Thursday, April 5, 2012

Antara Cinta dan Persahabatan 2..

Continued..


Petang itu seperti yang telah dijanjikan, aku ke sana dengan berat hati dan teragak-agak. Ntah bagaimana reaksi yang akan aku pamerkan. Sesungguhnya aku belum bersedia bertemu dengannya walaupun pada hakikatnya aku telah lama memaafkannya namun bukan mudah melupakan apa yang telah terjadi. Sesampai di sana, aku melihat sesusuk tubuh berdiri berhadapan pondok dimana tempat yang biasa kami habiskan masa bersama tapi itu dulu segalanya tinggal kenangan. “Assalamualaikum” aku menegur Aizril terlebih dahulu memandangkan dia tidak perasan kehadiranku, begitu jauh dia mengelamun. “Ya, waalaikumussalam” Aizril kelihatan sedikit tersentak dengan kehadiranku. Kami seolah-olah gugup dan sukar memulakan bicara. “Macammana exam?” aku mendahului perbualan. “Em Alhamdulillah setakat ni ok jer, Lia macam mana ok?” dengan nada yang lembut dia membalas pertanyaanku. Meremang bulu romaku, layanannya agak berlainan daripada biasa, mungkin niatnya ingin berbaik semula denganku. Ah, aku tidak kisah tetapi kalau ingin rapat seperti dulu mungkin tidak.

Kami mendiamkan diri membawa haluan masing-masing, kami seolah-olah tiada topik untuk dibicarakan mungkin kerana keadaan kami sebelum ini membuatkan segala-galanya kekok. “Alia, saya nak cakap sesuatu pada awak” Aizril memulakan bicara setelah lama kami mendiamkan diri. “Em, pasal apa?” aku menutup kegusaran di hati. “Em tak bolehkah awak berikan peluang kepada saya untuk kali kedua, saya minta maaf di atas segala keterlanjuran kata-kata saya dulu, saya sedar saya telah melukai hati awak. Saya benar-benar minta maaf sesungguhnya jauh disudut hati saya, saya langsung tidak memaksudkannya percayalah Alia” wajah Aizril kelihatan merayu memohon simpati aku. “Saya dah lama memaafkan awak, awak tak perlu rasa bersalah mungkin kata-kata awak tu ada benarnya. Saya tidak seharusnya mencampuri urusan peribadi awak” jelasku kepada Aizril. “Tolonglah Alia jangan diungkitkan lagi, segala apa yang awak katakan mengenai Hani memang benar belaka, dia curang dibelakang saya. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri” Aizril menyatakan penyesalannya terhadap apa yang telah terjadi. “Baguslah kalau awak dah menyedari, carilah seseorang yang benar-benar menyanyangi awak dan benar-benar jujur dan ikhlas menyintai” aku menghembuskan nafas lega sekurang-kurangnya Aizril tidak lagi tertipu dengan permainan Hani. ”Saya dah menemui insan yang benar-benar jujur terhadap saya” Aizril meluahkan sesuatu yang benar-benar membuatkan aku terkejut. Baguslah sekurang-kurangnya akan ada insan yang akan menjaganya suatu hari nanti dan tidak perlu lagi risau. Ntahlah kenapa aku beria-ria mengambil berat mengenainya, aku sendiri tiada jawapan mungkin satu masa kami telah banyak menghabiskan masa bersama membuatkan kehadirannya dalam hidup aku benar-benar bererti. “Baguslah, saya harap awak tidak tersalah pilih lagi. Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak” aku berusaha menunjukkan riak gembira walaupun di hati aku, ada sesuatu yang menjentik dan benar-benar membuatkan aku sesak. “Awak tak nak tahu ke siapa gadis tu” Aizril bermain teka-teki denganku. “Siapa?” aku mula bertanya, walaupun aku tidak ada hati untuk tahu, aku tetap bertanya untuk mengambil hati nya. “Alia Insyirah” dengan dua potong nama tu membuatkan aku terkaku. Macam pernah dengar nama tu, eh eh tak kan serupa dengan nama aku kot, uish takkan lah. “Eh, nama kami serupalah” aku masih kelihatan bingung. Aizril menepuk dahi nya, “jujurnya awak ni, itu kan nama awak, gadis yang saya maksudkan tu awak lah” suaranya seolah-olah menjerit dan bibirnya tak lepas daripada senyuman. “Kenapa saya pulak macam-macam la awak ni?” dahiku dikerutkan. “Saya serius, kalau boleh...” belum sempat dia menghabiskan kata-kata aku memotong percakapannya. “Eh, dah gelap ni, saya mintak diri dulu ya? tak elok senja-senja macam ni masih ad kat luar dah nak masuk waktu maghrib kan?” aku tergesa-gesa cuba mengelak daripadanya. “Janggan tukar topik Lia, saya tahu saya tidak layak untuk awak, tapi saya akan tunggu hati awak benar-benar menerima saya. Saya akan tunggu saat itu.” Kata-kata Aizril benar-benar membuatkan aku sebak. “Saya mintak diri dulu, jaga diri, semoga bahagia sentiasa, assalamualaikum” aku berlalu tanpa menoleh.


bersambung..

No comments:

Post a Comment