu juga Aizril bercerita pasal you” wanita itu bersuara. Bercerita pasal aku, apa yang penting sangat pasal aku sampai nak bercerita pada orang lain. “Just call me Syima” wanita itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan dan aku dengan segera menyambut salamnya. “Nice to meet you” aku cuba berbahasa, walaupun wanita ini kelihatan seorang wanita yang berkerjaya dan up to date namun dia tidak sombong seperti sesetengah wanita kaya zaman sekarang ni. Bagus la harap-harap pilihan Aizril adalah orang yang tepat. “Erm kami mintak diri dulu ya, dah lama sangat kat sini, lepas ni ada keje sikit” aku mengundurkan diri, Nadia di sebelah pun dah nampak macam cacing kepanasan maklum lah matlamat dia untuk shopping masih belum dipenuhi. “Erm dah nak pergi dah, jomlah kita pergi makan dulu ker, dah lama tak jumpa banyak benda nak cerita” Aizril mempelawa aku. “Eh, takpelah maybe next time sorry sangat-sangat” perkk nak pergi makan dan mengadap si Aizril tambah lagi dengan tunang dia ouchh sorry to say, bukan nak berlagak tp seriously aku tak mampu.

Malam tu aku dihujani pelbagai soalan dari Nadia. Aku sampai dah tak larat nak melayan. “Dah la, aku dah la penat kau pulak tanya banyak-banyak soalan aku ngantuk tau” aku mengeluh dah mempamerkan wajah keletihan kepada Nadia supaya dia bersimpati pada aku dan melepaskan aku malam ini. “Alah kau ni tak sporting la, yalah-yalah tapi sok kau janji kena sambung cerita kau” Nadia cuba mengugut aku sambil jari telunjuknya menghala ke arah aku. “Yalah makcik aku janji dah la aku nak tidur tepi-tepi, eh jangan lupa solat nanti duk sibuk bergayut solat ntah ke mana” aku memperingati Nadia. “Ok sayang, ditanggung beres” ujar Nadia sambil tersengih. “Sayang! Ee geli aku, aku bukannya jiwang macam kau tau!” nak bersayang-sayang geli-geliman pun ada. “Alah nak bermanja sikit pun tak boleh wekkkk” kata Nadia sambil menjelirkan lidah. Kurang asam betul, aku berlalu ke bilik dan sebelum tidur aku sempat mengelamun apa yang terjadi petang itu.

Keesokkan hari seperti biasa aku dan Nadia akan bersiap untuk ke tempat kerja cuma bezanya aku akan menaiki bas dan Nadia dihantar oleh tunangnye, bukan Nadia tidak mengajak aku bersama-sama tetapi aku tidak mahu menyusahkan mereka tambahan lagi aku lebih suka menyendiri, memang itu sikap aku. Sesampai di tempat kerja aku dipanggil oleh pengurus yang merupakan supervisor aku memandangkan aku masih lagi dalam tempoh latihan, segala pemerhatian adalah dibawah kawalannya. “Alamak, apa yang aku dah buat ya? Kenapa pulak dia nak jumpa aku ni” aku menyapu keringat di dahi, debaran di dada bukan kepalang. “Assalamualaikum encik, ada apa encik nak jumpa saya?” aku memulakan bicara, begitu kusyuk dia mengadap computer riba dihadapannya sehingga kehadiran aku tidak dipedulikan. “Ya waalaikumussalam, sila duduk” dia bersuara tanpa memandang aku. “Tak ada apa-apa, saya just nak bagi awak tugas dan kalau boleh saya nak awak siapkan dalam bulan ini juga” kata-katanya benar-benar membuat aku tidak senang duduk.”Tugas apa ya encik, Insyaallah saya akan cuba” aku menerima segala-galanya dengan seadanya walaupun aku sendiri tidak yakin dengan kemampuanku, tapi tidak salah kalau mencuba. “Awak jangan risau awak tidak kesorangan” kata-katanya agak melegakan aku mungkin kerana dia melihat kegusaran di wajah aku. “Oh yeke? Dengan siapa saya perlu bekerjasama ya?” memang la hakikatnya aku lega kerana ada orang yang akan turut serta membantu aku tapi dengan siapa? Itu menjadi tanda tanya di hati aku. “Awak akan bekerjasama dengan anak saudara saya, dia juga pakar dalam bidang ini. Hopefully you all berdua dapat bantu saya, saya bimbang tak sempat, due date dah tak lama lagi” dia menyatakan rasa kebimbangannya. “Insyaallah encik, saya akan cuba sebaik yang saya mampu” aku cuba mengurangkan rasa kebimbangannya. “Bagus la kalau macam tu, nanti saya bagi portfolio kat awak, nanti awak boleh follow up dengan anak saudara saya. Dia lebih tahu pasal projek ini” terang En. Faizal. “Em, boleh saya tahu siapa anak saudara encik? Nanti senang saya nak contact dia” aku masih tertanya-tanya siapalah anak saudara dia, perempuan ke lelaki. Kalau perempuan baguslah tapi kalau lelaki abis la. “Aizril Zakwan” zuppp.. bila mendengar nama itu, tidak semena-mena aku rasa bagai terlayang-layang. Takkanlah si Aizril kot, adus matilah. Sebesar-besar dunia kenapalah dengan dia juga perlu aku jumpa macam dalam novel pulak boleh pulak kebetulan macam ni tapi belum tentu lagi mungkin nama yang serupa tetapi orang yang berbeza. Aku cuba menyedapkan hati. “Saya beri phone nama Aizril dan nanti awak contact dia” En. Faizal mengarahkan aku menghubungi Aizril, kenapalah dia tak suruh Aizril yang contact aku, seganlah aku macam ni. “Err...err.. ya baiklah” gugup pulak, kalau macam ni nampak sangat la aku tak yakin dengan diri aku sendiri. Biarlah apa nak jadi, jadilah.

Pada petang itu, aku telah bertekad untuk menghubungi Aizril. Hati aku berkobar-kobar ingin tahu siapakah Aizril yang sebenarnya, harap-haraplah bukan seperti mana yang aku fikirkan. “Hello assalamualaikum, boleh saya cakap dengan En. Aizril? ” aik kenapa pulak orang perempuan pulak yang angkat, aku dah mula tidak sedap hati takkan la En. Faizal silap bagi nombor ntah-ntah nombor bini dia tak? Pelbagai persoalan yang bermain difikiran aku.”Waalaikumussalam, maaf Aizril ada meeting, ada apa ya?” wanita itu bersuara. Amboi meeting pun sampai handphone pakai wakil pegangkan perempuan pulak tu ntah-ntah awek dia kot. “Oh, tak apalah kalau macam tu nanti saya akan hubungi dia balik” aku cuba untuk mengundurkan diri. “Ada apa-apa pesanan ke untuk dia?” wanita itu bertanya lagi. “Saya daripada Instep Sdn Bhd, saya dah ditugaskan untuk berkerjasama dengannya untuk menyiapkan satu projek” aku berterus-terang, nanti tak pasal-pasal awek dia salah sangka pulak. “Ooo.. ni mesti anak buah uncle Faizal ek?” aikk, semua benda dia tahu memang tak lain tak bukan confirm awek dia. “Macam nilah, awak nak jumpa dia ker? Petang ni dia free dalam pukul 3 petang dan awak boleh jumpa dia di Mutiara Cafe, kebetulan dia nak jumpa client kat situ, awak pergi dalam pukul 4 petang. Nanti saya bagitahu dia.” Fuhh.. pelik aku.. dia pulak yang tentukan semua, tapi baguslah senang kerja aku tapi betul ker, karang aku pergi menunggu macam tuggul kayu tapi dia tak datang pulak. “Erkk betul ke ni cik, erm memang kira jadi la yer? Atau saya kene contact balik untuk confirmkan semula?” baik aku tanya terus terang nanti tak pasal-pasal jadi penunggu pulak. “Tak apa awak pergi jer, sebab saya akan turut serta nanti” jelas wanita tersebut.


::continued::

No comments:

Post a Comment