Monday, April 15, 2013

::. Kata Hati .::


Bila kita cakap pasal kata hati,..
Kita semua tahu...
Hati adalah anugerah Allah, 
yg mana membentuk diri kita,..
Kalau hati kita baik , insyaallah setiap perlakuan kita juga akan jadi baik,..
Kerana bermula dari hati, diri kita akan dinilai,..


Apa jua yang kita lakukan semuanya bermula dari hati,..
Tapi tidak semua yang kita lakukan itu betul,..
Kadangkala kita perlu menilai terlebih dahulu apa yang kita lakukan dengan menggunakan,..
akal fikiran,..
Menimbang dahulu baik buruk,..
Supaya ianya tidak dicemari oleh nafsu,..
Sebab itu,.. 
Jangan terlalu mengikut kata hati,..
Kerana apa jua keputusan yang ingin dilakukan perlu mendapat petunjuk Allah terlebih dahulu...
Supaya Allah menggerakkan hati kita 
ke arah jalan yang benar.,,

Satu lagi benda yang sememangnya,..
Mempengaruhi hati kita bila melibatkan CINTA,..
CINTA ni,.. banyak jenisnya,..
Jangan sampai kita menjadi hamba CINTA yang sia-sia,..
Yang mana boleh merosakkan iman dan akidah kita,..'
Kuatkan hati kita agar kita sentiasa sedar akan
 CINTA abadi,..
Iaitu CINTA Allah,..
Agar diharapkan kita tidak lemah 
bila berdepan dengan kekecewaan yang bersifat sementara,..

Apabila suatu masa kita ditakdirkan jatuh CINTA,...
Jatuh CINTA sesama manusia,..
Maka berdoalah agar orang yang kita cintai,..
Menjadi milik kita,..
Dan jangan lupa meminta petunjuk 
Allah agar pilihan kita,.
Adalah benar,.. dan dapat membimbing kita dunia dan akhirat Insyaallah,..
Apabila kita jatuh cinta,..
Jangan terlalu taksub sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya,..
Sehingga mengundang dosa,..
Dan sehingga menjejaskan hubungan kita sesama manusia,..
Terutama sekali hubungan kita dengan Allah,..

Kadangkala CINTA tidak semestinya memiliki,..
CINTA yang sejati kadangkala memerlukan pengorbanan,.. 
Sentiasa berdoa kebahagiaan orang yang kita sayang,..
Betapa besarnya Nikmat Iman dan Islam itu,..
Kerana ia dapat mengawal diri kita daripada melakukan keburukan,..


Satu lagi benda yang kadangkala kita lupa,...
Apabila kita jatuh cinta,..
Kenapa kita perlu minta dan berdoa kepada Allah,..
Untuk mendapatkan 
CINTA itu,,..

INi adalah kerana hati manusia adalah milik Allah,..
Kita sebagai manusia,..
Hanya sebagai pemegang amanah Allah,..
Oleh kerana itu,,.
Pohonlah kepada Allah supaya hati yang ingin kita miliki,..
Berpaling kepada kita,..
Bukan dengan cara meminta kepada pemegang hati,..
Tapi mintalah kepada pemilik hati itu,..
Iaitu Allah S.W.T,..
Insyaallah andai niat kita betul..
CINTA yang lahir adalah tulus,..
Dan CINTA itu berlandaskan kasih sayang Allah,..


Insyaallah CINTA dan KEBAHAGIAAN 
itu berpeluang kita kecapi,..
Sama-samalah kita renungi,..
Sebagai landasan untuk kita menuju Jannah,.. 
Amin,...








Saturday, April 13, 2013

::. Penat Seharian .::


Semalam n hari ni, mmg btol2 penat,..
Siapkan assignment algorithm,..
Biasalah kerja last minit kn,..
Mcm biase,..
Ntah la xtaw nak ckap,.
Klu sbjek len boleh la jgk mgoreng merebus or apa-apa jela,..
Nak siapkan insyaallah boleh,..
Tp xder la smpai mgoreng smpai xtaw ape2,..
Try jgk la walaupun xseperfect mane,.

Tp bila sbjek algo ni,..
Ntah lah,.. aku xtaw mcm mane nk mgoreng,..
penat berfikir,..
Notes jgn ckap dah naik lebu dh,..
Al-maklumlah asyik duk belek ke sana ke mari tp xjgk paham2...
Bimbang jgk tkut sjarah lama berulang..
Nauzubillah mntak jauh la hopefully,..
Bg aku agak kritikal jgk la sbjek ni,.
Apa yg aku taw untk sbjek ni..
Kalau nak mantap,..
Kene pikir 'Out of the Box',..
Msalahnya aku rs daya pemikiran n ingatan aku xsmpai tahap itu,..
Aduhai,.. Kesihan ak kat Dr Syed,..
Punya lah bersemangat mngajar,..
Tp aku,.. bkn xnak,.. tp aku dh cuba bg tumpuan tp ntah la still slow nk tgkap,..
Silap ak jgk,, mybe xckup stdy,.. sbb tu jd cam tu,..
Hope dipermudahkan segala kekusutan,..

After semua urusan di fakulti selesai,..
Ktorg buat planning kluar mkn di Kelana Jaya,..
Restoran William,..
Best jgk la hidangannya,..
Agk berbeza n terbaikk,..
Alhamdulillah kenyang jua,..
Thanks a lot to Mr.F coz sudi menumpangkan kami,..
Harap2 insyaallah ader rezeki dpt keluar ag ;-)



 





Wednesday, April 10, 2013

Antara Cinta dan Persahabatan 11




Petang itu, ketika Alia sedang kusyuk menonton televisyen, dia menerima panggilan daripada ibunya. “Assalamualaikum mak?” Alia agak hairan baru sahaja semalam dia bersembang lama dengan ibunya. “Ya, waalaikumussalam, Alia mak nak beritahu kamu sesuatu ni” jawab ibunya agak tergesa-gesa. “Nak bagitau apa mak? Sabar pelan-pelan” kata Alia sambil tergelak. “Ni, ada orang datang merisik kamu” kata-kata ibunya secara tidak langsung mematikan gelak ketawanya. “Mak, kalau yer pun nak bergurau pun agak-agaklah” kata Alia sedikit cuak.

“Bergurau apa ke bendanya, takkan benda macam ni nak dibuat bergurau, mak dengan ayah nak tahu jawapan kamu ni, kamu nak ke tak? dia nak jawapan secepat yang mungkin” kata ibu Alia. “Uik mak, takkan nak bagi jawapan sekarang, benda penting ni, melibatkan hidup Alia tau mak” sesungguhnya dia belum bersedia untuk berhadapan dengan situasi sebegini. “Macam nil ah kamu piker dulu, buat solat istikharah, nanti kamu bagitahu mak apa jawapan kamu tapi jangan lama sangat buat kasihan dekat orang je” kata ibu Alia seolah-olah satu arahan.  
“Erm, mak ni dah tengok betul-betul ker tuan punya badan tu, sesuai ke tidak untuk Lia?” Alia mendapatkan kepastian. “Eh, kamu ni, mak nak bagi anak mak mestilah mak pilih dulu, takkan nak main sambar jer, sape tak sayang anak, kamu ni macam-macam” ngomel ibu Alia. “Yela-yela, Lia percaya kat mak tapi nanti Lia pikir dulu” sesungguhnya keputusan yang maha berat ini haruslah dipikir dalam keadaan yang waras.

Apa yang disampaikan oleh ibunya, benar-benar mengganggu fikirannya, segala apa yang dilakukan segalanya tidak menjadi. Kesannya, dia asyik termenung bila di pejabat dan dalam pada masa yang sama diperhatikan oleh Aizril. “Alia.. Alia,..” panggil Aizril sambil melambai-lambai tangannya ke arah mata Alia, namun masih tidak mendapat tindak balas dan akhirnya Aizril mengetuk permukaan meja dengan agak kuat membuatkan Alia tersentak. “Ya, encik, maaf-maaf” Alia menundukkan kepalanya. “Masuk ke bilik saya sekejap” arah Aizril dengan tegas. ‘Alamak, habislah aku kali ni, macam mana boleh tak perasan’. Ketegasan sikap Aizril kebelakangan ini membuatkan dia bertambah yakin untuk menerima risikan tersebut, dia sudah malas untuk berharap kepada orang yang belum tentu menyanyanginya terutamanya lelaki seperti Aizril. Dia rasa seolah-olah dipermainkan.

Alia duduk menikus berhadapan Aizril. “Kenapa dengan awak ni Alia, saya tengok macam ada masalah jer” tanya Aizril tanpa senyum dibibir. “Emm,.. tak ada apa-apa encik, saya kurang sihat sikit” bohong Alia. “Awak jangan nak tipu saya, berterus-terang dengan saya” ujar Aizril lagi. “Takde apa-apa encik, saya nak mintak cuti boleh tak?” tanya Alia dengan teragak-agak. “Kenapa? Awak nak cuti berapa hari?” tanya Aizril sambil matanya memandang tepat pada pc dihadapannya. Alia sedikit terasa dengan sikap Aizril dan pelbagai persoalan dibenaknya berkenaan dengan perubahan sikap Aizril. “Saya nak cuti bertunang” jawab Alia untuk memancing Aizril untuk mengetahui apakah reaksinya. “Ooo yeke? Patutlah termenung sana termenung sini, angau nak kawin rupanya, awak isi jer boring cuti nanti saya luluskan, awak jangan bimbang” kata Aizril tanpa memandang Alia. ‘Selamber jer dia, memang betullah dia tak ada perasaan apa-apa kat aku, aku jer yang perasan’. “Huh,.” Dengan tidak semena-mena dia mengeluh lalu menarik perhatian Aizril. “Hai, macam berat jer bunyi awak mengeluh, orang lain nak kawin happy tapi awak ni lain pulak gayanya” sindir Aizril. “Takpelah encik saya keluar dulu ya, terima kasih” Alia berlalu dengan mata yang berkaca.

“Assalamualaikum mak, mak terima jela pinangan tu, Alia dah pikir masak-masak, kalau dah baik kata mak baik jugaklah pada Alia” Alia redha dengan keputusannya. “Yeke? Alhamdulillah, nanti mak dengan ayah uruskan, nanti mak bagitau Alia balik nanti bila dah selesai, tapi nanti bila dah sampai masa kamu jangan lupa mintak cuti awal-awal” kata ibu Alia. “Ya mak, Alia dah bagitau kat bos, mak janganlah bimbang” Alia berkata sambil memuncungkan mulutnya.

Continue,..



Antara Cinta dan Persahabatan


CINTA DAN PERSAHABATAN

Pagi yang hening, awan berarak laju menyembunyikan langit yang biru nun jauh. Kepulan awan yang semakin kelam menunjukkan hujan yang akan turun tak lama lagi. Ianya seolah-olah menggambarkan isi hati aku sekarang. Oh Tuhan sukarnya, hembusan nafas ku bagai tersekat-sekat. Peritnya membawa kenangan yang pernah dulu menyelubungi hidupku, begitu indah ku rasa sehingga sukar untuk dipadamkan dari ingatan. Begitulah lumrah hidup manusia yang boleh diibaratkan seperti roda sekejap diatas dan sekejap dibawah. Kadang-kadang kita terasa bahagia, kadang-kadang jua kita terasa sedih, itu adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Tidak terlayak kita ingin mengapai pelangi sepanjang waktu, andai sampai masa hujan dan panas berkunjung tiba. Fikiran ku melayang mengenang kembali saat bahagia dulu, saat aku bersamanya berkongsi segala suka dan duka. 



“Aisyah, weh kau buat apa kat sini, jom join kitaorang pergi mall tengok wayang, Shah pun ada sekali taw”, sapa mimi mengejutkan lamunan aku. “Kau ni apahal sergah orang dah tak reti nak bagi salam ker, and satu lagi nape kau suka sangat kaitkan aku dengan Shah tu, apa motif kau sebenarnya ntah pape”, geram menyelubungi hati. “Sori la mak cik yang kau nak emo sangat pasal apa nak bergurau sikit pun tak boleh. Aku saja je tapi kau ingat aku tak tau yang kau suka kat dia haha” sambil senyum cam kerang busuk. “Kau ada ada jela, apa yang kau cakap ni aku tak faham la, kita ni nak jadi perempuan biar macam perhiasan dalam balang kaca biar sukar disentuh, baru la bernilai, jangan nak terkedek-kedek serah diri nak-nak orang macam Shah tu sombong semacam jer aku tengok, boleh pulak kau kata aku suka kat dia. Impossible la my dear.” Aku sebenarnya bukan nak riak, berlagak macam perfect nak reject-reject orang, aku sedar sapa aku tapi seriously aku memang tak boleh tahan dengan makhluk Tuhan macam Shah tu. 


“Yela-yela aku tahu, kau ni cakap cam tu cam nak kena kan aku jer, aku tahu la aku ni tak sebaik kau keluar ngan ramai lelaki, tapi aku nak kau tahu seburuk-buruk aku pun aku tak buat benda terkutuk taw! Ingat tu!” marah mimi yang agak terasa dengan kata-kata aku tadi. “Ops, mimi ku sayang, kau jangan la camtu aku tak tujukan sapa-sapa pun tapi sebagai manusia tak salahkan kalau kita menegur sesame sendiri untuk memperbaiki kelemahan diri kita kan, aku sayang kau, kau sahabat aku, aku taknak kau terluka. Kau faham kan maksud aku and satu lagi please keep ur mouth, jangan nak melaga-lagakan aku dengan si Shah tu, aku tak suka la”. Aku merengus menunjukkan tanda protes. “Em yela-yela i’m so sorry, so camne nak join tak kitaorang petang ni?” mimi menujukkan muka kesihan macam biasa nak tarik perhatian aku tapi nope kali ni aku langsung tak tergoda. “Sori mi, aku rasa nak rehat kat umah la, sok aku ada test, aku ingat petang ni aku nak tidow puas-puas coz malam ni aku nak stay up, nak study. Sori yer, maybe next time ok.”


 Continue,.

Tuesday, April 9, 2013

::. Aisyhhh Nasi Arab .::


After seharian tidak menjamah nasi,.. ktorg mengidam nak try lah nasi Arab,..
Bila dh spkat kata,.
 ktorg memilih kdai makan Zam Zam for our dinner,..
First,.. ktorg ximagine lak pulak kdai tu mcm mana,..
coz just terima cdgan drpda mmber ktorg jgk,.
Bila dah sampai ke destinasi,..
Opss lupa,. 
kedai mkn tu terletaknya di seksyen 9 s.alam,..

Bila dah smpai di hdapan kdai,..
Ktorg agk terkejut dgn rupa kdai mkn tersebut,..
Apa tidaknya,,..
Dah rupa mcm hotel lagaknya,..
Tgk susun atur kerusi,..
N perabot kayu jati,..
Tampak lebih xclusive,..
Ditambah lg dgn susunan 
sudu n garfu mmg sbijik mcm hotel,..
Kitorg teragk2 untuk menjejakkn kaki,..
Tp segala2nya telah terlambat,..
Alang2 dh smpai xkn nk berpatah blik ye x??,..

Bila semua dh get ready nk m'order,..
Dtglah seorg waitress ke arah kami mmbawa menu,..
Waitress tu adlh org arab yg ketinggiannya fuhhh,..
Mmg la,.. dh mmg kdai arab pnyerr,..
Semua benda berunsurkn arabic la ye x...
Entertainment pun arabic jgk,..
Dgn lagu yg sentimental n cahaya kekuning-kuningan mmg mnyerlahkan lg suasana exclusive tuu,..

Bila tiba saat mmbuka menu hidangan yg diberikan,..
Hahaha,.. mmg agk terkejut dengan harga yg dipaparkan,..
Fuhh lagaknya mcm nk celebrate somethg,..
Xpelah,.. Sekali sekala,. 
Merasa suasana sebegini ye x??....

Sebelum ktorg msuk,.. 
kedai kosong xder org,..
lg lah bertambah keraguan,..
tp after mnjamu selera,..
tiba2 rmai pulak pelanggan yg dtg,..

saiz pinggan boley tahan,.
nasib baik space ak pnye prut besar jgk,..
dpat jgk la habiskan satu pinggan,..
kenyang yg teramat knyang,..
nmpak gaya perut aku kne rehat buat smentara,..



paper pun,..
best dpat mcuba ssuatu yg baru,..
alhamdulillah dgn rezeki hr ini,..
tp untuk pegi buat kali ke dua,..
ktorg rs teragak-agak,..
coz budgetnya tdk ssuai untuk student mcm kami,..
hehehe,..



Monday, April 8, 2013

::. Nasib Manusia Berbeza .::


xder paper cite yg menarik pun,..
tapi mungkin ada satu cerita yang boleh aku kongsikan untuk 
memberi keinsafan untk kita semua,..
dua hari lepas aku dan Miss M pegi lunch at Malaya Kopitiam,..
Memandangkan Miss2 yg len bz dengan agenda masing2,.. 
Kami berdua saje yg keluar,.

lunch yg agk best n enjoy,..
nasi goreng chicken chop,..
sedap n sesedap hrganya huhu..
tp boleh laa still lg berpatutan,..

apa yang nak dijadikan ceritakan buka menu kami hari itu,..
sepanjang kami menjamu selera beberapa org kanak2 yang mcm2 latar blkg,..
dtg mghampiri kami untk mendpatkan derma,..
yg first n second drpd sek tahfiz,..
tak sampai hati betul rsnya,..
kanak2 sekecil itu dah didedahkan dgn situasi seperti itu,..
aku sendiri tertanya-tnya,..
rs musyikil di hati xkn lah sekolah yg sepatutnya mmberikan didikan yg sempurna...
mengajar kanak2 ni meminta tanpa berusaha,..

bukan nak kata apa, aku dulu pun penah jgk pegi rumah ke rumah
 sbgai ahli pandu puteri,..
untk dpatkan sumbangan untk glongan yg memerlukan tp dgn cara
 yg agk berhemah lah jgk,..
melalui kerja-kerja amal,..
cntohnya bantu org awam buat gotong-royong n bila dh dpt upah,..
upah tu dijadikan derma,..
skrg2nya xder la sngat nmpak mmnta2,..
tp kr ok la jgk bdk2 thfiz tu dlm ms yg sama buat jualan ubat-ubatan,,..

tp seriously aku xsmpai hati,..
bukan semua org kat dunia ni,..
akn bg lyanan yg baik kpd mereka,..
tp pape pn hopefully lg msh ada rmai insan yg berbelas 
ihsan sesama manusia hndkny,..
aku sndiri rs tkt plak nak galakkan adk aku ke sek tu,..
sape xnk tgk org yg kita syg mndapat didikan yg sempurna apalagi didikn agama,..
tp bila tgk situasi tu,..
ak xdpat bygkan klu adk2 aku berada dlm situasi yg sama,..
sedih teramat,..
bdk2 tahfiz ok,.. sopan santun dieorg buat aku kagum,..
tp tu lah bila msuk bab tu,..
aku jd terfikir 2 3 kali,..


kita xboleh nk trus buat spekulasi mcm2,..
ntah lah kdg2 ada jgk pihak yg mngambil ksempatan yg ada mnyamar,..
mggunakan identiti pihak lain,..
untuk tjuan yg xsptutnya,..
mungkin pndangan aku ni xsama mcm org lain,..
mgkin jgk ada +ve n -venye,..

n xlama slepas tu,.. ada pulak sorg lg bdk yg dtg mnadah tangan,..
ms tu kami tgh mnjamu selera,.
rs terbantut jgk lah,..
nk mnitis air mata pun ader,..
rs bersalah,..
nk bg tkt mnggalakkn dierg jd pmnta sdekah,..
klu xbg kesihan,..
cdih,..
satu benda yg menginsafkan aku,.
semua manusia kat dunia ni tidak sesenang kita skrg,..
time kita kekenyangn,.. ader yg mnahan lapar,.
time kita bergelak ketawa,.. still ader yg bersedih hati,..
Allah itu maha mengetahui apa yg terbaik buat kita,,.
Allah itu tidk memilih kasih,..
Dia tahu apa yg kita tdk tahu,..

cuma satu yg pttut kita sdar rezeki kt didunia hnyalah pnjaman,..
dan merupakan hak kpada org lain,..
xslah untuk bkgsi,..
kasih-syg Allah yg kita dambakan,..
jd lakukan sesuatu yg dpt mendekatkn diri kita kpd Nya,..

Insyaallah,..



Friday, April 5, 2013

::. Istikharah Cinta .::


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta

::. SIGMA .::