Friday, April 20, 2012

Antara Cinta dan Persahabatan 4..

Petang itu tepat pukul 4 petang aku dah berada ditempat yang telah dijanjikan. Aku terintai-intai pasangan yang akan aku jumpa tetapi malangnya kelibatnya langsung tiada. Aku mendail semula nombor En.Aizril. “Hello, Assalamualaikum” suara garau menjawab panggilan aku. “Err,.. waalaikumussalam, boleh saya bercakap dengan En.Aizril? ” ntah apa-apa la aku ni dah nombor dia mesti la dia yang jawab, ah lantak lah. “Ya saya, ada apa ya?” uiks dia pulak yang tnya aku, ntah-ntah aku dah kena tipu tak. “Maaf mengganggu ada tak secatery encik bagitau pasal appoiment saya dengan encik di Mutiara Cafe” aku berterus terang, walaupun agak gugup ntah betul ntah tidak secetary dia.”Ya ada, awak tunggu di sana, saya dah on the way ” lega rasanya. Lebih kurang 30 minit aku menunggu dah jadi macam penunggu dah aishh, tiba-tiba bahu aku disentuh orang. Bila aku berpaling, dup dap dup dap memang sudah ku jangka Aizril yang dimaksudkan adalah yang sama yang aku kenali. “Sorry lambat sikit, dah lama sampai Liya?” dia menegurku. “Err,.. awak buat apa kat sini?” tanya aku dengan muka yang agak terkejut. “La, buat apa? kan saya ada appoiment dengan awak ” jelasnya sambil senyum menggoda. “Erm kira betul la tekaan saya awak ni anak saudara En.Faizal” habis la kali ni boleh ke aku bekerjasama dengan dia. “Yup, saya dah lama tahu, tapi tak salahkan kalau kita bekerjasama”kata Aizril sambil kerutan di dahi. “Err.. salah” tiba-tiba terpacul dari mulut aku. “Salah? Kenapa?” tanya Aizril dengan wajah yang serious. “Eh.. takdelah saya bergurau jer” aku mengeluh perlahan, selama ni begitu payah aku nak lupakan dia tup-tup macam ni pulak yang jadi. Kalau dah takdir Tuhan lari macam mana sekali pun kalau dah ditakdirkan jumpa balik nak buat macam mana kan. “Lia, i miss u so much” tiba-tiba keluar perkataan itu dari mulutnya. “Err.. En.Aizril can we proceed to our discussion” aku dengan gelabah membuka segala fail yang telah sedia aku bawa. Aizril ni tak tahu malu ker tak kira tempat dan masa cakap ikut pakai lepas jer. “Lia, please hear what i want to say” ishhh,.. ni yang buat aku lemah ni, nampak gaya aku memang tak boleh buat kerja dengan dia ni of course tak menjadi. “Eh, En. Aizril bukan ker sepatutnya you datang berdua dengan sacetary awak? mana dia? ” aku cuba menarik pemerhatian dia. “Don’t change the topic Alia” tegas Aizril. Itu satu-satunya sikap yang memang tidak akan berubah sampai bila-bila terlalu suka memaksa dan mengertak. “I don’t change the topic but please back to our mission, please don’t waste my time” aku bertegas. Ingat dia jer yang boleh gertak aku. Dia kelihatan terkejut mungkin kerana ketegasan yang aku tunjukkan. Selama ini aku hanya menurut segala kehendak dia, but not today! “Lia, awak berbeza sangat sekarang, semakin garang” dia tersenyum memandang tepat pada mata aku dan sememangnya membuat aku tidak senang duduk.

Setelah selesai perbincangan aku dengan Aizril petang itu, aku terus pulang ke rumah dengan perasaan yang sebal. Aku termenung di sofa memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini, sudah pasti kami akan sering berjumpa memandangkan projek yang akan kami bincang mengambil tempoh yang lama. “Hah!” sergah Nadia. “Kau ni kenapalah tak reti nak bagi salam” aku mengeluh. “Kenapa dengan kau ni, sampai aku masuk pun kau tak sedar, kalau perompak masuk pun aku rasa memang dah bermaharajalela la jawabnya” sindir Nadia. “Kau ni jaga mulut sikit, celupar betul” memang tak sayang mulut si Nadia ni. Aku menceritakan segala apa yang terjadi kepada Nadia dan memang telah ku duga apa reaksi dia bila mendapat tahu macam mulut murai bertanya itu ini. “Aku rasalahkan aku patut tarik diri daripada projek tu” aku menyatakan hasrat aku kepada Nadia. “Eh, jangan! Kau ni, kau tak rasa bertuah ker bergandingan dengan lelaki kacak macam tu, kalau aku la tak mungkin aku lepaskan peluang ni ” tak kuduga ayat itu yang terkeluar daripada mulut si Nadia tak membina langsung. “Dah la, cakap dengan kau ni kan buat sakit hati jela, bukan nak beri pendapat pun” aku terus bangun menuju ke bilik untuk mandi dan solat. “Haha, weh tu pendapat aku la tu” sambil tersenyum sumbing. Malam itu, sebelum tidur aku terbayang adegan yang terjadi antara aku dengan Aizril petang tadi, benar-benar menyesakkan. Sebelum pulang, aku mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. “Terima kasih En. Aizril, hopefully we can finish this project before next month” sambil tersenyum manis kepada Aizril. “Of course dear, we can finish it if you always to seem me” kata-katanya mematikan senyumanku. Arghh, kalau beginilah setiap kali bertemu dengannya sudah pasti iman ku akan tergugat. Ya Allah please help me.

Keesokkan harinya, aku ke pejabat dan terus berjumpa dengan En. Faizal untuk memberitahu perkembangan tugas yang diberikan kepadaku. “Assalamualaikum En. Faizal boleh saya masuk” aku mengetuk pintu terlebih dahulu meminta kebenaran. “Waalaikumussalam, ya silakan” setelah mendapat kebenaran aku terus masuk. Aku benar-benar terkejut ternyata En. Faizal tidak kesorangan Aizril juga ada bersama. Pagi-pagi lagi aku dah kena mengadap dia ishh kacau-kacau. “I think both of you dah saling mengenalikan rasanya tak perlu lagi nak buat sesi pengenalan” kata En. Faizal sambil tersenyum. Aku menganggukkan kepala dan tersenyum pahit. “Aliya, pagi ini kita akan buat meeting pasal projek ini dan Aizril yang akan membentangkannya, so you just prepare mana yang patut dan kalau boleh tolong siapkan proposal” kata-kata En. Faizal benar-benar mengejutkan aku, kenapalah dia tak informkan awal-awal, sempat ke aku nak buat proposal. “Err.. En. Faizal meeting tu pukul berapa ya?” harap-harap la lambat lagi aku sudah menghitung masa. Aizril hanya diam disebelah aku, mentang-mentang depan uncle dia, berani pulak nak tutup mulut tapi kalau berdua dengan aku gatal bukan main lagi. “You don’t worry, buat dulu proposal setakat mana yang termampu, tak perlu terlalu formal just department kita sahaja, nanti apa-apa hal i will inform you later” kata-kata En. Faizal melegakan aku, aku akui En. Faizal memang seorang yang bertolak ansur. “Kalau macam tu saya keluar dulu En. Faizal, En. Aizril” aku berlalu tanpa menoleh kepada Aizril. Aku bergegas ke tempat aku untuk menyiapkan proposal, sedang aku leka menaip tiba-tiba “hai sayang!” terdengar suara orang berbisik di telinga dan aku benar-benar terkejut hampir terpelanting pen ditangan aku. Aku terus memandang ke kiri dan kanan melihat staff lain yang tekun bekerja benar-benar melegakan aku. Nanti tak pasal-pasal timbul gossip murahan. “En. Aizril please!” aku memasamkan muka. Dia dengan selamber menarik kerusi dan duduk disebelah aku. “Lia, semalaman abang tak boleh nak tidur disebabkan sayang tau” katanya dengan wajahnya benar-benar menadahkan wajah aku. “En. Aizril kenapa dengan you ni, i makin tak faham dengan sikap you, tolonglah sekarang kita di pejabat, kalau orang lain dengar mesti salah anggap nanti awak jugak yang susah” aku meneruskan kerja tanpa membalas renungannya. “Kenapa abang yang susah, biarlah diaorang, sayang i miss u a lot”. Ya Tuhan siap ber”abg” ber”syg”, seriously aku benar-benar tidak dapat membaca apa yang difikirkan, dah ada tunang tapi still lagi gatal. Lelaki macam ni memang tak boleh buat laki memang kasanova. Aku mengetap bibir tanda geram. “Pagi-pagi lagi abang datang nak jumpa sayang, rindu nak tengok muka Lia, dah lama abang tunggu, akhirnya Tuhan makbulkan doa abang dan dapat jumpa balik Lia” Aizril memandang aku dengan mata yang redup benar-benar membuatkan aku menggigil. Aku terus bangun untuk membuat salinan fotostat, bila aku kembali Aizril sudah tiada di tempat aku dan benar-benar membuatkan aku lega. Aku terlihat sekeping nota diatas meja “sayang, abang tunggu di bilik mesyuarat, see you luv” meremang aku bila terbaca nota tersebut. Aku manggumpal kertas tersebut untuk dibuang tetapi aku terasa sayang lalu ku simpan di dalam laci. Sesungguhnya aku memang dah termakan dengan sikap romantisnya. Ahh,.. jangan Lia kau kene ingat dia dah bertunang, jangan rosakkan hubungan orang lain dan akhirnya aku membuang kembali nota tersebut.

Petang itu, aku berjalan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah. Hari ini ku rasakan begitu penat bukan kerana kerja tetapi kerana melayan karenah Aizril. Sepanjang perbentangan tadi, matanya tidak lepas memandang aku, kekok sungguh rasanya. Nasib baik dia adalah pembentang, kalau aku jawabnya confirm hancur. Ketika berjalan, tiba-tiba sebuah kereta berhenti berhadapanku. Aku memang begitu kenal si pemilik kereta ni, walaupun keretanya telah berubah tetapi tidak pemiliknya. Tingkap sisi diturunkan, “sayang, jom I hantar u balik” pelawa Aizril. “Eh, takpelah En. Aizril, saya dah biasa naik bas. Thanks a lot” aku terus meneruskan perjalanan, tetapi dengan tiba-tiba Aizril keluar daripada kereta dan membuka pintu kereta disebelah penumpang dengan penuh emosi. “Lia, masuk!” Aizril memaksa aku memasuki kereta, aku rasakan seolah-olah penah lalui detik ini Cuma yang berbezanya situasinya agak berlainan sedikit. “Kenapa awak selalu paksa saya, kalau dulu awak boleh memperkecilkan saya tetapi tidak sekarang!” aku bersikap tegas. Tanpa diduga dengan tindakan pantas, Aizril telah memegang pergelangan tanganku, kurasakan begitu kuat dan menyakitkan. Oleh kerana tidak mahu menjadi tontonan ramai, aku masuk jua ke dalam kereta dengan linangan air mata. “Sorry sayang, i tak berniat menyakiti u, tapi Lia u sekarang degil sangat” Aizril meluahkan rasa tidak puas hatinya. “I degil or apa bukan urusan u, apa hubungan kita? Sampai u nak kongkong hidup i macam ni ” aku meninggikan suara. Aizril mendiamkan diri tetapi tidak berapa lama selepas itu dia bersuara “I minta maaf, kalau sikap I agak melampau” suaranya sungguh sayu mungkin kerana rasa bersalah. “Hubungan kita hanyalah sebagai rakan sekerja, hope lepas ni u jangan ganggu i lagi” aku berkata tanpa memandang wajahnya. Aku masih ingat segala apa yang dia katakan pada aku dulu, aku juga mempunyai maruah dan aku tidak mahu menjadi salah seorang wanita yang tunduk kepadanya nanti dikatakan aku terhegeh-hegeh. Apa yang terjadi dulu membuatkan aku lebih berhati-hati dan aku mengakui bahawa ego aku begitu tinggi terhadapnya.

Selepas kejadian pada petang itu, Aizril sudah jarang menghubungi aku dan juga jarang kelihatan di tempat kerja aku. Aku sendiri memang tidak ambil tahu, aku masih lagi menghormatinya tetapi hanyalah sebagai rakan sekerja dan seandainya dia masih memerlukan khidmat aku, aku tanpa berat hati melakukannya. Suatu hari, En. Faizal mengajak aku keluar minum, pada mulanya aku keberatan tetapi memandangkan dia adalah majikan aku, aku menerima pelawaannya. Sesampai di destinasi barulah aku tahu yang kami bukanlah berdua tetapi Aizril dan tunangnya juga ada bersama-sama. Menyesal sungguh namun apalah daya ku mana mungkin berpatah-balik, aku mengharunginya dengan hati yang sebal. “Har dah sampai pun” syima menyambut kami. “Sorry uncle terlambat, ada hal sikit tadi ” En. Faizal menyuruh aku duduk dan dalam masa yang sama aku disambut dengan renungan sepasang mata Aizril. Renungan yang menggerunkan, apahal si Aizril ni macam tak suka jer aku datang, kalau tak suka cakap jela. Aku langsung tidak membalas renungannya malahan aku hanya berlagak seperti biasa.

No comments:

Post a Comment